I just wanna feel alive and kicking

Aku benci ketidakpastian. Jadi gusar sampai mengah dalam tidur. Belakangan ni dah tak ada mimpi yang duk hias malam-malam aku. Dan aku pun tak macam selalu-selalu bila cuti suka tidur tak tentu hala. Kali ni aku tidur 5 hingga 7 jam untuk tidur malam je. Sebenarnya tidur selepas subuh kebanyakannya. Heheh. Kes takut tak bangun nak solat sendiri. Dah besar panjang, kena sendiri tahu jaga.

Macam cerita biasa-biasa. Bila rasa loser, aku nak mak. Dah 6 tahun. Macam baru semalam je abang jemput aku dari sekolah suruh kemas-kemas baju cakap mak dah tak ada. Tapi tak penat sangat pun rasa loser bila kau dah faham selok-belok, liku-liku dan patah-rapuh yang ada. Selesa pun ada macam ni. Jadi seronok pun ada sebab kau tahu maksud bahagia dan perit. Tahu beza langit dengan bumi. Kawan cakap, 'loser itu kool'.

Kalau duit tu benda yang boleh jatuh dari langit bila-bila masa je kau jerit 'NAK DUIT!', dah lama aku berhenti belajar. Malas gila kena baca buku dan masuk kumpulan manusia-manusia yang kadang-kadangnya tak mengerti pun tapi bodoh sombong ingat tahu semua. Tu satu contoh. Kalau duit tu bukan keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup, mesti aku nak duduk rumah makan, tidur, kemas-kemas, cuci-cuci, layan ayah tengok tv je.

Raya hari tu aku memang jadi adik bongsu bila tiba-tiba sibuk bercerita tentang ketidakadilan hidup. Kesempitan masa, ruang dan duit. Lelah. Aku nangis. Aku jarang nangis depan manusia lain melainkan tengok hindustan atau memang dah tak tahan sangat dah. Yang hari tu; berbekalkan sebab nombor dua. Aku juga nangis depan beberapa kawan lepas borak panjang lebar. Tak ada sebab konkrit, aku kata, 'tak ada apa, cuma sakit kat sini' sambil tunjuk tempat letak hati. Lepas tu tertidur. Ye, comel kan?

Aku buat beberapa keputusan besar sendiri kali ni. Harapnya hidup masih ada warna-warna pelangi walaupun mungkin pudar sikit. Tak apa. Asal ada. Asal ada. Asal ada. Tu dah jauh lagi baik dari tak ada apa-apa ataupun yang ada lesap tiba-tiba. Pun aku dah biasa sangat.

Ya, saya bangga dengan diri sendiri. Walaupun mungkin dalam beberapa minggu ni posmen akan bawa surat untuk buat aku terjun bangunan. Tak apa.

Hidup memang macam graf sinus.

7 comments:

.:dyla lokman:. said...

he he. hai awak ;)

dah cuti ke?

i'msosupernotcool said...

a loser is a winner when he/she mastered his/her own world.

ok. im bluffing.

Unknown said...

jiwa gua tgh kacaau. gua nk nangis.

busuk said...

harus kuat!!! wangi mesti tabah!

Pisey said...

helo raihan. ya saya cuti dan sibuk bergumpal dalam selimut (:

supercool mana penah bluff. (; just loving the so-called life i need to call my own.

cik nadiaizzah kamu jangan kalut. nangis seadanya. Dia kan ada.

saya tabah dalam melangsungkan projek untuk jadi wangi hari2. tapi kadang2 saya tak mandi sangat sbb nak duduk sama busuk dengan awak (;

.:dyla lokman:. said...

wah! saya yg belum bercuti ni pun hari2 bergumpal dalam selimut sampai tertinggal kelas. adeh.

Pisey said...

haha. itu tak adil namanya beb. pegi kelas lah!