Terlentang dengan gaya silang kaki

Dah lama aku tak makan gula-gula kapas sampai kembung sambil buat gaya manja guling-guling bertocang atas katil. Atau main tiup belon buih kat pantai sampai habis air sabun yang terisi. Macam-macam aku dah lama tak buat. Baca buku pun dah malas. Novel-novel inggeris dulu-dulu tak pernah aku biar je berkulat atas rak buku. Rasa macam semakin tak cukup masa. Padahal banyak masa terbazir kosong. Cumanya malas tu dah jadi selaput segala.

Entah apa-apa kan. Kita merungut itu ini. Tapi bukan bersemangat cari jalan dan buat perkara bagus untuk ubah apa yang dirungutkan pun. Macam jadi orang yang bodoh lah. Atau hari ni kau carut tak tentu pasal kat manusia bodoh yang driving cara bodoh atas jalan raya. Mungkin esok lusa atau minggu lepas sebenarnya ada manusia yang perasan lebih cerdik dah carutkan untuk kau lebih teruk lagi.

Dalam konteks ni, aku nak cakap kita sebenarnya sama saja. Sit back and relax. Enjoy the view while you can honey. Hidup ni takkan ke mana pun kalau kau sendiri tak kawal stereng baik-baik. Orang kata masa mengubah segalanya. Tapi salah sebenarnya kita yang mampu nak ubah apa yang nak diubah.

Semua orang berhak mendapak haknya. Tapi segalanya di tangan Dia. Kalau kau merungut tak tentu pasal duk mencarut sini sana lepastu duk bangga walaupun kau tak solat tapi masih hidup dan bernafas manja kita tengoklah nanti kau end up kat mana syurga atau neraka. Kalau kau dah banyak sabar dua puluh empat jam ingat mati duk berzikir segala lepastu masih lagi nasib malang menimpa itu ini jangan nak risau sangatlah pasal akhirat sana.

Aku malas nak listkan semua. Cuma nak suruh manusia-manusia yang faham ini fikir sendiri. Kefahaman pun mungkin berbeza. Tapi aku tahu kita semua rajin benar berfikir. Nak laksanakan dengan tubuh fizikal je malas. Kalau kau rasa apa yang aku rasa ni, lebih seronok duduk diam je pun. Tapi seronok tidak beerti pahala pun. Atau dosa. Ada yang seronok bila minum arak. Ada juga orang seronok buat ibadah yang Tuhan dah janjikan awal lagi pahala.

Noktah.

4 comments:

ama said...

*Hidup ni takkan ke mana pun kalau kau sendiri tak kawal stereng baik-baik.

ok aku suka dengan bahasa kau ni. heh!

.: D-Va :. said...

insaf T_T

hehe. gud job pise!

Amal said...

Entah apa-apa kan. Kita merungut itu ini. Tapi bukan bersemangat cari jalan dan buat perkara bagus untuk ubah apa yang dirungutkan pun.

kau tembak aku pise. kau tembak aku.

*mati*

p is an g said...

ama
heheh (; kes teruja duk pulas stereng kete je tuh lately.

raihan
haha. (**) insaf gini la.

amal
piu-piu blewk kau mati. yeagh!