Waras

Mungkin jika dilihat dari perspektif berbeza, aku ini hebat orangnya. Tapi keadaan sekarang ini tidak menunjukkan yang aku sudah mencapai paras itu. Masih jauh. Masih mengayuh basikal tua yang ada. Aku ini penyembunyi orangnya. Aku tidak berapa gemar berbicara tentang perkara paling dalam. Yang dalam semestinya aku simpan dalam-dalam. Tak ada gunanya aku nak bagitahu orang yang bukan sebetulnya mendengar. Aku rasa yang pekak dan bisu itu lebih mendengar apa yang aku cuba jeritkan pada dunia berbanding mereka yang cukup sifatnya. Kerna yang pekak dan bisu itu akan lebih mengamati tuturkata aku. Yang buta pula akan tekun mendengar setiap yang aku lagukan.

Ironi. Heh.

2 comments:

miya said...

yang sempurna berpurapura. fake! semua

Amar Alis said...

sungguhpun kau menafikan kau tu hebat ironinya penafian kau tu tak berapa hebat untuk sembunyikan kehebatan kau.

pandai tak aku guna word 'ironi'?
hehe.