(entri tanpa tajuk)

Di tempat aku mencari nafkah hidup bujang demi menampung perbelanjaan untuk aku menjelajah benua baru ini, banyak perkara baru yang aku perhatikan tentang habit manusia. Tentang cara berkomunikasi, tentang hormat, tentang macam-macam. Aku belajar tentang tanggungjawab. Aku belajar tentang etika. Aku belajar untuk tak malu bercakap. Dan macam biasa tanpa perlu belajar aku perlu senyum sepanjang waktu bekerja. Jiwa aku oke sahaja dengan situasi seperti ini. Cumanya agak lelah bila usaha untuk menghabiskan pembacaan buku-buku masih tertunggak. Walaupun banyak waktu senggang sepanjang syif bekerja, agak susah untuk aku membelek bahan bacaan seperti novel. Kerana setiap kali ada pelanggan masuk ke kedai, aku kena bangun dan ucap selamat datang kepada mereka. Lepastu menggelabah nak kena baca ayat yang sama kembali.

Dalam lebih kurang seminggu lagi, aku akan menamatkan sesi hidup di sini. Dalam tempoh ini, aku minta pada kakak untuk tidak diberi cuti supaya boleh aku kutip sisa gaji yang terkumpul sebaik boleh alang-alang sudah menetap di sini. Aku tahu memang nanti akan terpaksa juga gunapakai duit simpanan untuk melancong kali ini. Duit simpanan yang semakin hari semakin berkurang. 

Sedikit tak sabar untuk beraya aidiladha lagi dua minggu lebih. Kali ini seluruh isi keluarga akan berkumpul. Kali ini akan menjadi titik baru untuk dicatat dalam carta aktiviti menggembirakan aku untuk tahun ini. Tahun ini, ialah tahun istirehat. Tahun ini, ialah tahun untuk keluarga. 

Tahun ini, ialah tahun untuk aku cari aku.

Harapnya semua baik-baik saja.

3 comments:

Amal said...

Dah mula bekerja ye dik? btw, selamat hari raya. :)

sharamli said...

P is an g!
Semoga ketemu AKU yg dicari

nurul said...

Goodluck! ;)