In the mood for love

Tu tajuk muvi.

Aku sebenarnya in the mood untuk menyanyi. Suara aku serius sedap. Nak-nak lagi bila aku mengaji. Memang asyik lah. Tambah pula tertib tajwid semua dijaga. Sekali sekala cuai kena undur ulang baca balik tu ada lah juga. Asalkan perbetul. Ye dak?

Mula pertengahan tahun lepas proses pendengaran aku memasuki beberapa fasa dan genre baru. Aku dengar lagu yang tak pernah terlintas nak dengar. Dengar lagu yang tak semestinya wajib keluar di radio. Tak semestinya hip di telinga orang lain untuk didendangkan itu bagus untuk kau dengar pun sebenarnya. Tak semestinya taste kawan sebelah kau itu terbaik bagi kau walaupun kau makan tidur bersama. Dia mungkin suka amalina. Kau pula minat eminem.

Ada orang boleh menyanyi terus cuma dengan dengar nyanyian dan ikut. Aku tak. Aku spesis yang kena tengok menghadap lirik baru boleh cuba ikut nyanyi. Kalau tak memang sesuka hati aku je kunci lirik itu ini.

Dan ya. Aku mudah suka lagu yang padan dengan jiwa aku. Yang boleh menyebabkan roh aku terbang melayang kadang-kadang hampir nak terlepas dari jasad realiti.

Heh. Untuk beberapa atau mungkin beratus entri akan datang, akan ada banyak atau sedikit atau banyak sikit lagu-lagu jiwa yang aku layan pejam akan aku tonjolkan di sini.

Akan tetapi tak semestinya kalau aku letakkan lagu sedih maka aku sedang bersedih. Tidak. Mungkin waktu itu aku sedang menari tango dalam kamar mandi.

Jodoh itu kerja Tuhan

Cuti yang lalu, selaku anak gadis comel yang unik, aku menyorong basikal tua ayah dengan lemah gemalai ke halaman. Mengayuh keluar dengan penuh tatatertib sebelum mula melakukan aksi-aksi yang langsung tidak boleh dilakukan oleh kaum kurang profesional berbasikal. Kalau ada kanak-kanak berhingus melintas waktu itu, aku boleh cakap dengan lantang 'Jangan tiru aksi ini'.

Melalui kawasan perumahan yang dijanjikan keamanannya oleh kumpulan skim rondaan sukarela, aku menyanyi-nyanyi melodi hati. Burung-burung berkicauan di langit biru. Awan kebanyakannya berunsur warna putih bersih. Angin yang berlalu mengucup lembut pipi gadis comel. Pipi mula merona merah.

Senyum.

Sewaktu melalui lorong yang cuma berjarak 700m dari rumah, aku ternampak kelibat jiran yang waktu kecil dahulu ayah akan bawa aku melepak sama minum teh dari jam 6 petang sampai hampir azan maghrib. Pasangan guru yang berumur lingkungan beliau. Yang lelakinya sudah pencen manakala yang wanita masih mengajar anak-anak bangsa yang dahagakan pelajaran. Anak-anak bangsa inilah yang akan menjadi pemimpin suatu masa nanti.

Harapnya mereka pandai-pandai jaga diri. Bukan pesen membontot mengikut saja. Jangan sampai suap tahi makan tahi.

Setelah memastikan aura yang baik untuk aku mengambil tempat bersama dalam konversasi yang dibualkan, aku menendang tongkat basikal dengan penuh gaya. Tak pamer muka riak pun. Dipelawa duduk dan aku lebihkan telinga untuk aktif saja. Tenaga lain aku simpan untuk jalankan saraf-saraf untuk tindakbalas otak. Ada lagi seorang pakcik di situ. Rumahnya bertentangan dengan rumah pasangan guru tadi.

Tamat diskusi tentang bil letrik rumah mereka yang entah apa jadi sampai beribu-ribu cajnya, semua mata mula tertumpa pada si gadis comel yang tinggi santunnya. Oh, lupa dinyatakan. Pakcik itu bekerja dengan syarikat bekalan elektrik. Jadi beliau banyak membantu dalam urusan menyelesaikan masalah yang entah datang dari mana.

Berbalik tentang gadis comel, aunty tanyakan khabaran tentang keluarga, perihal adik-beradik, pelajaran dan buah hati. Semua aku jawab dengan penuh tertib susun kata. Ketiga-tiga mereka kemudiannya mencadangkan supaya aku mula mencari teman untuk dibuat pasangan hidup. Kata mereka, memanglah jodoh itu di tangan Tuhan. Tapi perlu ada usaha untuk mendapatkannya dari tangan Tuhan itu. Contohnya kalau Tuhan pegangkannya di tempat yang rendah, mudahlah kau ketemu. Kalau di tempat tinggi diletaknya, maka berliku-liku lah juga nak panjat dan usaha ke atas.

Aunty dan uncle bertemu waktu kursus perguruan. Waktu itu uncle sudah lama bekerjaya dan punya kereta. Aunty masih baru melangkah dalam bidang itu. Hari akhir kursus, uncle datang awal-awal lagi ke situ. Beliau mengeluarkan pen dan diari lalu menyuruh aunty menulis nama dan alamat. Bila ditanya untuk apa tujuannya, uncle jawab dia mahu ke rumah. Tamat kursus berminggu kemudian uncle pergi rumah aunty. Kemudian proses peminangan berlangsung.

Aku cuma senyum. Lebih manis senyum kali ini. Aku cakap kat uncle, 'Tu maknonyo buke keno gi amik tangey Tuhan. Tapi Tuhan tulung holor teruh ko tangey'. Sebab katanya memang waktu dia tengok aunty dan aunty tengok uncle masing-masing dah berkenan di hati.

Semua gelak terkekek-kekek.

Kedengaran bilal ketuk-ketuk mikrofon. Aku pun apa lagi terus minta diri penuh hormat dan mengayuh basikal penuh keayuan tuju rumah pak haji.

Aesthetically

Bila realiti rasa pahit, semua orang nak menyelam dalam halusinasi tinggi. Dalam mimpi itu masing-masing cuba memeluk dan menyakinkan diri yang harapan masih itu ada untuk mengecap rasa manis. Sikit-sikit macam manis-manis buah pun tak apa. Asal ada.

Asal ada.

I guess I'm doing fine.
Just fine.

Dari dalam

Aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang aku mahu.

Yang nyata hati masih lagi waras dalam mendambakan bisik-bisik syurga untuk kehidupan yang eternal. Cumanya perilaku serta adab santun belum lagi seratus peratus menuju kumpulan cahaya di langit yang tergantung tinggi.

Pedih.

Aku dalam beberapa menjak ini telah membataskan diri dalam beberapa perkara. Aku juga telah dengan penuh hati-hati membuka ruang baru dalam beberapa perkara. Ada pintu yang ditutup, ada pintu yang dibuka.

Adil. Pada diri pun kena adil kalau tak nanti jadi gila.

Cukup-cukuplah dengan kegilaan-kegilaan yang ada.

Dua Petronas

Kelmarin menjadi peneman kakak ke hulu ke hilir.

Dua kali singgah Petronas. Tak sama. Lain-lain lokasi.

Dua kali kencing duduk.

Dua kali tunaikan solat fardhu.

Gaya dah macam nak balik Kota Bharu pun ada perasaan lama-lama dalam kereta.

Status bongkak

Takdir dan ketentuan seorang yang banyak sikap malas tidak semestinya di angka terakhir kalau dia genius macam aku.

Keputusan peperiksaan semester lepas tak tinggi. Bukan juga average. Rendah lah maksud aku. Tapi bukan tercorot. Aku sudah cukup puas hati.

Terlalu banyak perkara lain yang sibuk menakluk ruang minda aku. Jadi betul aku memang tak banyak fikir pasal pelajaran sebenarnya, maaf.

Kadang-kadang ada masanya perkara yang boleh dikawal kita sengajakan di angka rendah, untuk lebih punya hak mendapat perkara lain di angka tinggi. Atau mungkin sengaja menguji persekitaran yang lemau terlalu menunduk kepada apa yang mereka fikirkan betul.

Aku malas nak cakap banyak.

Ayah berumur 62 tahun hari ini

Kelmarin along keguguran. It was a 2.5months pregnancy. Pertama kali aku tidur di hospital. Mujurlah bilik berhawa dingin. Terlentok freestyle atas kerusi perasaan macam naik bas perjalanan jauh pun ada.

Semua orang merasa kehilangan yang ini- deep. Aku tahu semua parah sebenarnya. Along dah tunggu enam tahun nak dapat bayi sulung kali ini. Tuhan; Dia yang paling tahu. Maha Mengetahui segalanya. Mungkinlah kandungan kalau cukup sembilan bulan sifatnya ada kurang. Siapa tahu. Hikmah itu terselit di mana-mana.

Jumaat yang baru berlalu, angah beserta hubby, anak-anak dan kakak yang juga kerja di kl balik ke rumah kb. Aktiviti yang paling banyak ialah makan dan lawan unogame. Semua orang kenyang dengan good mood dan happy mood menonton muvi di astro, shopping, makan, makan dan makan. Angah kata dia pelik jeansnya mengecut. Budak-budak tak puas mandi kolam tuk ayah diorang. Pagi kelmarin diorang bergerak pulang ke kl.

Jumaat yang baru berlalu juga, kawan baik ayah kemalangan jalanraya dan meninggal di tempat kejadian. Anak perempuannya ada yang berkawan baik dengan angah aku. Anak perempuannya juga ada yang berkawan baik dengan aku. Semua merasa. Aku tak dapat bayangkan perasaan anak lelaki yang membawa kereta tersebut. Bukan salah dia.

Adik bongsu yang juga kemalangan bersama patah tulang peha. Dia akan menduduki pmr tahun ini. Kawan angah yang sulung dalam keluarga mahu berhenti kerja di kl untuk menetap di kb bagi menyambung legasi arwah ibu. I find out that no matter how old you are, kalau dah perasaan tu kuat, gagah mana pun berjurai juga air mata tak boleh nak tahan.

Hari ini, 8 juni, ulangtahun kelahiran ayah yang ke 62. Dan aku, masih terus-terusan cuba menjadi anak yang baik di matanya.

Super-heroic

Dengan megah dan bangganya hari ini aku berjaya membuang 450g darah dari badan aku ke tempat yang baik. Amalan yang baik lagi mulia jika perasaan riak yang menyelubungi diri aku ini ditolak terajang ke tepi.

Aku sebenarnya sudah berlatih untuk menjawab soalan-soalan tipikal seperti, 'Kenapa anda berada di sini dan ingin menderma darah anda? Apa yang mendorong anda berbuat sedemikian?'.

Aku akan jawab setentunya dengan lebih bangga tanpa sedikitpun riak gelisah, 'I'm bored. Home stuffed me with too many thoughts of dying I guess. Since (refer to my first sentence again) I'm bored, I came here to fulfill my destiny. Who knows I'm gonna meet my pair here and get married and have babies and be old and be happy and feel crappy from to time but what I know, I won't regret my life for I have done something good to humanity. I am a human being. And I feel good doing this. What if I'm dying and I need surgery and there is not enough blood for me? I'll just die. But still feeling happy and contented for I have done my best-est deed during my life. After all, I am an O-blooded mammal. Not a single person (disregard the rhesus factor) would refuse my blood! I am a giver, not the one whose gonna drain the good things from you.'

Cukup super-heroic.

Untuk simpanan hari tua lah. Siapa tak mahu perubatan kelas pertama percuma?