tak terungkap sebab lapar?

perasaan,
sukar diungkap.

tiada kata mampu ditutur.
pemilik hati yang merasa.

resah,
gelisah,
lalu terhumban.
terpana.

sekian.

"hei hei hei orang kampung semua", kata cik pisang.
(baca dengan nada hei3 hang jebat)

aku belum cuti lah!
baru nak final je ni.
tu semua imaginasi aku sebagai planning nak cuti la.
haha.
tiket pun belum beli.
doa mas n asia tak naik harga lebih 1rat sudah
ahakz.

gian nak makan kepsi ni.
alamanda jom!

p/s: siapa nak bawak aku??

hari itu aku pernah kata

episod dulu, aku dah sematkan baik-baik agar tak koyak lagi. walau helaian lembaran itu rapuh, aku tahu ia kalis segala walau basah dipijak sini sana. aku pasti.

aku pernah kata. walau sekoyak mana perasaan yang aku perlu tempuh sehari-hari dalam hari mendatang, tak akan ada perkara yang boleh goyah lumatkan perca-perca yang ada.

episod kini, aku cuba berseronok semampu mungkin dengan kerahan tenaga jiwa hati dan kesihatan yang ada. moga aku mampu untuk terus menerus saja.

insyaAllah.

ayah.
tunggu.
adek nak balik dah ni.
he3.
rindu rumah yang amat2!
jom layan action movies sama2
makan roti canai pagi2
lepak kedai kopi pekena teh
dan adek nak join subuh masjid cam dulu2
then main buaian hirup bau pagi

kawan2.
jom makan banyak2
online sampai lebam
tidur tak ingat dunia
keluar lepak2
shopping baju bundle

pergh.
rindu rasa itu semua.

mak.
miss u lah.

cuba sentuh dalam-dalam

dalam-dalam aku rasa aku sedang sakit. dan kadang-kadang rasa seronok juga untuk beretika perasaan sebegitu. bukan aku nak pesongkan segala kewujudan, aku rasa lebih bersyukur bila selalu fikir tentang mati. aku juga selalu berdoa. yang jika mati aku itu hampir, tolong biar aku tahu agakannya bila. aku tak mahu mati ngeri dalam kemalangan. tolong jangan.

ya. semua orang akan mati. dan aku selalu seram sejuk tatkala sepi singgah di benak kalbu kotak hati dan minda bagai. tatkala malam mula berlabuh, hujan yang renyai2 meneman sama, makin sejuk aku rasa lantai tempat aku meniarap guna laptop roomate dan broadband kawan bilik sebelah ini. heh.

ironinya. bila kau bangun pagi di subuh hari. kau lihat di luar tingkap. langit tenang2 saja. redup hati sejuk mata dengan wuduk yang masih melekat, kau benar patut rasa betapa kerdil diri kau yang sebenarnya. tapi ada saja yang melayan dengkur hingga ke matahari tegak terpancar. ingin aku nyatakan di sini aku juga tidak terkecuali terkadangnya terlanjur. maaf.

hari ini aku buat keputusan. aku tak mahu terlalu bergantung sangat kepada sesiapa lagi. tapi, bukan jauh di sudut paksi hati aku lah. dekat saja aku rasa aku sangat perlu untuk mengharap kepada manusia sekeliling lagi. dan lagi. dan lagi. walau pengharapan itu tidak pernah pasti. kau dan aku sama-sama selalu saja berharap itu dan ini.

kadang-kadang kita berasa takut untuk hanya berdiam diri. takut untuk lari dari kenyataan. walau kenyataan realiti itu benar parah dan menyakitkan lubuk jiwa raga. apa yang pasti, kau masih perlu meraba-raba untuk memegang kepastian untuk diri kau dan juga orang lain.

sunyi. sepi. siapa suka untuk terus bergelap dalam dunia rekaan sendiri walau pada paparan umum kau punya hilai tawa mengalahkan jin-jin yang ada di sekitar yang mungkin turut rasa terkagum dengan kebolehan kau berdekah tanpa henti.

untuk tidak lagi berpatah ke belakang. untuk hanya hanya berhenti seketika dalam beberapa detik hidup aku dan kendian mampu untuk tersenyum puas kembali merangkak bertatih berjalan berlari melompat ke sana sini. aku selalu fikir apa lagi yang aku perlu? sungguh manusia susah untuk bersyukur apa ada.

dua hari lalu aku ada satu mimpi yang terkesan. hangat tangan itu menggenggam tangan aku buat aku rasa semacam. detak hati aku waktu itu tak usah nak cerita lah dia punya mari memang semacam yang amat. bangun2 dari lena aku pandang dan belek2 tangan aku nak cari apa2 kesan bukti yang itu bukan mimpi semata. mainan. belum jodoh rasanya.

Tuhan.
boleh aku mimpi digenggam erat seperti itu lagi?

ah.
benar aku suka beromong saja belakangan ini.
tapi.
ah, haba tangan itu masih terasa lah. bikin aku mahu terus saja tidur mencari mimpi itu hari.

kaki sejuk menendang keyboard dell si hajarey: aku sedang berevolusi lagi. cepat benar kematangan aku bertambah di kesekian hari akhir2 ini.

alalalalala bosan

kesekian kali kau berhari-hari menghadap segala apa sajian yang terhidang di depan kau. pernah kau terfikir akan apa yang difikirkan manusia sekitar kau? tentang aktiviti mereka sehari-harian. tentang kisah silam hidup mereka. tentang cerita cinta yang terselit di setiap laku yang ada. tentang masalah keluarga yang dibeban tanggung bahu yang goyah. tentang perihal-perihal apa-apa lah.

ah.
aku benar kuat berfikir ni.
babai.
makan2!
semua pesan suruh aku makan.
jangan risau.
perut aku maintain comel je.

^^

oh, hei.
aku dah ada buku fynn jamal.
aha.
satu dua dan tiga.
seronok bergolek-golek di katil membelek-belek cebisan jiwa beliau.
=)

entah

selalunya aku banyak cakap. tapi sejak bermenjak ini aku lebih gemar menyimpan kata mengunci mulut memaku lidah duduk diam-diam. entah. aku rasa dunia mula berubah. atau aku yang ketinggalan amat? entah. benar entah aku tidak tahu. dari menyakitkan hati manusia-manusia tersayang di sekeliling aku, aku lebih gemar menyimpan saja dalam hati ini. tak akan parah mungkin. entah.

heh.
tiba-tiba rasa muak.
loya-loya.
nak muntah.
oh, saya bukan mengandung.
dan ini bukan iklan racun serangga.
ini simptom gastrik.

aku belum makan rupanya.

kisah hari ini =)

hari ini aku keluar berlima dengan rakan-rakan ke midvalley megamall. sudah lama tak keluar melepak bersama rakan-rakan yang ini. aha. keluar sebegini memang seronok.

buat kau terpinga-pinga berwajah bukan sedikit comel tapi banyak cantik sangat untuk berselisih kata berselisih jalan dengan teman-teman yang bukan sekepala tapi banyak berkepalanya ditambah lagi dengan kepala paip apabila ke tandas itu dan itu dan sebagainya untuk membuat keputusan seperti di mana mahu makan dan mahu makan apa dan berapa duit perlu seorang dan siapa nak habiskan cebisan terakhir dan siapa makan paling banyak dan perut siapa paling menonjol seksinya dan kemudian berkira-kira untuk memilih baju-baju baru, seluar-seluar baru, beg-beg baru dan kemudian mungkin ada tikanya sedang asyik membelek baju dan bagai itu ada pula jurujual yang tidak disukai amat yang kalau kau jumpa dia memang rasa nak lempang laju-laju tanpa banyak soal dan ketemu pula manusia-manusia beragam yang berpakaian seragam dan banyak lagilah perkara yang kau saja yang boleh nak terjemah sendiri sebab kata-kata itu tidak seindah rupa orang kata, ya, bukan aku kata sebab aku pandai menaip saja.

fuhh. panjang benar karangan kali ini. apa yang aku nak cakapkan ialah;

kawan-kawan,
terima kasih.
saya seronok ini hari walau letih gila sebab serangan hendap hormon perempuan yang aku pun tak faham kenapa kali ini menjadi-jadi gilanya sakit.

oh,
aku benar exhausted ini.
babai,
nak mandi.
dari tadi berk****n.
kah3
oke.
saja gimik di situ.
tidur dahulu.
kepada rakan bloggers, akan ku bayar hutang menjengah memberi komen kepada kalian semua. iklan tetap diklik walau sedikit cuma masa tercungap yang ada ini. aku benar kangen ini untuk beronline lama-lama sampai lebam. tapi apakan daya, laptop rosak, broadband buat hal, minggu depan final dan assignment penuh. hah. taip sikit pasal kerja pun lelah jadinya.
cau.

tentang entri sebelum

translation dari kata hati aku;

'kau punya kawan. kau percaya. dia belot. kau parah. kendian datang yang masih ada. pinjamkan bahu untuk kau rajukkan tangis. kau suka. dalam hidup, semua ada kenangan silam. baik buruk itu bukan ukuran kekinian hidup kau untuk dihukum sana sini. Tuhan ada. kau perlu hidup, walau tak kuasa melawan. kepada yang tiada, kepada yang ada, kepada semua. berseronoklah dengan apa ada berpada-pada kerna hidup ini tiada ganti lagi melainkan akhirat sana'

wallahualam.

buat manusia-manusia yang merasa

kala girang kau ragut.
hati yang sakit menangis.
jiwa yang kosong menunggu.
akal yang waras bertindak.

tindakan kau buat hati girang kembali.
mata yang kabur dek air mata hati,
mula bersinar cinta.

penantian yang menyeksakan batin,
menampakkan sinar bahagia.

banyak mana pun tohmahan yang terlempar.
jiwa suci mana mungkin nak gentar.
bukan mengalah kalau berdiam.
bukan menang kalau melawan.
kotoran-kotoran lalu,
bukan ukuran syurga neraka.

mata yang celik.
hati yang legam.
lambat mana pun berubah cerah.
diterima dunia.
insyaAllah.
diberi hidup.
diterima hidup.
berusaha kuat dalam hidupan-hidupan parasit hipokrit.

yang berniat mahu tinggalkan kenangan,
sila buat keputusan dengan tegar.
isi tepu-tepu hidup yang kosong,
separuh kosong,
dengan kejadian-kejadian indah yang enak.

sahabat yang pergi,
kekasih yang arwah,
jangan dihulur salam.
sahabat yang tinggal,
kekasih-kekasih wannabe,

dan kawan,
terima kasih.

sekian.

nota kaki: ini coretan seorang teman. aku pohon pinta izin darinya untuk dipapar umum, saat mata tertaut di kata-kata perasa untuk perisa tambahan hidup kau semua.

al fatihah - mohon dari semua

kawan-kawan,

semalam aku keluar makan di chop n stick serdang. makan chicken combo dan minum horlick ais sambali bergurau senda berhilai tawa bersama rakan-rakan teman-teman semua.

sepatutnya sorang lagi rakan join bersama. rakannya telah meninggal dunia. beliau bergegas ke shah alam dengan motosikalnya.

pulang ke hostel, sempat menyambar kotiaw goreng pula. aku tidur kekenyangan. benar-benar dunia saja.

subuh. membelek mandarin. take a nap. mandi dan ke tuto math. gembira menghadap roti sardin dan nescafe ais di cafe. kekenyangan. pulang bergayutan dengan cik bie tentang perihal suka suki. sedang aku berkemas untuk mula menelaah kononnya, cik bie menelefon aku pula. agak musykil.

mutiara jernih menitis di pipi. terketar-ketar aku meneruskan perbualan yang sekejap tapi beratnya Tuhan saja tahu. sesal aku dan bagai. arwah yang sama. dilawat rakanku petang semalam di shah alam.

aku lupa kami semua berkawan dari kelompok tempat sama. aku tidak bertanyanya panjang semalam kerna tak mahu menambah sebak. rupanya aku yang kelewatan berita. ah.

tidak lama selepas itu, ayah telefon aku. passing phone pada ummi yang ada perkara mahu bercakap dengan aku. beliau turut mengkhabarkan berita yang sama. cuma dengan lebih terperinci. arwah telah dikebumikan dengan selamat pagi tadi. arwah merupakan rakan karib sepupu ummi.

arwah budak uitm shah alam. on the way nak hantar assignment dalam hujan menaiki motosikal berseorangan. berbaju hujan, jadi tidak stop di mana-mana perhentian. hilang kawalan mungkin untuk menjadi penyebab ketentuanNya. lalu kemalangan melanggar tiang elektrik.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Hanafi Bin Mohammed yang baru sahaja meninggal dunia. semoga rohnya dicucuri rahmat Tuhan. semoga keluarganya menerima dengan baik. kerna bapanya juga telah 10 tahun pergi meninggalkan mereka semua.

maaf jika ada kesilapan fakta. otak aku tidak dapat memproses sepenuhnya lagi. hanya yassin yang paling termampu aku beri.

baru pagi tadi aku melihat luar jendela sewaktu subuh. memikirkan tentang ajal dan mati aku. hal ini buat aku diam membisu. terperuk ke dasar.

rakan,
aku pohonkan derma dari kamu untuk arwah
al-fatihah

wassalam.

nota kaki: arwah dahulu penuntut mrsm pengkalan chepa 0506.

hidup mati tu kau dan aku tak tahu bila.
bila-bila masa boleh terjadi.
2 ayat terakhir surah yasin,
bila Tuhan mahu itu, maka jadilah ia.
Dialah yang menguasai segalanya,
kepada Dia kita kembali.
wallahualam.

masih

kita masih di tahap untuk mempelajari banyak perkara.
masih mencuba untuk bangun sendiri.
masih belum bertatih lancar.
masih mentah - tidak ranum pemikirannya.
masih tidak bersedia untuk menerima.
masih tidak dapat berkongsi segala.
masih cuba berselindung.
masih perlu bersendirian.

kitakah?
bagaimana kau?
ya kau.
dan mereka.

atau,
hanya aku.

apa maksud di takuk lama?
old-fashioned?
bengap?
tak up-to-date?
spesis tak berani cuba?

entah apa-apa entah,
janji aku berhidup.

cau.

tiada tajuk lagi

aku sangat suka dan gemar pada kata-kata yang indah.
kata-kata pembakar semangat.
aku paling tak suka kata-kata yang berunsur marah-marah.

entah.
orang kata dengan penuh emosi keberangan
pun boleh dijadikan nasihat pembakar semangat manusia sekeliling mereka.

tapi,bagi aku.
macam tidak je.
well.
certain times.
depend juga.

lain orang.
lain cara.
lain rasa.
lain masa.
lain pula rasa.

segalanya berubah mengikut keadaan.
mengikut etika sendiri.
mengikut segala pergerakan linear.
atau aturan exponential.
depends.
aku suka jawab depends.
ataupun.
maybe.

nak selamat mungkin.

aku tak suka sangat berjanji.
terutamanya janji yang aku tak yakin aku dapat buat.
aku akan jawab.
nanti.
maybe.
tengok dulu macam mana.
depends lah.
bla3.
1oo1 alasan.

sebab.
kalau aku mungkir janji.
aku yang berdosa.

kalau aku berjanji.
aku kene bertanggungjawab.
kata mesti dikota.
datuk kura-kura dalam dragon ball pun pernah cakap macam tu.
haha.

oke.
aku sebenarnya tak tahu apa yang aku mengomel ni.

jom makan cokelat jap!

diari seorang pencinta jiwa


aku masih menunggu
menanti musim untuk berbunga
kenapa hanya gurun yang tandus

aku kangen sama bintang-bintang dan kepul awan indah
ditambah enak warna-warna seni
dicorak anyam perisa jiwa
walau hanya seperca rasa
aku benar ingin itu
walau hanya seketika cuma
aku anggapkan ia anugerah

meniti hidup di pagi hari
menghidu bau embun di kali
menikmati panorama ombak indah
melayan perasaan mengelak gundah

aku menggetap bibir
menggenyeh hidung
dan membalas senyum penuh makna

aku coretkan ini buat semua pencinta
pencinta dunia
pencinta manusia
pencinta alam
pencinta mati
moga kita sama merasa
merasa keliling yang tiada diendah

aku percaya
dan selalu percaya
untuk tidak berputus harap
supaya hidup tidak terperap

kusam bukan?

sekian.


hai mak, adek rindu.
ah.

hidup ordinari aku

kalau jumpa doktor, aku akan beritahu;
saya sakit tekak.
lemah-lemah badan.
pening dan sakit kepala.
lenguh-lenguh sendi.
sedikit selesema.
tak ada la batuk.
tapi ada ulser ni.
dan tonsil macam bengkak.
dan oh, perut saya paling teruk 'demam'.

semalam tak tidur seharian setelah bangun pagi dan tidur selepas subuh pagi tadi. kendian bangun jam 1022am dan bergegas ke kedai binding assignment matematik.

ponteng kelas manufacturing process kerana perlu menyudahkan business proposal subjek technopreneurship yang alhamdulillah setel setelah otak aku menghabiskan ayat-ayat berbunga conclusion dalam bahasa inggeris.

usai zuhur, makan dan asar. cepat-cepat pergi kelas solidwork sebab nanti kena potong markah grouping assignment. aku berjaya buat handle untuk skateboard ala-ala versi scooter.
*riak*
(padahal orang lain duk bagi arahan)

browse tentang perihal gastrik di gelanggang maya. banyak perkara aku baru tahu tentang diri sendiri, dan semakin risau jadinya. ah. harus dikontek segala saudara mara yang berstatus doktor itu untuk lebih kepastian.

singgah cafe order kotiaw kungfu satu bang dengan air susu pekat ais satu bang dan bergolek-golek di katil senior bilik sebelah dengan berkeadaan tuan bilik tiada. aha.

makan kotiaw kungfu dan minum air susu pekat ais sampai perut comel tersenyum jadi terik sengeh semacam. serius. comel amat.

gila sekejap aku rasa hari ini punya aktiviti simple tapi hectic.
sekian.

kau punya hari apa macam?
heh.

wak lu!

bukan si kaki bangku


bangku itu penuh.
sesak dengan manusia itu.
bangku itu juga penuh.
dihias gelak tawa riang.
tapi,
bangku ini kosong.

bangku ini kosong.
bangku ini tiada siapa.

bangku ini kosong.
walau aku ada di sini.
bangku ini masih kosong.
berharap bertemankan seorang engkau.

bangku ini kosong.
bangku ini.
aku mahu kongsikan bersama.
bangku ini.
aku tahu tiada apa.
rupa yang biasa.
tiada kelip-kelip istimewa.
tapi bangku ini.
aku selalu perelok sediakan.
bangku kosong ini.
aku harap.
ia sempurnakan apa ada.
untuk kau.
dan untuk aku.

hai bangku,
maaf.
buatkan kau kesepian.
dengan keadaan yang menjerat.

tapi aku percaya.
suatu hari nanti.
ya.
hari itu akan tiba.

*senyum*
*sengeh*
*tayang gigi comel*



mood sunyi 'sepei' (sepi)
tapi gua lepak je.

kena cool.

peringatan untuk aku, kau dan mereka

dalam meniti kesempatan hidup, kau suka melengah-lengahkan yang wajib. kau dahulukan segala hiburan.

kononnya kau saja yang hidup bagai fairytale. kisah cinderella sini sana.

kau jelik memandang manusia lain. bagi kau mereka kolot. mereka tidak up to date.

hidup kau keliling pinggang dipuja disukai. kau punya rupa paras bagai sempurna di kaca mata manusia lain. manusia yang menghakimi secara fizikal.

walhal dalamanmu penuh karat. ah, benar menjerat. hidup kau dianggap popular. kau disanjung sini sana. pernah kau berhenti seketika. memanjatkan syukur pada Tuhan yang memberi?


wallahualam.

bangun dan duduk

sewaktu kau bangun
kau mampu untuk berdiri
kemudian bertatih
berjalan
melompat dan sebagainya
mudah saja
untuk bangun dan terus berdiri
dan bila kau letih
kau henti seketika
kau duduk rehat
mengumpul tenaga
untuk bangun bersemangat kembali
kau mampu

sewaktu kau duduk pula
agak sukar untuk bangun dan laksana segala
kau boleh cuba, cuba bangun dari duduk itu
berkali-kali mencuba
sampai berpeluh jiwa
kau lakukan penuh harap
menang juga akhirnya
itu janji Tuhan
untuk yang ikhlas berusaha

tapi,
jika sewaktu kau bangun masih bertenaga kau rasa nak duduk
dan bila kau duduk kau terus untuk sekian waktu
kendian kau terduduk di katil pula
lalu berbaring seronok memeluk teddy gemuk

sila angkat tangan,
aku nak ketuk pakai senduk!

aha.
siapa?
sini kau.

kaki cantik menaip nota: aku rasa aku kena ketuk kepala sendiri. haha.

ku petik bintang-bintang

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhirnya terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua

-lirik lagu kenny remy martin-


lagu ni buat aku rasa masih ada harapan untuk segalanya.
tapi aku masih gundah.

ah.
mahu bertapi-tapi lagi kau kan?

pernah kau rasa perasaan ini?

pernah kau rasa. satu perasaan ini. perasaan bila kau diuji dengan berat. kau tidak senang untuk mengaku kalah, jadi kau buat keputusan untuk terus walau apa terjadi. tapi belum pun sampai di pertengahan jalan simpang hidup itu, tiba-tiba kau rasa lutut kau sudah lemah-lemah. kau jatuh melutut rebah di lantai itu.

pernah kau rasa. satu perasaan ini. perasaan untuk disayangi bagai. dipeluk erat penuh kasih sepanjang masa. segala makan minum kau berjaga. kendian segalanya ditarik pergi daripada kau. bagaikan hanya mimpi semalam segalanya tiba-tiba kelam. buatkan sesak untuk terus bernafas. kau rebah mengulit mimpi ngeri di siang hari.

pernah kau rasa. satu perasaan ini. perasaan untuk menjaga orang lain, yang terkadang lebih daripada diri kau sendiri. bukan kau pinta ia datang. lalu kau terima dan layankan rasa itu. tiba-tiba kau dah tak mampu lagi. dek perasaan yang timbul kian membuahkan rasa. kau perit merasa sakitnya seorang.

pernah kau rasa. satu perasaan ini. perasaan tika kau diuji kuat. kau hilang asa. kau digugat goyah sini sana. kau diherdik dikeji dimaki tanpa kau faham sedikitpun apa salah kau. kerna hanya mutiara kaca yang berharga mampu kau bayarkan setiap hari sepanjang masa. kering air liur untuk tuturkan kata. kau hanya mampu berdiam saja.

pernah kau rasa. satu perasaan ini. perasaan untuk kehilangan orang tersayang. perasaan yang menjerut jiwa raga. bagai dunia kiamat sudah. kau terjerit lolong sini-sana. kau cuba kuat untuk tabah menghadapi. tapi kau sudah tidak mampu. diri lemah jiwa terganggu. hati kau bagai dirobek bagai. kau hanyut.

pernah kau rasa. satu perasaan ini. perasaan untuk hidup tiada dihargai. walau sekelumit cuma yang kau pinta. kau dianggap bagai halimunan saja. salam kau tiada bersambut. kata kau tiada didengar. gerak geri kau tiada diperhati. kau mula letih untuk hidup. bagai tiada guna. kau mula merosakkan diri. konon mahu perhatian lebih.

pernah kau rasa. satu perasaan ini. perasaan untuk tidak diterima dalam setiap aspek hidup yang kau cuba bangunkan. kau asyik terduduk. kau sudah mula tidak menerima segala hakikat. walau kau tahu ia ujian dari Tuhan.

tapi kau sudah longlai.
tapi kau sudah letih.
tapi kau sudah parah.
kau perit.
kau terjerat.
kau kelu.
kau hancur sudah.

walau kau tahu, kau sedar. siapa diri kau. kau hambaNya. kau ada tugas sendiri. kenapa harus kau meracau tidak tentu arah? kenapa perlu kau mahu tinggalkan hidup? kelat bagaimanapun, kau perlu terus sayang. itu saja.

teruskan hidup.
selagi nafasmu masih bersambung.
selagi rohmu masih di jasad.

kerna selagi ada yang menghulur tangan,
memberi telinga,
menadah bahu,
kau teruslah.

walau sedikit cuma yang ada.
syukurlah mereka ada.

sekian.

tak tahu nak letak apa tajuk sini

bila bosan-bosan begini, otak aku akan mula melakukan aktiviti meluncur deras ke sana ke mari. entahlah.

hidup mula rasa kosong. kosong seolah-olah tiada apa macam lirik lagu exist - alasanmu tu. aha.

kelat pula aku rasa. tekak kering. mulut rasa nak makan. perut kosong yang amat. biasalah bila puasa macam ni. oh, ini hari terakhir puasa enam aku.

aku rasa pengakhiran hari ini walaupun letih tersangat akan ada cahaya keimanan yang sejak azali wujud tu semakin lebih terpancar bercahaya seperti marmar yang berkilat dalam iklan harpic itu.

ah. entah apa aku dah mula melalut merapu meraban. Tuhan. aku perlu kekuatan ni. final exam dah dekat gila amat. ketakutan aku pun dah terbaik punya getar dan pelbagai resah gundah singgah kat kepala otak serta hati dan jiwa yang mula berserabut bagai.



dah-dah.
solat zuhur.
take a nap jap.
pergi kelas.
balik kelas nanti,
solat asar.
tidur kalau perlu.
atau belek apa-apa bacaan.
ilmiah, fiksyen atau apa-apa lah.
janji buat apa-apa daripada tak buat apa-apa.


sekian.
sari berita penting.
wassalam.

nota kaki: dah lemah semacam ni. ah. final-final. tak kacip langsung!

cermin toilet

ini cermin.
dalam cermin tu nampak refleks kepala aku.
aku pun tak faham sebenarnya kenapa orang suka ambil gambar dalam toilet.
so,
ni kiranya aku cuba-cuba sajalah nak cari pengalaman sendiri.
(kononnya mencuba)
aku rasa salah satu sebab dia adalah toilet ada banyak cermin.
lighting pun kadang-kadang bagus.
nak ambil self-portrait tanpa bantuan tu pergh bapak senang lah.
tu je kot.
aku tak tahu nak taip apa ni.
tapi rasa nak post something.
end up the entry jadi macam ni.
terima jelah.
(nada tak ikhlas)

wassalam.
counting lagi 2jam nak berbuka puasa.

....zzzzz

nota tambahan:
kalau rasa gambar bau busuk snap dalam toilet,
sila hidu gambar ini sekarang.
dekatkan hidung masing-masing pada skrin.
ada brann?
aha.
=)

jangan bergelap, sila bercerah


taken at secret recipe midvalley megamall


bila otak mula rasa kelam.
hati rasa pudar.
jiwa mula kacau.
diri rasa perit.

sakit.
bagai dunia yang ini tiada lagi.
bingit.
dengan suasana keliling yang langsung tak erti.

ah.
persetankan yang durjana.

aku mahu bebas.
bebas dengan cara aku.
bebas secara baik.
bebas tapi terikat.

kalau bebas sebebas-bebasnya.
aku bimbang terbabas pula.

semacam bas ekspress lah.
bila ada yang nak ikut cara sendiri tiada terikat etika pemanduan.
samada kenderaan lain, kenderaan itu mahupun yang ini.
sama saja.
ada yang jadi mangsa.

kau pun sama.
jangan nak berdalih.
semua nak yang terbaik.
ada siapa doa mahu diri tercorot?

lain kali bila rasa gelap sangat.
pasanglah lampu.
hulurkan tangan.
sambut bantuan.
warnakan hidup.
jangan persia.

kesimpulan paling penting,
jangan membazir hidup, duit dan segala.

jangan jual ikan.

pesanan dari penaja,
sila bayar bil elektrik anda.
baru cerah senantiasa.
aha.

sekian.

nota kaki: tenaga nasional berhad tak bayar aku untuk saranan di atas.

senarai untuk difikirkan supaya berfikir

  1. hati
  2. jiwa
  3. otak
  4. badan
  5. sekeliling
  6. teman rapat
  7. keluarga
  8. pelajaran
  9. duit
  10. makan
  11. tidur
  12. buat tak tahu
  13. kahwin
  14. jejaka kacak
  15. menembak bersama dslr
  16. shopping
  17. update blog
  18. kawan-kawan lama
  19. hidup sendiri
  20. hidup manusia lain

ini antara senarai kegemaran untuk aku berfikir dan berkira-kira dalam hidup. dan oh, ini tak ikut susunan ni. mana mungkin no 10 dan no 11 itu berada di situ.

jom tidur.
dah hujan dah.
dah lama tak hujan malam-malam (pagi-pagi).

ah.
jangan-jangan memang otak aku dah set tak mahu ke kelas programming lecture jam 1000 am esok ni?

"a'ah,dah la satu kelas je",
jerit hati kepada jiwa yang menyahut seruan otak.

kenapa bila subuh,
sukar benar nak bangun.
asyik liat semacam tapi syukur kerjakan jua.
terima kasih kepada ahli bilik yang bersemangat!

masalah bila jadual cuti aku tak sama dengan semua yang lain.
puasa enam pun sorang-sorang.

i wish dad is here.
beliau pegang tombol pintu pun aku terus sahut kuat,
'ya!'

heh.
homesick la pula.
gila tak malu.

'bye-bye',
kata shin chan.

kata shin chan lagi,
'diam diam diam.
diam diam diam.
diam diam diam',

apabila ayahnya sedang sibuk bekerja sebab nak naik pangkat dan menyuruh beliau duduk diam-diam tidak buat bising.

tamat.

kaki bersih menekan papan kekunci:
siapa tahu nada shin chan sebut dialog kedua itu sila angkat jari telunjuk dan jari tengah anda.

heyy,
bukan macam tu lah!
jangan jari tengah saja, gua lempang kang! huh.

ah.
life dah mula rasa hectic semacam.
rasa je kot.
ntah.

lu pikir la sendiri - nabil


tunggu tren komuter di stesen midvalley. baru terlepas satu peluang menaiki kenderaan tersebut yang penuh digasak manusia kurang sopan, manusia sopan, manusia teraniaya dan manusia perasan gerabak itu dia yang punya serta manusia ingat bontot dia paling besar sampai _______ (sila penuhi tempat kosong sendirian berhad) dan spesis-spesis lain.
manusia banyak jenis.
astro kata,
macam-macam ada.
ini peristiwa 4 oktober 2009, kira-kira 6pm.
terima kasih.
kaki dalam kasut berstokin hijau menaip: ini gambar bukan terbalik ni. otak gua pusing masa tu. jadi bila duduk terbalik ngap buah plum rasa lebih ok. maaf. duduk gua nampak macam kurang sopan sedikit. too tired. jadi berlunjur kaki di public.
we are all human. we make mistakes. we have limit.
kenapa tak buat kesalahan kecil yang tiada jejaskan pihak kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. kenapa perlu babitkan semua.
sebelum memulakan perjalanan hidup setiap hari.
bacalah bismillah.
sebelum menamatkan riwayat setiap hari.
bermuhasabahlah.
contohnya.
mulakan dengan flush tandas setiap kali lepas membuang apa-apa spesis anasir terbuang.
dapat pahala.
tahu?
nabil raja lawak kata,
'' lu pikir la sendiri ''
sila highlight sendiri.
click, then drag to view the words i typed above.
tahu?
sekian.
[agh. stress aku. dah edit berkali-kali pun tetap spacing dia rapat2. padahal gua dah edit cantik baik punya. nak rapatkan silaturahim mungkin]

bacalah kalau nak baca

sejauh mana pun kau melangkah
sejauh mana pun kau pergi
kau akan tetap dipandang sama
walau jiwa kau berubah
dalaman kau tak sama
sebab
sesungguhnya tak semua manusia itu celik
kadang-kadang
yang buta lebih pandai melihat

kadang-kadang kita lupa
yang dunia ini indah
sebab asyik pandang segala hal kotor dan buruk
sudahpun minda kau tercemar
apa lagi mahu kau mahu
menghakimi setiap yang ada
dengan sinis berbaur negatif?

ironi.

dunia kau.
dunia aku.
takkan pernah sama.
takkan pernah beza.
tapi ketahuilah,
kau rajuk aku ada.
kau mahu aku temankan.
kau salah aku betulkan.
kau becok aku diamkan.
kau gertak aku tenangkan.
kau goyah aku sabarkan.

sama seperti itu,
aku berharap yang sama dari kau.

mungkin cara kita berbeza.
namun rasa itu,
rasa yang sama.

kau buat aku selesa,
terima kasih kawan.

itu saja yang aku perlu.

hey semua,
jangan berhenti untuk percaya.
jika kau mahu untuk terus kuat.
jangan lupa untuk bernafas.
selagi Tuhan tak kenakan caj
untuk oksigen yang kau sedut.

sekian.

p/s:
entah apa aku merapu petang minggu lepas yang aku lupa hari dan tak penting pun aku tulis hari apa kat sini sebab hari-hari rasa dia macam sama saja yalah hidup dah macam robot duk lakukan perkara sama hari-hari dan seterusnya buat lagi dengan kebosanan nak belajar.

dem.

contengan tambahan:
entri ini sekarang sudah boleh komen-komen sebab ada orang itu pinta pada saya dan saya nak minta biskut tiger dengan dia. amacam brader, leh tak? pos ekspres!!

ada orang nak komen ke?

jangan bertelanjang boleh?

tolong pakai baju.
jangan bertelanjang bogel.
sini aku sentuh bab mental.
bukan fizikal.

betulkan otak kau semua cepat!!

ibaratkan baju itu akal.
akal fikiran yang Tuhan bagi.

sepertimana kau keluar rumah kau tahu berjeans tshirt,
berbaju kurung,
bersolek mekap,
dressing lengkap sini sana dengan aksesori,
bertopi bagai,
berambut cacak,
bergaya macho dan sebagainya.

tolong jangan kasi orang lihat kau bagai bertelanjang bulat.
kalau dah bodoh, jangan duk tunjuk pamer.

'manners mana manners?'
ingatan buat semua


kaki laju menendang keyboard: muka lawa hati busuk pun bau tengik gak weh. kentut sama busuk. berak sama busuk. tapi kalau hati busuk tu lagi hsnff%# bau dia punya pergi.

aku mahu kopi ais kaw-kaw!

sehari tak update aku rasa nak gila otak jalan pergi lawat macam-macam taman lagenda. tadi pergi layan papadom afdlin shauki. gila bapak best siot walawei bla3 dan segala mala pujian cool bunyinya. nak komen review dsb, tapi ada kawan aku tak bagi sentuh langsung selagi beliau belum menonton. haha. so, here it is. kopi untuk semua.

aku mahu segelas kopi ais kaw-kaw.

segelas kopi. bukan secawan.
gelas lebih besar dari cawan.
lagi lama minum kopi dari gelas.
berbanding dari cawan.
kopi ais dari gelas lah.
tak cool guna cawan.
apa daa..

kopi.
orang kata pahit.
lagi-lagi bila minum sampai habis.
bagai nak terselam lemas diteguk habis tak cukup nafas.

kafein.
oh kafein.
boleh gila aku hidup tanpamu.

aku mahu segelas kopi ais kaw-kaw.
sebab apa?
sebab ia besttt.
kau bisa gulakan hidup aku.

aku mahu kopi ais kaw-kaw.
buat pelengkap hidup aku.
bagi bisa aturkan pengalaman pahit kelam.
untuk kasi cerah di akhirnya.
walau mungkin terkesan sedikit di dasar hati.
sekurangnya jiwa lebih tenang tak goyah.

yalah.
haus-haus teguk air ber ais.
wah!

memang mari.
dia pergi jauh pergh.

lagi-lagi tika panas terik.
nak buka mata cari jalan pun tak nampak.

'buka mata... tak nampak jalan di dunia.. kerana tidak ada cahaya.. bla3 '

ya.
aku mahu kopi ais kaw-kaw.

dalam-dalam.
kau hiruplah layan feel baik-baik.
hidup takkan pahit selamanya beb.
lega dan sinar akhir itu membahagiakan.

high~

nota kaki: dulu addict nescafe. sekarang aku asyik order kopi ais. amacam? bukan makan garam lebih ni. teguk kafein bagai nak rak! cool habis macam orang tua..

wa nak kasi life baru

aku selalu fikir
fikir dan fikir
apa tujuan hidup aku
apa perlu aku melangkah sedikit.
apa perlu aku melompat banyak.
ataupun berguling-guling.
kemudian memanggil awan guling?
heh.

aku tak tahu nak taip apa.
seems like macam dah mula goyah segala pegangan.
malas belajar kut paling utama.
lain-lain syok je enjoy sini sana.

ringtone rock n roll gua pula jarang berkumandang.
dem.
gua tukar twist and shout lah nanti.
kasi life baru.

cau.
esaimen technopreneur menanti wa utk disetelkan.

kaki lemah menaip: membebel je keje aku cakap malas tapi pegi je kelas. buat je keje. jawab exam je cikai. mampus nanti jadi nenek tua cepat. agh.

aku hanya apa ada saja

aku bukan lantai untuk dipijak hina.
aku bukan siling untuk pantau segala.
aku bukan dinding untuk kau bersandar.
lampu untuk suluhan perjalanan kau.
bukan juga langsir untuk hanya memberi lambaian untuk kau.
aku adalah aku.

yang tak punya apa.
tapi ada jiwa yang keras untuk kau dambakan segala.

kau mahu pijak.
pijaklah!

kau pamer.
aku lihat.

kau lenguh,
sandarkan pada aku.

kau suram,
aku suluhkan.

tapi,
yang nyata.
aku bukan orang yang akan melambai meninggalkan kau.
di mana pun kau campakkan aku.
di situ juga aku akan terus menantimu.
untuk menampal segala lubang.
mengisi ruang kosong.
untuk memberi sinar dalam hidup kau.

lalu aku mungkin cermin.
yang rapuh, tapi berhati-hati.
yang beri makna segala hidup kau.
walau mungkin aku pecah ke serpihan terakhir,
gunalah aku selagi boleh.

walau untuk sedikit pandangan,
buat refleks kehidupan kau wahai kawan.

sekian.

ini jam. bukan masa

saja nak kenalkan kau orang dengan jam. ini jam gua. itu tangan gua. dalam bilik gua. itu nampak sedikit kaki gua. dengan karpet (karpet ke orang panggil?) jalur-jalur yang cantik dan satu lagi yang merah putih. kelihatan sedikit rupa cadar katil gua.

jam kita boleh lihat. masa? macam mana kau ukur masa? dengan melihat kepada jam lah kan. kalau pun kau tekan kalkulator, nak kira masa, tapi kalau tak tengok jam, kau tak dapat juga nak berkira-kira segala hal.

masa kian suntuk. masa tak boleh diundur. tapi jam kau boleh pusing putar itu jarum suka hati saja. heh. kau nak cepatkan 10min macam gua pon boleh. tara hal. tapi jangan tiru lah. gua nak unik sorang-sorang. sebelum ni cepat 7min. sebab gua rasa masa semakin pantas berlalu, jadi gua niatkan diri nak langkah lagi laju dari masa. kononnya lah.

apa aku nak cakapkan di sini. eh, gua. gua nak bagitahu lu orang. yang gua sangat takut dengan masa yang bergerak pantas. semakin pantas masa, semakin dekatlah kita dengan hari kiamat. or should i say, apa-apa sajalah appointment, dateline dan sebagainya.

persoalannya.
adakah kita bersedia?
adakah kita tak sedia?
adakah hidup dunia nak suka-suka saja?
hidup akhirat nak seksa-seksa?
wallahualam.

perkara paling dekat dengan kita ialah mati.
itu paling tak dapat disangkal cangkul buang lagi.
berdebar?
takut?
konpemlah.
siapa tak takut mati.
tapi kadang-kadang atau selalunya.
kau cuba berpura-pura buat tidak tahu.
supaya diri merasa lega.
lega dalam kehidupan palsu ciptaan sendiri.

entah apa aku bebel.
okey.
gua dah ngantuk.
esok lab programming jam 10.30am.
satu kelas saja.
aha.
akan bosan mungkin.

jom puasa enam hari kedua pula.

sekian.

reply seorang teman rapat

salam pise
thanz byk2
terharu-haru
tau
kate2 ni datang dari hati kamu
pepon
walopon kite jauh
ade jodoh
xjumpe kat cnie
maybe jumpe kat akhirat nnt=)
ingat Allah selalu
mintaklah ape2
thanz 4 being a good listener n fren
sayang kamu!!!!
salam

ini kawan gua send kat ym.ho3.
tiba-tiba rasa seronok berbunga sendiri.
ahakz.

self satisfaction of having?
hati gua cukup paham.
dia injek gula lebih dalam darah suruh otak kasi arahan pada mulut untuk senyum.

gua senyum ni.
=)

nota kaki serius: the person is orang yang aku taipkan entri sebelum ini yang berjudul 'aku bukan pengubat hatimu'. situ pun dia ada komen. ho3. gumbira2. aku pun tak paham nape bergula sangat ni. sebab makan banyak kot tadi lepas berbuka. heh.

sini tak boleh komen. tamau terima sebarang kritikan pujian apa pun. gua hepi sendiri je lah. haha. nak komen, gi komen kat entri tu je. kasi hati masing-masing terkesan sendiri. cau.

haus bukan ikan paus

haus.
hauskan segala.
hauskan kasih.
hauskan belaian.
hauskan cinta.
hauskan kata-kata.
haus.
aku haus.

biasa lah haus-haus dalam puasa ni.
haha.

selamat puasa enam pertama untuk aku!
korang?

eh.
ikan paus leh makan ke?
haha.

haus.
haus.
haus.

otak! jom jalan-jalan

aku baca karya harun yahya itu hari. oh, dah berbulan kot. tapi secebis cuma dek kesempitan masa tika itu. buku bapa saudara yang punya. sempat dibelek beberapa helai sahaja.

harun yahya sangat hebat. aku stuck dan terkagum dengan setiap bait kata yang beliau tuturkan. lagi-lagi tentang refleksi diri seseorang. tajuk buku tu if im not mistaken is DEEP THINKING.

memang aku rasa terpanggil lah nak baca itu buku. since i am on my way to geligakan otak yang suka berfikir segala macam hal merapu ni.

kau tahu tak kau punya kuasa nak guna otak tu untuk berfikir hebat? lagi banyak kau fikir, lagi hebat otak kau. seumpamanya;

macam kau asah pensel bersungguh-sungguh zaman sekolah dulu.
kalau kau asah baik, dengan sharpener terbaik, memang terbaik punya ketajaman mata pensel yang kau akan dapat, dan lagi baik punya kau punya tulisan tak ada comot cela. lainlah kau memang cakar ayam. aha.

apa aku maksudkan di sini.
jika kau guna otak (pensel) tu baik-baik, fikir tentang benda (sharpener) terbaik. hasilnya otak kau jadi terbaiklah. dan dapat pengaruh baik dalam semua segi.

kau dan aku sama saja wei.
jangan dibanding-bandingkan.
sebab kesedaran tu yang terpenting.
perbetulkan mentaliti kau.
kau dan aku sama saja dari segi perhambaan kepadaNya.
kau dan aku sama saja asal usul kelahiran dariNya.
kau dan aku sama-sama berotak yang dapat berfikir.
lainlah kau dari azali terencat mental.
jika itupun, kau masih perlu berfikir untuk beradab sopan.
jangan jadi bangang.

jadi fikirlah.
jadi baik punya orang.

kalau mereka hebat.
aku hebat.
kau juga hebat.

sekian.

sakit gila dan seronok gila tapi aku tak gila


hei hei hei. aha. gambar ini menggambarkan segalanya sudah. semalam status perut aku sangatlah kritikal. sangat beb. dari saat aku bangun pagi nak bersubuh khusyuk cium sejadah, perut dah semacam kejang. kes kipas laju sangat setelah dicuci la tu. aha. then, tidur. bangun-bangun terus menghadap tayangan GI JOE kat bilik sebelah dengan ber lcd dan skrin bercadar sehingga ternganga-nganga sebab tak berapa faham. gastrik masih ada.

mandi. bersiap-siap. telan omeparazol. join the club pergi mengejar kupon di english carnival, with the stomach ache terus menggila. dem. pergi big plate nak makan seronok-seronok dengan rakan-rakan, dah ambil nasi masuk pinggan, letak kuah kari sikit.

'ZAPP!!', gilak. macam nak terduduk aku kat situ. dia punya pergi macam terjun bangunan terus tersembam tapi boleh angkat kepala duk tahan sakit. amacam? sebab hidup.

terus cepat-cepat aku panggil the other friend bagi pinggan tu dan aku bungkus saja tunggu diorang settle makan dengan wajah hipokrit sengeh-sengeh. takkan nak 'aaaghhh, ughhhh, aghhhh' kat situ kot. tak pasal kena cop macam amenda la pulak. heh.

makan bubur ayam mekdi. makan mcchicken 1/4. berzuhur. makan fries. lepak-lepak. berasar. makan nasi bungkus. tidur half an hour. at 6, iron baju. ngap lebihan mcchicken. ngap apple pie. mandi. bermanghrib. bersiap-siap nak pergi berperang fesyen di kelab tasik putrajaya.

aha. sambutan majlis hari raya peringkat alumni foundation in engineering technology dari 1st batch hingga ke 5th batch. 140 total. and 50 is from mfi dan lain-lain is the other 90.

paling seronok. sebab gastrik tu aku tak tahu lari ke mana sepanjang segala aktiviti camwhore dilancarkan. seronok beb. tu je aku boleh cakap. berpeluh kesah semua orang. and yes aku enjoy every bit of the moment being there with you guys. 4th batch!! yeaaha. aha.

sampai bilik. sangat letih. aku kemas-kemas. cuci baju. sidai baju. kemas-kemas lagi. settle tempat tidur. gosok gigi. cuci muka. pakai lotion kat kaki yang letih dengan 3inch/4inch aku tak tahu. dan kroohhhhh, kroooihhh, kooorhhhh.

tapi hari ni dia punya feel datang balik weh. nak gi midvel ni. so, doakan aku tak kepengsanan atau merapikan bertempikan apa-apa lah kalau sakit tu datang lagi. haha. tak makan saman aku ni. dah tahu sakit keluar juga. kih3.

till then,
wassalam.

aku tak tahu apa lagi nak cakap





________________________________________

teka-teki:
untuk merasa relief, nak tarik nafas hembus nafas lega dalam setiap detik hidup kau, kau perlukan sesuatu yang boleh kau pegang, genggam sekuat boleh.

sesuatu yang menjadi tempat kau buang segala kisah duka lara, kisah bunga-bunga atau kisah kumbang-kumbang, kisah potret keluarga, kisah keseronokan maksima, dan pelbagai bagai lah ceritera yang kau nak kongsikan.

jawapan:
kawan yang bagus punya yang kau boleh heret ke sini sana. yang kau tak segan silu nak korek pensil pakai sharpener dia tanpa diberitahu (jangan korek benda lainlah, buruk). yang apa-apa lah buat kau selesa macam bagus punya. syukurlah kalau kau ada. jangan take for granted.

tapi kadang-kadang.
kalau tak ada yang benar kau percaya teguh itu.
kau tetap ada diri kau.
genggamlah apa ada!

best betul kalau dapat peluk bolster ni.
tapi ada kat rumah je.

so,
pegang teddy boncit.
tendang anak-anak beruang.
sumbat ipod di telinga.
hilang resah gua.

lebih feel sebab katil gua di kayangan.
macam budak-budak nak panjat kena pakai kerusi.
nak turun lagi-lagi lah lemah semacam.
gua bukan gayat.
malas nak ambil risiko tulang rapuh di lain hari.

dan kipas rumate-rumate tersayang baru cucikan tadi.
habis segala benda rasa berangin.

tidur jom semua.
huwaghhhhhh!!

cau.
lalok da neh.

yang tersirat tu ada, paham-paham sendiri lah.
yang terpapar tu, enjoy-enjoy kan lah.

tu kononnya nak kasi semangat belajar study rajin-rajin.
tapi seronok juga tengok saja sebelum gua lelap mata.
heh.

buat berdebar masuk dalam mimpi.
aha.

lagi 3 minggu nak final.
pergh.
tu je gua nak komen.

lu orang nak komen apa?

kaki tegap menaip: kepada rakan blogger, maaf sebab tak punya banyak masa nak menjengah ruang maya anda semua lately. nak melompat bergegas ke blog-blog pun tak mampu. apatah lagi nak blogwalking. mungkin akan lebih busy. tapi kalau gua sampai jugak kat blog korang tu, hargailah kasih yang gua kasi tu. haha.

tragis kata-kata

di suatu waktu, kau pernah kata.
'jangan risau, aku takkan tinggalkan kau. aku akan tunggu. aku sayang kau'

pernah kau fikir apa aku fikir?
pernah kau fikir apa yang aku fikir apa yang kau fikir?
kau ingat kau kata macam tu boleh buat aku berkata yang sama?
kau ingat kau hepi boleh bikin aku pun hepi?
kau ingat aku hepi kau pun akan sama-sama hepi?
bagaimana pula bila aku resah, ada kau sama-sama resah?

kau.
ada kau kisah?atau kau hanya tahu guna otak untuk menyatakan segala hasrat, tanpa kau fikirkan konklusi mendatang? ada pernah kau fikir apa pula rasa aku?
harapan aku?
tentang cara kau.
layanan kau.
tentang aku?
atau kau anggap aku apa?
enteng semata barangkali.

kau luah bermacam segala. kau hidupkan rasa pelbagai. kau bosan. kau ada ganti lain. kau reset otak, terus nak blah macam tu?

atau pula kau anggap manusia ni apa? kau rasa nak gomol semua, kau tipu hidup-hidup? kau menduatigakan orang-orang tersayang kononnya. semacam anggap mereka hati batu? fikir hati sendiri? jiwa sendiri? nafsu sendiri? otak sendiri? tak ada kot.

kau tabur janji sini. kau genggam tangan sana. kau kisahkan cinta baru. apa kes weh?

tahu maksud setia?
tahu maksud sayang?
tahu maksud percaya?
tahu maksud cinta?
blah la wei.

Tuhan bagi otak kasi guna baik-baiklah itu kefikiran. jangan jadi bodoh beb. kucing pun tahu basuh berak. kau? ada kau mahu jilat balik ludah-ludah yang tersembur merata?


sekian.

(aku gunakan kucing sebab rumah aku banyak kucing. ikan ada juga. tapi aku perhatikan kucing ni tahu basuh berak. ikan tahu buang je kasi hiasan tambahan je. lain-lain aku belum pernah tengok lagi)

*aku=siapa2 yang pernah berwatakkan seorang aku.
**kau=siapa2 yang tak ada otak tapi pandai susun ayat.
***lelaki/perempuan secukup rasa pilih letak sendiri.

aku bukan pengubat hatimu

hidup. aku tahu kau masih hidup. masih bernafas menghirup udara segar. masih mampu berjalan berlari ke sana sini. masih mampu melakukan segala serbi aktiviti yang kau mahu tanpa gusar. fizikalnya. kau sangat kuat. kau kan seorang pelari jarak jauh. *senyum*

tapi. dalam hatimu pelbagai rasa. pelbagai undangan masalah menerpa kotak fikiran. pelbagai cara kau cuba adaptasi untuk lontarkan segalanya jauh, tapi ia kembali datang padamu. tak pernah pudar. tak pernah hilang. tak pernah lekang. walau masa berlalu dengan pantas.

hati kau. bukan hati aku. aku hanya seorang teman yang cuba mengotakan janji. janji untuk senantiasa ada untuk mu. di kala kau gusar, di kala kau goyah. tolong tahu. dan tolong ingat. aku ada. masih ada. masih di sini tak pernah berganjak. kerna aku ukur darjat manusia itu, berdasarkan akhlak peribadinya, bukan wang ringgit mahupun rupa paras.

hidup yang kau lalui. hidup yang kau tempuhi. bukan calang-calang orang dapat hadapi. aku fikir, kau seorang yang sangat tabah. sangat-sangat. jika aku yang kehilangan ibu ini dianggap suatu kehilangan besar. suatu parah yang menyedihkan. semua telunjuk katakan aku kuat. ya, mungkin. atau mungkin tidak. aku pun tak tahu. aku sudah wujudkan zaman gelap aku. tapi pameran yang kau wujudkan untuk tatapan manusia sekelilingmu ini lebih hebat. patut dikalungkan pelbagai anugerah untukmu.

kau senyum. kau sengeh. kau gelak. kau cuba berhibur bersama teman-teman yang lain. cuba hilangkan risau yang ada. tapi siapa mampu alihkan beban yang kau tanggung. tentang bapa. tentang ibu. tentang abang. tentang kakak. tentang adik-adik. siapa? bagaimana kisah cinta hati kau pula? sakit kan. aku tahu. mata kau tayangkan segala. tapi, syukurlah. kau percaya pada Tuhan itu. sesungguhnya Dialah kekuatan sebenar kita.

tentang keluarga. aku dapat rasakan kau dah mula mengerti pelbagai rasa. kau dah mampu tersenyum. mungkin sudah lega juga. aku tak tahu yang sebenar. ini hanya anggapan dari nada kau bercakap. sudah bermacam hal berlaku kan? jika aku di tempatmu. aku mungkin tak mampu untuk terus. mungkin lah. heh. sebab aku bukan kau. dan kau bukan aku.

tentang cinta. banyak lagi yang kau perlu pelajari. hidup ini suatu perjalanan kawan. ada yang berliku-liku, ada yang berombak-ombak, ada juga yang lurus lagi terang. akan ada dan tiba masanya kau perlu melalui semua itu dalam hidup kau. untuk berkongsi rasa dengan lain jantina, untuk punya rasa bonding itu, untuk rasa hidup berbunga-bunga, untuk rasa perasaan jatuh cinta yang life-long, bukan senang. dan bukan juga susah.

jika kau tidak mahu dikecewakan. sampai bila pun kau akan hidup seorang. sebab possibilities untuk hati sakit itu ada di mana-mana. fenomena yang sentiasa mengekori hidup kau, aku dan mereka juga. jangan fikir kau susah sorang-sorang. sebab wujudnya lagu-lagu yang berkisah itu bukti bahawa bukan kau seorang yang melalui peristiwa-peristiwa hati itu. jika bunga bukan sekuntum, kumbang pun bukan seekor. nilaikan peribadi yang inginkan itu dengan pertolongan dari Ilahi. insyaAllah, dijanjikan terbaik untukmu. dan aku =)

tapi jika di kesempatan kau sedang khusyuk menuntuk ilmu itu, ada huluran cinta yang menenangkan, sambutlah ia. mungkin Tuhan yang jodohkan dia untukmu. mungkin. kita tak tahu apa agenda hidup yang mendatang. jika kau mampu, terima dengan dirimu seadanya. dan, oh. berubah untuk kebaikan tiada salahnya. cuma pastikan dirimu senantiasa terjaga. sepertimana aku kenali dirimu. aku harap kau juga kenal diri begitu.

'love cures the pain. or might ease it a little. eventhough love usually gives you pain'
-akupiseydanzays- (heh.bajet pandai)

aku hanya seorang teman. seorang kawan. boleh dianggap seorang kakak juga untukmu. aku hanya mampu memberitahu. memberi nasihat. mengeluarkan kata-kata. berkongsi kisah. bercerita rasa. aku bukan antibiotik pembunuh segala virus kuman. aku hanya ubat penenang yang mungkin berkesan mungkin tidak. aku hanya seorang yang tahu bermain kata menggunakan sedikit otak tapi banyak hati dan jiwa. aku bukan pengubat hatimu.

'you hold the key to your own heart dear'

wassalam.




nota kaki: entri ini khas untuk seorang rakan perempuan aku yang sedang menuntut jauh dari rumah dia, kampung dia, rumah aku, dan aku. heh. perantauan senang cerita. dan juga untuk mereka yang ada hati nak baca, dan sama merasa. cau.