Askar semut

Kadang-kadang bila tak ada kerja nak buat, aku kacau semut-semut yang dalam perjalanan entah ke mana. Sebenarnya aku nak tengok diorang patah balik, dan aku boleh tahu mana letaknya sarang sebab nak sembur racun. Tapi sekor pun tak pusing. Dicarinya juga jalan yang member paling atas duk tandakan.

Macam semalam. Bagusnya diorang tetap dengan tujuan asal, datang bencana ke apa pun. Tapi ada satu kemusykilan. Pelik juga aku tak ada bawa masuk makanan pun dalam bilik. Ada taman tema ke dalam gobok baju?

Lepas tu aku paksa diri tidur.

040412

2 comments:

nabil said...

segerombolan semut boleh buat bulu roma aku menegak, ada creepy feeling akan menyebar seluruh badan. aku geli tengok semut banyak banyak macam tu.

kalau seekor dua pula, aku tend to pukul pukul mereka sampai mati (maniac), sebab aku benci. lagi lagi bila sekarang semut semut ni suka hurung jag air masak aku. sedih. sedih, siap berenang-renang dalam tu

Pisey said...

Haha. Jahatnya bunuh semut!