Pagi semalam, aku pejamkan mata selepas Subuh.

Pagi semalam, dalam tempoh tidur itu aku mimpi arwah tersenyum-senyum ajak aku berjalan-jalan dengannya. Dalam mimpi tu aku memang berusaha sangat cari peluang nak pegang tangan dia kemas-kemas. Rangkul biar rapat.

Dalam tempoh tujuh tahun yang sudah berlalu, bukan mudah aku nak dapatkan mimpi tentang orang yang paling terkesan dirinya pada aku ni.

Yang aku tahu dalam setiap mimpi yang telah pun berlalu, aku tahu sangat jasadnya memang sedia sudah tak ada di realiti. Dan aku tahu yang berlaku waktu itu adalah mimpi.

Dan mimpi pagi semalam tu mimpi paling panjang pernah aku dapat dengan dia. Kesannya sepanjang hari memang susah aku nak buang segala senyum manis yang aku tangkap pagi semalam tu.

Ya, pagi semalam. Tak mudah nak dapat.

Tak mudah juga aku nak beritahu kau apa yang aku buat dalam kereta selama 10saat paling hiba di tempat parkir bawah rumah agam 5 tingkat aku tengah hari semalam.

Pagi semalam, memang bukan sesuatu yang mudah.
Menghadap hari-hari yang sepertinya sama dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar bukanlah sesusah menjadi seorang bapa yang perlu menjaga nafkah keluarga dengan sesempurna mungkin.

Menyebut perkataan tanggungjawab itu sendiri pun sudah terasa betapa berat tanggungan beban.

Berat, tahu?
Udara adalah benda yang aku bergantung harap sepanjang waktu. Jika detik itu tiktok-tiktok, maka waktu itu juga aku sedang menikmati udara yang ada. Adakalanya bila salah atur nafas, udara yang disedut juga tersekat-sekat. Boleh jadi setiap perkara yang berlaku di sekeliling ini adalah pilihan. Pilihan untuk memilih sebenarnya satu beban. Contoh mudah, pilih untuk bernafas menghirup udara ataupun tidak. Kalau kau teruskan kau hidup. Kalau kau berhenti kau mati. Nampak mudah bukan bila dibaca di sini?

Mari. Aku bawa kau ke satu tempat lain.
Bahasa sunyi adalah bahasa yang aku paling arif ketika ini.

Kemahiran yang aku paling mahir ialah menari ikut rentak hujan.

Aku harap hari esok ada emas berjuta tongkol turun dari langit selimutkan keresahan yang menyelubungi sekalian alam.
Sunyi.

Katanya mereka, sampai boleh dengar bunyi berdesing.
Pada dasar tanah yang berlumpur, aku palingkan wajah pada langit yang meninggi.

Moga Tuhan lebih bermurah untuk esok-esoknya.
Being awesome is a curse. I am awesome.
Being awesome is a curse. Now, what did I just tell you?

Sheesh.

Bonam noctem peeps.
I could sing along with the melody of the heart at all times. Be it pretty or melancholic ones. It's because I got the the voice.

You know, the voice.

Do you?
Aku rasa orang lain dah dapat tawaran tempat praktikal pun dah ramai. Aku malam ni baru nak mula klik apply dan hantar mel elektronik kepada mana-mana syarikat yang aku agak rasa macam nama comel sikit.

Semoga aku berjaya.
Bila tidur tunggang terbalik, perut pun mulalah buat hal tunggang terbalik. Tak pasal-pasal harini kena bangun awal pagi dek kekembungan. Nasib menyempat juga tidur 2jam sebelum zuhur kes penat high tak ingat.

Oke, mari pergi makan. Saya lapar.

Just get your ass moving

To wash away all these crappy thoughts I gathered on living an unsettled life, I guess I just need a nice long sleep.

What does life mean to you anyway? What are your wants and desires? Shut me up. Shut you up. No one is going anywhere right now. Everybody is here. Trying hard to stay calm, in denial.

What says fate? One fine day, you'll get somewhere.


---
Yeah, you will. Fuhh fuhh.

#6 - You own me


First time listening to this,
dah tergoda habis.

See, it rhymes!

...

There are two things. Two things you need to know. There are lots of them but I limited them to two. Easier to understand.

Come. I'll show you.

..

Ada masanya kau boleh menulis berjela sampai berpuluh draf disimpan. Dan tak sampai seminit kau boleh padam semua draf dan kembali menjalani kehidupan.

.

Sometimes in life, you just have to go with it.

Kalau perlu tidur dan tidur dan tidur;
tidurlah.

Dunia tak pernah kisah lebih pun.

Bekmen

Hari ini seorang teman rapat anjurkan rumah terbuka di rumah keluarganya nun di Ulu Yam. Perjalanan pergi aku minta teman serumah memandu kerana perut aku sedikit tak tenteram. Layan jem 2jam. Perjalanan pulang aku pandu sendiri kerana aku tahu semua penat. Lagi-lagi si pemandu awal tadi. Brek kereta aku ada masalah. Sepatutnya makan kenyang macam makan nasi. Tapi dalam keadaan bersesak banyak kereta yang mampu tekan minyak seciput begitu, brek macam makan semut.

Selaku pemandu yang bertanggungjawab, aku perlu prioritikan nyawa penumpang-penumpang dan badan kenderaan aku sendiri. Jadi walaupun makan masa 2jam setengah dari Batu Cave ke Bandar Baru Bangi tadi kerana begitu ramai manusia lain turut menganjurkan rumah terbuka sempena raya yang masih berlangsung ini, aku lebih banyak mendiamkan diri dan fokus daripada mencarut yang bukan-bukan pada pemandu-pemandu kenderaan lain yang pesen IQ bawah sepuluh.

Lenguh. Penat fikir duit yang bakal melayang bila bekmen nak masuk bengkel juga. Ya, aku panggil kereta aku bekmen.

Saya rindu mak

Saya paling rindu bau mak. Bau mak bila saya peluk mak. Bau mak bila mak melintas depan saya. Bau mak bila saya bermanja letak kepala atas peha mak yang sibuk lipat kain depan tv. Bau tangan mak bila saya salam dan cium. Bau mak bila saya cium pipi. Bau mak bila saya main usap dandan rambut dia. Bau mak lepas mandi. Bau mak bila berhias nak keluar. Bau mak bila saya mengada pasangkan anting-anting kat telinga dia bila dia sedang berehat berbaring di katil. Dan ye, lepastu telinga mak merah-merah bila terutamanya anting-anting yang saya pasangkan di telinga tu diperbuat dari plastik. Mulalah kalut cari vicks atau minyak mestika nak sapu kasi hilang alergi.

Ini baru cakap pasal bau.

-

Malam kali ini berembun. Tidak seperti selalu yang tegar menunggu subuh, memberi laluan kepada sang langit untuk menangis dan meraung puas segala jeritan dalam. Kopi yang aku bancuh tadi pekat ya amat sampai terpaksa pula ditambah air dan sedikit gula.

Aku tergumam lagi di tengah sepi yang diam. Bicara pada diri yang tak pernah kenal penat aku teruskan tanpa segan. Bintang-bintang yang bergayutan di langit cuba menarik perhatian bulan tapi gagal. Bulan tetap tak tunjuk muka. Kali ini bulan menyorok. Tetap tak tunjuk muka.

Aku pula mula buat muka risau.

-Pertengahan Ramadhan 1432H

Runtuh

Untuk berada dalam sepi yang paling dalam, kau tidak perlu mengasingkan diri dan duduk sorang-sorang pun. Cukup hanya dengan kawalan minda yang entah waras entah tidak, cukup. Dengan jiwa yang sedang hilang sedikit demi sedikit terhapus ke persekitaran yang menggigit bingit.

Perkara paling menakutkan adalah bila merasakan yang hati sudah hitam dan tiada peluntur dapat digunapakai bagi membersihkan kotor yang ada. Wujud rasa bersalah yang paling fakap tapi tak boleh diluah utarakan pada sesiapa. Rasa hilang.

Jatuh. Tersembam tak bangun-bangun dan mati.

Dan kalau kau fikir mati itu penamat segala kau salah berkali salah. Lagi dan lagi kehidupan lain sedang menanti. Soal percaya tak percaya. Ulangan demi ulangan. Parasit menggagah menakluk kawasan hati. Bikin jiwa meracau sampai akal menggila. Lagi-lagi bila hati kau memang hati yang mati. Mula-mula berkulat lepastu matilah. Tak percaya tanya Tuhan. Sebab selalunya Dia tahu lebih.

Oke, berhenti jap. Bertenang kawan. Hela nafas perlahan-lahan. Tapi sebenarnya tak ada yang mencelarukan mana kalau kau tahu mana salah dan silap yang berkait dalam hal yang ini. Kalau kau tahu susun atur setiap langkah yang kau mahu ambil. Dan tahu mana perlu lihat bila kau pusing ke belakang. Tak susah mana.

Tak susah. Gulp.

Pasir

Pada Ramadhan yang telah pergi, terlalu banyak puisi rindu yang aku kirimkan melalui Dia untuk arwah mak. Selaku manusia, aku ini sangatlah kerdil.

Salam subuh.

-6 Syawal,1432H