Hati tak ada taman mana

Nampak sangat otak celaru. Entri banyak sekaligus.

Terapi ni sebenarnya. Terapi untuk punya sebab nak bangkit setiap pagi dengan alasan-alasan yang munasabah untuk menjalani kehidupan yang tak pasti.

Peh.

Tahun depan aku nak pastikan aku dah berjaya tulis buku dan main ukulele dengan baik. Apa salahnya bercita-cita, kan?

Kalau tak dapat kita pasang impian lain pula.

30 Mac, 2014

Zaman sekolah nun dahulu, bila selalu jadi top scorer aku rimas bila pakat duk sebut puji 24/7. Sebab aku bukan pandai semulajadi. Ada la usaha aku sikit-sikit. Cuma memang cara aku belajar orang tak nampak tekun mana. Nampak main-main. Last minute.

Sebab aku cool agaknya. Pesen tak reti tunjuk kalut. Dalam hati kata apa, dalam otak fikir apa Tuhan je tahu. Tapi sebenarnya sebelum mak pergi, aku rajin lah juga menelaah itu ini. Memori tu banyak aku sekat taknak ingat sangat. Taknak rindu terlebih. Taknak sedih. Tapi ingat kat mak tak buat sedih mana pun. Mak ialah kekuatan. Atau aku kurang menelaah sebab taknak fikir mak sangat? Sebab mak yang selalu suruh rajin belajar. Wallahualam.

Usaha nak pandang ke depan ni bukan benda mudah, bila ada pemberat terikat di kaki. Nak tengok lebih sikit, nak angkat kaki dah lelah semacam.

Kita ni sama je sebenarnya. Manusia, tetap hamba. Jangan duk perasan lebih sangat. Jangan juga fikir orang tu orang ni perasan lebih kita yang asyik mangsa yang kurang itu ini. Ayat makan dalam. Peringatan untuk aku juga. Kat sini tak cukup manusia yang kasihkan aku nak tegur macam-macam. Nampak aku ni kuat sangat ke apa sampai tak berani nak tembus? Aku fragile ni, fragile.

Hati mudah pecah dan mata mudah berkaca-kaca. Bai.

Ketaktahuan

Semester lepas punya result membuahkan syukur yang panjang. Sampai sekarang aku tak percaya kelip-kelip mata terkebil-kebil kalau duk fikir. Bukan rajin mana pun menelaah. Tapi kuasa Tuhan bila nak beri, Dia beri macam tu je. Syukran.

Kakak cakap sebab Dia dah uji macam-macam itu hari, ni dapat ganjaran kerana sabar. Point yang baik di situ, aku senyum je baca. Perasaan haritu manis lepas terbeban macam-macam.

Semester ni bertungkus-lumus sikit. Banyak hal berlaku kalau rujuk dari Januari aku tadi. Tak berkesudahan lagi. Aku belum ada bilik/rumah nak masuk untuk April ni. Tapi apa ada hal, kawan-kawan yang suka aku ramai. Haha. Aku pun suka diorang gak, thanks kaseh!

Perkara yang aku belajar duduk Manchester ni, Tuhan je tahu. Perkara yang aku lalai pun, cuma Dia yang tahu. Perkara yang aku usaha baik pun, tak ada manusia lain tahu.

Takut ni, takut. Takut tak dapat keputusan cemerlang akhir September nanti untuk membuahkan senyum yang panjang di bibir ayah. Jun nanti ayah dah nak masuk 65.

Moga Tuhan kekalkan bahagia keluarga sekarang untuk beberapa tempoh lagi.

Syukran for what we have at the mo.

Hati kurang hati-hati

Aku tahu, salah besar untuk berdendam ke apa. Aku pun jenis malas nak layan benda macam ni. Tapi ada beberapa spesis manusia ni, aku memang tak boleh dengar suara diorang bersembang gelak dan seumpama. Rasa macam fake. Jadi aku rasa sakit hati setiap kalinya. Penyakit ni datang dari aku sebenarnya, hati dah tak banyak putih macam dulu. Jadi, bukan salah mereka. 

Maaflah. Aku cuba sental hati aku balik. Dah liat semacam kotoran.

Tu je nak cakap

Duduk jauh sini banyak benda aku kena tahan diri daripada meluah. Risau buat orang lain terasa hati, sakit hati, sentap dan seumpama. Walaupun benda yang kita nak cakap tu untuk kebaikan diorang juga. Sebab kadang-kadang manusia ni payah untuk menerima teguran. Aku pun tak suka ditegur. Tapi aku suka bincang benda-benda serius macam ni. Sebab kita banyak khilaf. Saja nak jadi lebih manusia, lebih matang dan lebih faham.

Sebab bagi aku kalau asyik buat-buat tak endah dan buat-buat tak faham bila orang nak kongsi rasa, nak bagi nasihat kebaikan, hati orang yang nak hulur nasihat tadi yang tercalar.

Aku la tu.

Benda mudah kekadang manusia ambil ringan.
Benda berat pun sama, kan. Patutlah.

Penyucian dosa mungkin. Ada lah tu benda aku terlepas pandang orang tak suka.

Tu je nak cakap.

Aku sedang sedih sebenarnya

Tu je nak cakap. Macam tak keruan sikit.

Tuhan, mohon pegang aku.

25th on last month's 22nd

Dah bertahun blogging, ni kali pertama aku lupa nak post entri ulangtahun kelahiran sendiri. Nampaknya kehidupan yang sibuk benar-benar menelan ruang aku.

Kun faya kun

Lepas satu, satu lagi berita sedih.

Al-Fatihah untuk MH370.
Al-Fatihah untuk perempuan gagah, Ami Schaheera.

Takziah untuk keluarga dan rakan-rakan yang mengenali mereka.

Jiwa rasa girang sebelum otak gila buat coursework

Dah lama tak dapat tengok Fynn Jamal live. Dan sebelum ni kalau tengok pun, baru sekali aku approach nak ambil gambar bersama. Tu pun sebab kawan yang ikut sama nak sangat. Kalau tak sebelum-sebelum tu dan selepasnya, cukup cuma pandang dari jauh. Amaze sorang-sorang.

Aku pernah sebut, aku jenis gugup dan panik dengan benda yang aku suka. Jadi kalau manusia-manusia yang aku gilakan jiwa diorang ni ada depan mata, cuak lain macam.

Sebelum datang Manchester, buat hilang gugup aku dah approach kak Wani Ardy dan Rashidah Othman. Seram sejuk. Paling berdebar ajak nak bergambar dengan Firdaus Abdillah Hamzah, known as Pipiyapong. Yang ni kelakar sebab bukan aku je berdebar, tengok dia pun lain macam cuak sebab aku dengan kawan-kawan perempuan lain sama. Alang-alang terus heret abang Pyan Habib bergambar bersama, tak payah satu-satu.

Cuma nak cakap tadi dapat bergambar dengan abang Tri Hadzir, abang Nazali Noor penulis Ulu Yam di Liverpool, dengan kak Fynn Jamal dan Arjuna Bakti Fitri bin Abdullah. Juga ada Rudy Nastia, Taqi Nastia dan Izzat Hujan. Paling padu lebih sebab boleh jumpa Hedzy Hafidz, popular dengan nama AGCoco.

Jadi, kempunan sebab tak dapat nak jumpa Yuna di London hilang. Tahap gila aku lepas gian ambil gambar diorang semua walaupun tangan ketar. Serius, gigil.

Dalam ramai-ramai ni, aku bergambar 4kali dengan sorang je. Haha. Gatal kemain.

Oke, bai.

Bila senang

Kita mudah lupa Tuhan, kan?