Selamat pagi

Selama lebih satu minggu aku tidur bermula lebih kurang jam 11am-1pm dan bangun jam 3pm-5pm. Ajaibnya dalam tempoh ini memang tak ada perasaan mengantuk atau penat pun waktu malam. Dan sebenarnya aku paksa diri untuk tidur bila mata dah tak larat nak buka. Aku dahla memang sepet, ni bagaikan pejam terus. Haha. 

Dan dalam tempoh itu aku uzur jadi tak ada masalah dari segi nak sesuaikan dengan waktu solat fardu.

Dalam minggu ini aku agak bersusah untuk menjaga balik waktu tidur dan waktu solat fardu. It was tough and exhausting. As the result, aku tak dapat fokus untuk hadap mencari kerja menghadap laptop waktu malam dengan tekun. Siang hari cuma mampu highlight bila aku browse on job openings and so on. 

Semalam aku sangat penat dan tidur dan tidur dan tidur tetapi tetap terbangun di tengah malam. Kemudian aku paksa pula untuk terus tidur dan tidur.

So well, selamat pagi. Selamat bangun Subuh kawan-kawan.

Aku nak pergi ke pasar dan makan nasi dagang dan kuih cek mek molek dan air teh beng. Dah lebih sebulan tak hadap makanan syurga kat pasar dekat rumah ni sebenarnya. 

Mungkin itu juga antara sebab berat aku susut 3-5kg tanpa aku berbuat apa-apa. Unhealthy? Yes. I lost my appetite macam putus cinta. 

Oleh kerana tidur aku bakal berfungsi elok kembali, aku dah boleh nampak berat juga akan kembali. Haha.

Okay, berundur dulu. Sekian.

No comments: