Ayah cakap #satu


Ayah cakap kalau pencuri masuk rumah, pencuri akan mengalir liur tengok menatang ni dulu.

Hari ini hari Khamis

Dalam lingkungan sekarang, aku yakin aku sedang semakin malas. Dan aku memang malas nak sambung ayat panjang-panjang lagi. Tunggu aku dapat kembali laptop yang sudah dibaiki lah. Manalah tahu rajin datang berderu-deru.

Daa.

Waras

Mungkin jika dilihat dari perspektif berbeza, aku ini hebat orangnya. Tapi keadaan sekarang ini tidak menunjukkan yang aku sudah mencapai paras itu. Masih jauh. Masih mengayuh basikal tua yang ada. Aku ini penyembunyi orangnya. Aku tidak berapa gemar berbicara tentang perkara paling dalam. Yang dalam semestinya aku simpan dalam-dalam. Tak ada gunanya aku nak bagitahu orang yang bukan sebetulnya mendengar. Aku rasa yang pekak dan bisu itu lebih mendengar apa yang aku cuba jeritkan pada dunia berbanding mereka yang cukup sifatnya. Kerna yang pekak dan bisu itu akan lebih mengamati tuturkata aku. Yang buta pula akan tekun mendengar setiap yang aku lagukan.

Ironi. Heh.
Selamat hari raya ke-1. Roaming dari Kota Bharu.
Selamat hari raya ke-2. Roaming dari Kota Bharu.
Selamat hari raya ke-3. Roaming dari Kota Bharu.
Selamat hari raya ke-4. Roaming dari Kota Bharu.
Selamat hari raya ke-5. Roaming dari Kota Bharu.
Selamat hari raya ke-6. Roaming dari Kota Bharu.
Selamat hari raya ke-7. Roaming dari Kota Bharu.
Selamat hari raya ke-8. Roaming dari Kota Bharu.
Selamat hari raya ke-9. Roaming dari Kota Bharu.

Selamat hari raya ke-10. Roaming dari Bandar Baru Bangi.
Maaf ye anak-anak, duit raya dah habis.

Perhaps kindness isn't always the best solution

Sebab nanti kalau baik sangat kau kena pijak. Lepas tu kena lagi. Dan lagi. Kalau dah kena sekali memang akan kena berkali-kali. Kalau dah namanya si pemijak ni, diorang bukan golongan pelupa. Kalaupun dia banyak makan semut dan jadi pelupa, takkan dia tak berpijak di bumi yang nyata. Pakai selipar tandas pun pijak juga kau. Ataupun pakai heels, wedges, glitter2 and all. Geng sneakers ke- tak kira lah convesse ke everlass. Vens ke, suppra ke, abidas ke.

Aku nak kasut baru sebenarnya. Harap-harap duit raya boleh tampung lah gamaknya.

Peri-peri kata

Semakin banyak tak jot down things, semakin kelat rasa kat lidah. Pfft.
Sebenarnya kes semalam banyak sangat telan petai.

To conclude

Ramadhan kali ni banyak juga seronok, banyak juga tak seronok. Kali ni aku rasa sangat dewasa. Bukan sebab dah memang matang dan tahu semua. Tapi sebab kena deal dengan macam-macam perkara yang mendewasakan. Kali ni aku sangat bersyukur. Walaupun mungkin ada koyak dan robek sini sana. Walaupun hubungan sesama manusia ada yang tak sempurna. Walaupun keadaan perut tidak sebaik selalu. Walaupun banyak perkara nak kena fikir. Walaupun banyak perkara nak kena pendam dan simpan dalam-dalam saja. Tapi sebab Kau ada mendengar setiap keluh kesah aku, aku jadi kuat. Walaupun setiap saatnya aku akan cuba bisikkan kata-kata rindu untuk arwah mak. Tapi tak pernah salah pun untuk merindu.

Macam biasa, Dia tahu semua.

Selamat menyambut Syawal. Moga segala janji ibadah yang dilaksana bersama Ramadhan turut dikongsi bersama Syawal dan rakan-rakan yang akan berkunjung selepasnya.

Sekian daripada saya,

Out of words

Tuhan,
terima kasih atas setiap sentuhan yang Kau berikan. Aku masih lemah. Kudrat tak kukuh mana. Iman tergoyah-gugah. Tapi ini akulah; hambaMu. Belum dapat berlari gagah ke arah yang satu itu. Moga walau dengan merangkak begini kompas yang ada akan meletakkan aku sebaiknya pada jalan-jalan suci padaMu.

Amin.

Malam ini hujan sangat lebat

Tapi aku belum kahwin jadi bukan ada suami pun duk menonton tv sambil mengunyah kokocrunch di sofa bersama aku contohnya. Just nak cakap, aku suka hujan.

Topik lain;
Sepanjang hari aku duk wonder kenapa redup dan mendung saja. Semalam pun time duk intai-intai dan jenguk pandang langit memang dah tenang-tenang macam tak ada angin yang bertiup. Pokok pun diam-diam saja.

Persoalan utama;
Lailatul qadr kah? Heh.

Peringatan penting;
Ramadhan dah nak pulang.

Aku semakin hari semakin serius. Pertambahan matang lagi agaknya.