Pagi semalam, aku pejamkan mata selepas Subuh.

Pagi semalam, dalam tempoh tidur itu aku mimpi arwah tersenyum-senyum ajak aku berjalan-jalan dengannya. Dalam mimpi tu aku memang berusaha sangat cari peluang nak pegang tangan dia kemas-kemas. Rangkul biar rapat.

Dalam tempoh tujuh tahun yang sudah berlalu, bukan mudah aku nak dapatkan mimpi tentang orang yang paling terkesan dirinya pada aku ni.

Yang aku tahu dalam setiap mimpi yang telah pun berlalu, aku tahu sangat jasadnya memang sedia sudah tak ada di realiti. Dan aku tahu yang berlaku waktu itu adalah mimpi.

Dan mimpi pagi semalam tu mimpi paling panjang pernah aku dapat dengan dia. Kesannya sepanjang hari memang susah aku nak buang segala senyum manis yang aku tangkap pagi semalam tu.

Ya, pagi semalam. Tak mudah nak dapat.

Tak mudah juga aku nak beritahu kau apa yang aku buat dalam kereta selama 10saat paling hiba di tempat parkir bawah rumah agam 5 tingkat aku tengah hari semalam.

Pagi semalam, memang bukan sesuatu yang mudah.