Perubahan dan fasa-fasa berkaitan (atau tak)
Kadang-kadang kita paling mahu nak ke depan, tapi ada perkara-perkara yang akan menarik kita kembali ke belakang. Terlalu awal nak terbang pun bukan benda yang bagus kalau sayap kau pun baru sebelah. Setakat berjalan seret sikit-sikit tu boleh la. Lepastu berhenti dan rehat. Baiki apa patut. Cuba lagi lepastu.
Bila sayap dah ada di kiri dan kanan, belajar terbang baik-baik. Terbang pun bukan boleh sentiasa di atas. Kau kena pandang bawah juga. Tanda mana rumah asal kau. Nanti kalau dah jauh dan lama sangat terbang, tak pasal-pasal menjunam jatuh entah mana-mana bila dah penat. Ataupun kau hebat terbang lama, hinggap di tempat yang tersangat tinggi. Sunyi lah kalau sorang-sorang cuma.
Tahun ni aku 28 tahun. Hari ulang tahun kelahiran tinggal lagi 16 hari. Tahun lepas aku dalam tempoh depresi yang sangat tidak menarik. Bangun, tidur, bangun, tidur. Itu saja yang aku boleh layankan dalam tempoh waktu tu. Memang betul-betul layan je segala arus masa tu. Tak buat apa.
Kalau suruh tenggelam balik dalam rasa yang sama aku memang tak mahu.
Selaku manusia, kita bukannya langsung tak ada orang yang sudi mendengar. Cuma manusia-manusia pilihan yang kita percaya tu lama-lama berkurang dan pergi meninggalkan sini. Manusia ini ramai, tetapi yang kau pilih, yang kau percaya dan mahu cerita dengan itu bukannya ramai. Mereka-mereka ini seperti sebuah rumah untuk kau berteduh bila perlu. Apa kau rasa kalau tiada lagi tempat tinggal?
Atau kadang-kadang manusia tu ada je. Cuma dah tak sama.

Hidup ini selamanya tentang pilihan
Ada banyak benda yang bermain kat kepala. Masalah dunia, masalah negara, serta masalah yang melibatkan keluarga dan diri. Kalau asyik berfikir saja dan termenung haru sampai bila pun tak habis.
2017 nampak macam bagus pada awalnya. Biasalah tahun baru semangat bukan main. Lepas seminggu dua, ada benda berat kembali tarik aku ke bawah. Berat. Tapi kawan-kawan aku cakap, manusia ni ada tempo masing-masing. Ada yang laju, ada yang perlahan. Sentiasa tahu kat mana diri kita dan terus berusaha je.
To my surprise, ramai juga manusia yang masih pertahankan impian dan cita-cita mereka. Bila aku kongsi aku rasa macam nak itu, nak ini. Mereka jawab;
"That's good/cool/awesome/great. Buat je. Boleh punya."
Jadi, nak ke taknak?
Hidup ni memang tentang pilihan kan. Lepas buat pilihan, kau kena tegas dengan apa reaksi kau terhadap perkara sekeliling yang mungkin terlalu mendamaikan atau membunuh. Tu je.

Subscribe to:
Posts (Atom)