The atmosphere

Cuaca kebelakangan ni panas. Sangat.

Ada kiranya aku ini sedang memasuki fasa seterusnya
dalam berhidup.

Maju.

Reborn

Perasaan paling mengantuk dalam dunia waktu kelas petang tadi buat aku rindu zaman sekolah. Zaman menengah rendah. Zaman arwah masih ada.

Zaman kegemilangan aku.

Bau macam semangat anak muda

Alkisah tersebut suatu masa dahulu, aku tak pernah pun nak belek langit intai celah-celah awan cari bulan. Tapi sekarang kalau ada peluang tatap dada langit sikit mulalah nak lirik sana-sini sampai lenguh mendongak.

Tak. Cerita ni bukan tentang bulan pun.

Ada banyak projek yang aku nak lancarkan. Moga-moga Tuhan membuka jalan yang paling tenang untuk aku lalui. Setakat liku sikit-sikit tak apa. Baru feel.

Peh. Rasa macam dah berjaya pun ada. Anak-anak muda macam ni la.

Overdosed

Aku overdosed durian. Ni yang nak demam tiba-tiba ni.

Desire is a stranger you think you know

Hello desire.
I think I know you.

The strength

Kekuatan kita-kita yang kerdil ini cuma doa. Doa pula harus yang paling jujur untuk dikirimkan pada Dia, Tuhan Yang Satu. Kalau setakat ramai-ramai bicara itu ini kutuk itu ini pun takkan ke mana. Sama-sama palit dosa. Sebelum demonstrasi lagi dah hura-hara macam-macam perkara. Dari otak yang malas fikir pasal politik pun nak kena seluk dalam korek sama-sama. Dengar cerita itu, dengar cerita ini. Yang ini tunjuk gengster, yang itu tunjuk power. Gebang sana, gebang sini. Penat.

Yang jadi mangsa ialah kita yang di bawah. Dalam apa-apa perkara pun. Siapa-siapa pun yang jadi pemimpin kerajaan menten atau pembangkang naik ke, masing-masing akan nak jaga kepentingan masing-masing. Kalau kau jadi presiden dan ada kuasa nak lantik naik presiden, mestilah kau nak pilih orang yang rapat dengan kau. Yang boleh sama-sama jaga kepentingan yang kau suka. Nafsu. Bisik-bisik neraka ni iman je boleh kawal. Tapi kalau agama pun awak orang letak jauh sangat, susah lah awak nak pegang tali ke jalan yang lurus.

Kalau yang terang-terang salah kenapa nak sembunyi tutup lagi. Dah tahu kekurangan kenapa tak naiktaraf jaga baik-baik. Takkan lah tak pandai fikir cara bagaimana pula nak kekalkan kedudukan. Anak-anak muda, orang-orang tua semua penat. Penat lah awak kalau awak asyik-asyik di takuk lama. Lepastu awak ingat kitorang semua ni bodoh sangat. Awak ni, pakailah akal tu. Jangan bodoh sangat.

Sakit hati tau awak layan saya macam ni. Saya ni diam-diam je. Bukan je tahu buat keputusan sangat. Tapi awak jangan ingat saya tak tahu awak main belakang saya. Bukan jujur pun. Kalau awak still macam ni, saya kahwin dengan orang lain je awak. Try dulu tengok macam mana dia nak layan saya. Keputusan tu, saya yang pegang. Kalau lepastu suami saya pun curang, saya minta cerai lah. Saya cari yang lebih baik. Benda-benda macam ni awak tak fikir ke awak? Tolonglah. Bukan saya tak suka awak langsung.

Tak tahu siapa betul siapa salah. Tak ada orang yang sempurna pun. Kalau ada yang betul-betul nak mentadbir sesempurna mungkin, contohilah Rasulullah S.A.W. Siapa-siapa pun kalau tak reti nak jaga agama sendiri, wajib-wajib lah korup. Jangan sampai agama pun awak nak jaja jual.

Dosa jadi pemimpin ni besar, tahu?

Power betul diorang tunjuk aksi


Kalau orang tanya apa stance aku, aku jawab aku manusia. Ada agama yang aku pegang. Ada Tuhan yang aku sanjung. Ada orang yang aku sayang. Ada akal untuk berfikir. Ada hati yang boleh merasa. Ada semangat kemanusian yang aku percaya wujud.

Sakit mental kalau aku tak menangis tengok video ni.

Mental

Demam haritu memang buat aku meracau tak tentu hala. Lagi-lagi bersendirian lebih seminggu di rumah agam 5 tingkat. Konon kuat secara fizikal. Secara mental? Macam-macam perkara aku fikir. Dari soal nak teruskan hidup, kisah-kisah rakan yang berlalu, manusia yang tak reti-reti nak ada manners dan masa depan bagaimana yang aku mahu. Aku tak suka fikir masa depan sebenarnya. Rimas. Macam peluh yang tak kering-kering. End up duit yang mengalir macam main papan gelongsur terjun dalam kolam yang besar.

Konon boleh girangkan hati.

Syukur dah sembuh. Tinggal batuk sikit-sikit yang kau kena ehem-ehem sekali-sekala tu je.

Bum-bum jom.
Tidur jam 3am. Bangun jam 5am. Memandu jam 6am menuju ke Gombak. Melepak melalak bergosip cerita baru dan imbau kisah lama bersama dalam bilik tidur yang hampir kehabisan oksigen. Makan nasi lemak dan minum milo panas sambil menonton televisyen. Jam 1030am naik bas ke Genting. Lawan gayat sewaktu dalam cable car. 12pm dah terpacak dalam kawasan taman tema.

Udara sedap. Cuaca baik. Tapi aku ni demam. Aku telan panadol ketiga total dari hari sebelum.

Tapi persekitaran yang menggembirakan sebegini mana aku boleh tolak. Lagi-lagi mereka adalah antara teman yang punya desibel dan frekuensi jeritan yang hampir sama dengan aku. Jam 2pm aku dah mula gastrik tapi aku tahan. Mana boleh lepas peluang yang datang sekali dalam seribu begini dengan mereka. Buat aku teringat zaman matrikulasi dulu, tak ada perkara yang boleh menggugah dengan kejam. Sebabnya everything was so fine back then. Ada lah sikit-sikit masalah runtun jiwa yang melanda. Selebihnya I'm all bubbly and fine with friends day and night.

Walaupun tak dapat main buaian yang tergantung di cendawan (kesukaan aku), sudah cukup puas hati dengan corkscrew dan flying coaster yang buat aku gila mengilai tahan jerit, space shot yang buat punggung terangkat di udara, perahu lanun yang menggelikan usus perut, go kart yang buat aku yakin aku memang steady driver and a few more.

Untung waktu pulang seorang teman ganti memandu. Aku tak larat. Waktu tu sangat pening, pahit lidah dan hampir muntah kerana perut angin. Usai maghrib di stesen minyak pertengahan jalan, aku beransur pulih sedikit. Usai makan malam, aku hantar mereka ke hostel dan pulang ke rumah agam 5 tingkat.

Kembali seperti biasa. Aku perlu bobok. Penyakit demam bila malam ni susah juga. Bila siang kadangnya pura-pura saja tabah.

Berhingus. Buat aku rindu zaman berhingus dulu-dulu. Zaman hingus betul. Everything was too fine. Kerja aku cuma makan, main dan tidur. Superb.

Dah 7 tahun

Aku tersentak bila pandang tarikh pada desktop. 4 Juli 2011. Dan perasaan yang kuat masih wujud tanpa segan.
Al-fatihah.

Somewhere, someplace, the heart got misplaced and could not find the way back

Malam seperti biasa menjanjikan seribu mimpi untuk manusia-manusia yang kalut macam ribut seperti aku. Berdiri di beranda rumah flat tingkat 5 ini aku ambil masa memerhati setiap lampu yang dinyalakan di blok seberang. Ada figura manusia lain yang sedang memandang ke sini. Angin bertiup lembut, membuai perasaan yang kian bercambah. Aku melihat ke dalam mug kopi di depan. Sudahlah hitam, pekat. Aku pula memang sedia berada dalam gelap tanpa lampu. Kalaupun ada binatang-binatang kecil yang tersembam masuk lalu berenang di permukaan kopi ini pun aku takkan dapat tahu. Semuanya rasa pekat, kelat. Sepekat oksigen yang bergaul dengan darah dalam arteri. Jantung mengepam laju. Peluh-peluh manja mula terbit di ubun-ubun. Kepala yang tak gatal aku garu. Ah, kuku belum potong lagi. Sekejap lagi aku perlu bertinggung di beranda ini membuang kotor-kotor yang berkawan dengan setan. Melangkah masuk, buku-buku yang tersusun di atas rak aku jeling. Ada majalah-majalah budak rumah. Ada zine-zine yang aku kutip di event tahun-tahun lalu. Ada buku-buku cerita cinta. Ada buku-buku cerita hidup. Ada buku-buku yang aku pinjam dari teman, kakak dan sepupu. Novel melayu pun ada aku baca bulan lepas. Habit yang lama aku tinggal bertahun dulu. Ada dua-tiga buku yang belum aku sentuh belek. Ada juga yang aku baca sampai nak lunyai lembarannya. Kekadang sampai menempuh alam mimpi. Heh. Permainan jiwa. Ada satu rasa. Satu rasa yang menyatakan tak cukup, belum cukup. Mungkin lebihan-lebihan yang aku ada sekarang bukan penyelesaian. Ada sesuatu yang masih kurang. Ada tempat kosong yang masih belum diisi dengan betul. Tidak sejajar dengan kemahuan dari dalam. Mungkin apa yang aku buat ini salah. Atau mungkin juga sebenarnya apa yang aku kejar-kejar itu termaktub selaku pilihan yang tepat. Akan tetapi masa sedang berjudi dengan aku. Televisyen yang aku biarkan beroperasi sebentar tadi aku tutup. Rimas dengan siaran yang bermula jam 8 tadi. Ada bunyi-bunyian yang hampir dengan jiwa di luar.

Bunyi kesunyian.

Ada juga bunyi lain mencelah. Kali ini lebih dekat. Perut yang buat bunyi.

Bunyi kelaparan.

S is my word

Ada kawalan lain sedang menguasai. Aku tak suka demam. Everything rasa kucar-kacir sebab susah nak ekspresikan benda.