The Peppero

Hey peeps.

Beberapa hari yang baru saja berlalu, aku lancarkan sebuah kedai online. Kedai ni jual tshirt. Tshirt semua saiz M sebenarnya. Sebabnya baju-baju ni sepatutnya aku pakai pada badan sendiri, ataupun jual pada kawan-kawan di universiti.

Sekarang saya menganggur, sudah tamat pengajian universiti dan sudah tak dapat loan dari incek MARAh lagi. Dan baju yang sudah dipakai, masih dipakai masih berlambak. Oleh kerana almari penuh, aku kena jual baju-baju ni dengan cepat kerana fulus juga semakin kering.

Kesian tak kat aku? Kesian kan.

Feel free to browse here (click).

Kalau tak ada masa terluang sangat, browse jugak! Lagi bagus kalau like terus. Lagi banyak like lagi tinggi peluang baju-baju tu akan terjual mudah.

Kenapa 'the peppero'? Sebab masa duk upload gambar tu semua, aku duk browse cara-cara nak buat dough piza dan topping apa yang sedap. Banyak mengadap masa tu, pepperoni.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

6 comments:

Anonymous said...

Hi cik adek manis ade diskaun tak? Kikikiki :p

Pisey said...

Kalau cik sama manis, maka ada lah diskaun. Hik hik!

Azizah Alwi said...

Baju banyak yang lawa-lawa.Kalau tak nak beli and nak jadi rakan niaga boleh? haha.

Pisey said...

cik Azizah
Haha. Betul nak tolong promot?

Azizah Alwi said...

Seriously?I like!Boleh je kalau nak tolong promote..Eh kenapa baru jumpa blog ni? best gila.:D

Pisey said...

cik zizah
Oh no, nasib baik malam. Kalau siang nak merasa riak dalam puasa ni payah, payah. Apa yang best nya cik? Btw, Azizah is my late mom's name.

(; you must be a very nice person too.