Biarlah aku nak cerita

Blog ini dalam proses untuk bertukar menjadi action kamen. Sikit masa saja lagi. Aku dalam mode hibernasi. Jadi aku menjadi seorang pemalas. Mungkin akan ambil banyak masa untuk bertukar. Mungkin juga yang berubah itu akan sedikit saja.

Contohnya blog akan cuma memakai helmet curi jiran rumah hadapan yang ramai anak lelaki bermotosikal. Tak bertukar sepenuhnya menjadi action kamen kegemaran shinchan. Bi bi bi.

Sepanjang cuti, aku paling rajin basuh baju, sidai baju, lipat baju, pakai baju dan ulang kembali. Tidur tak perlu nak cerita. Makan tak perlu dinyata pun. Tapi ini tidak bermaksud kerja-kerja rumah yang lain aku tak buat.

Jadi kalau-kalau ada jawatan kosong sebagai pembantu rumah untuk buat aktiviti kegemaran aku tu sila bagitahu pantas. Cuti 'sekolah' aku dah nak habis.

Aku rindu naruto. Dan gaya gelak encik satan.

Tulisan terkumpul dalam draf sudah lebih sepuluh. Tapi tak tahu nak pilih bila masa paling tepat untuk publish setiapnya.

Aku dalam proses menjadi seorang yang private. Bukan pervert.

Aku cerita semua ni bukan ada orang nak peduli sangat pun. Tapi kita kembali kepada tajuk.

2 comments:

syafeenamk said...

aku paling rajin basuh baju, sidai baju, lipat baju, pakai baju dan ulang kembali. Tidur tak perlu nak cerita.

Aktiviti awak lagi seronok!! hihi :D

Pisey said...

ilyasyafeenakhalil
hahahahahaha. ini aktiviti ke arah menjadi isteri berjaya bila bosan2 je (;