Cita-cita selalunya dibalut ikat sampai cacat dek kemalasan

Macam Charles Bukowski kata dalam Factotum 'My ambition is handicapped by laziness'.

Aku hari ini bukan aku yang minggu lepas. Atau aku yang bulan lepas. Tahun lepas. Tahun sebelumnya ataupun sepuluh tahun dua hari yang lepas.

Manusia perlu senantiasa menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Bukanlah kalau melalui tempat hiburan maka kamu perlu berhibur sampai mabuk-mabuk dengan alkohol. Ataupun mabuk betina- jantan.

Fasa perubahan perlu dilaksanakan dengan penuh hati-hati. Durasi yang diambil setiap dari kita mungkinlah tidak sama. Macam buat pengubahsuaian rumah. Setelah siap prosesnya, kita masih memanggilnya rumah bukan? Samalah macam kamu. Takkan kamu mahu dilabel binatang atau sampah pula setelah melepasi sesuatu fasa.

Kadang-kadang kita melalui kesedihan yang paling dalam sewaktu bersendiri. Iri hati dengan mereka yang berteman. Tapi mereka sebenarnya iri hati dengan kita yang bersendirian. Kata mereka rimas bila beramai-ramai.

Ramai pesen tak tahu bersyukur. Bila ramai, maknyanya jumlah banyak. Lebih dari satu. Aku mungkin termasuk dalam satu yang didarab gaul bersama.

2 comments:

мʋтɛ ƨтσяʏтɛℓℓɛя ♥ said...

mungkin suatu hari nanti semuaorang akan sedar.aku akan sedar. ambil kunci, dan buka mangga rantai-rantai besi yang mengekang kita maju. harapnya lah.

Pisey said...

kita bukan tak sedar. we just don't want to face it dear.