Swimming, chicken rice and bowling

Esok pagi nak swim! Sebenarnya aku nak pergi sorang je. Tapi sekarang dah ada 4 peserta nak ikut sama. Haha. Dari 3 kelompok kenalan yang berbeza.

Lepastu nak masak nasi ayam kat rumah seorang kawan yang berkongsi kelompok yang sama dengan salah seorang dari 4 orang tadi. Lol. Nak swim pun dekat rumah kawan ni juga. Ada kolam renang dekat apartment dia kat Bandar Seri Putra ni. Dia dah siap nak buat kek pisang dah untuk aku. Katanya sedap sebab dia buat beberapa hari lepas boleh habis dia makan sorang. Haha. Aku pun sibuk siap nak pergi lepak mandi kolam, nak masak rumah dia bawa kawan-kawan yang tak dikenali. Padahal dia ni dah kahwin ada anak. Janji dia happy aku datang. Hihihi.

Menyambung silaturahim ramai-ramai apa salahnya, kan? Aku percaya orang yang baik boleh duduk dengan orang-orang yang baik yang lain tanpa ada masalah.

Then nak pergi main boling kat Warta Bandar Baru Bangi sebab minggu lepas kawan yang sama ni juga duk promote cakap murah, murah! Aku dulu zaman satu game RM5 dekat KBMall pun aku main sampai 4 game sorang-sorang. Tu zaman sekolah yang tak ada duit sangat. Gian punya pasal. Macam kau gian rokok, sanggup berhabis juga, kan?

Saja tulis kat sini. Dah tak ada tempat nak cerita sangat dah. Semua orang sibuk. Aku pun dah malas nak beria sangat apa-apa. Mungkin aku dah hilang charm and magic untuk menenangkan semua orang, terutamanya orang-orang yang rapat dan dekat (dah jauh).

Nak ikut? Jomlah.

Aku perasan banyak betul soalan aku tabur kat atas ni. Cakap sorang-sorang pun jadi lah.

Aku tak laksanakan lagi aktiviti semua ni pun aku dah excited semacam. Kah kah kah. Stressful sangat ni.

Baru lepas hantar kawan ke KLIA pagi tadi. Had breakfast with another friend. And now I'm at the office. Memikirkan rasional atau tidak untuk berhenti melakukan perkara yang memberat, makan diri. Malam ni mungkin ambil orang lain pula di KLIA2. Ahad mungkin kena tolong hantar abang ipar ke KLIA. Dan Isnin nak ambil kawan yang pagi tadi balik pula. I should as well sign up as an Uber dirver.

Take care!

2 comments:

Unknown said...

Nak tanya, berapa jatuhan pin ni? Haha.

Pisey said...

Lowest out of first 6 is 59, kot. Highest out of second 4 is 132.

I used to get average of 150 years back. I guess a little more session would do.