Kata-kata dan niat

Setakat terlanjur kata sinis sekali-sekala, kita semua manusia. Tak sedar pun.

Tak sedar yang kadangnya ada kata-kata yang tak perlu diluahkan. Kadangnya kita mengguris hati manusia yang kita kasihkan.

Niat; seperti dalam agama yang benar, tak pernah meluluskan cara sesuatu kata diutarakan jika hal itu menyakitkan hati pihak yang mendengar. Walaupun hal itu adalah fakta yang betul.

Tahun ini ada jarak yang wujud, dan juga jarak yang sengaja diwujudkan demi keperluan untuk menjaga hati sesama manusia.

Rapat macam mana pun, kalau tak punya ruang yang sebetulnya akan ada yang mengguris, akan ada yang terguris.

Asing macam mana pun, jika hormatnya cukup, selesa itu akan lebih menenangkan jiwa-jiwa yang memerlukan.

Kita cuma perlukan manusia yang memahami, yang hornat pada kamu. Manusia ini juga perlu sanggup untuk beri kamu waktu, ruang dan tenaga. Sanggup bersusah untuk kamu. Melayan apa saja kamu.

Tapi kamu juga janganlah sampai tak sedar diri.
Kah kah kah.

Layanlah juga orang di sisi kamu sebaiknya.

"Okay."

2 comments:

Bijen M. said...

Pesan Nabi, kata yang baik-baik takpun diam lebih baik.

Pisey said...

Hi Bijen :)
Long time no see.

InsyaAllah. Moga sentiasa ke arah lebih baik.