And so I am working now

Sejak tamat belajar ijazah sarjana muda (read: degree) aku belum pernah bekerja. Maksud aku bekerja yang menggunakan segala kelulusan dan kemahiran yang diperoleh sewaktu belajar ijazah sarjana muda tadi. Tak mendapat peluang dan rezeki untuk itu. Setelah menganggur beberapa bulan, aku buat keputusan nak sambung belajar di luar negara pula. Motivasi utama ialah untuk merantau ke negara orang dengan duit poket yang banyak dan sedikit eskapism diri.

Tamat belajar, pulang ke kampung halaman. Kembali mencari kerja. Haru. Perasaan masih sama. Penat. Nak putus asa. The reason is because I struggle way harder as compared to when I graduated for my bachelor's degree. Kawan-kawan lain nampak macam senang je dapat kerja. Tapi biasalah. Nampak je macam senang. 

Everybody has their struggles to beat. Their own pain. Accept that.

Setelah berbulan-bulan tak ada satu pun syarikat yang telefon untuk panggil aku untuk temuduga bekerja. Sampailah ke satu minggu ni, dapat beberapa panggilan telefon. Ada bank, ada syarikat pemasaran, dan ada sebuah syarikat lain. 

So I went for the interview session on 8th June 2015. It was Ayah's birthday. I don't prepare much. I don't revise my technical knowledge. I just read stuffs on how to survive an interview well, things on attitude and all. Wear my best formal attire. And arrived 30 minutes earlier. 

It was a smooth one I must say. Not that I have a lot of experiences with a lot of interview sessions. Aku cuma pernah ditemuduga untuk PTD M41 dan gagal. Pernah sekali orang panggil, look at my qualifications and said "Oh, we are actually looking for an IT person" padahal CV tu kan dah kasi melalui mel elektronik. Why on earth dia tak tengok dulu sebelum panggil aku datang masa tu? The latest one is for an editing job and the boss wanted me to be present at the office while I prefer working from home. And I don't like his attitude nor the lady who interviewed me for PTD M41. Bad experience I must say. I was a bit traumatize even to search for jobs as I never been called to one actually.

And again I would like to stress on. Everybody has their struggles. No doubt on that.

Back to the interview with my bosses that day. I like them. I genuinely said I don't like technical stuffs. Not that I am not good with it, but I prefer doing other things especially management. And I even asked, " Do you like me already?". Fikir-fikir balik betapa tak malu-nya aku masa tu :)

If this is the best for me, I am okay with this God. Thank you. At least now I have something to focus on. Something to work on.

And so yeah, I am working now. Selamat menjalani kehidupan guys.

Sembang pumpang dah 1 Ramadan 1436

Kita sebenarnya kurang bersyukur. Like seriously, aku kurang bersyukur.

Contohnya pagi ni dari Denai Alam nak exit NKVE pun dah makan masa 40 minit. Like seriously? It's my third working day. Kaki hari-hari lenguh sebab driving je. 40 minit tu hari semalam dan hari sebelumnya aku dah boleh sampai pejabat. Amboi, pejabat.

Tapi bersyukur lah kan. Dah bekerjaya dah aku ni. And I am 26 years old already. Ayah and Umi must have celebrated gratefulness in their hearts for this achievement. Raya pun cuti Jumaat, Sabtu dan Ahad je. They must have missed me terribly already, gittew. Tak sempat nak balik Pengkalan Chepa pun sebelum masuk kerja ni. My life is in a rush. I am trying to enjoy every bit of it.

Had to fight and struggle better from now on.

Dear God, let me live longer to prepare more. As what I prayed after every prayer I performed:

"Panjang-kan umur kami-kami ini supaya kami dapat mencari lebih bekalan untuk dibawa ke akhirat-Mu ya Rab."

Ramadan Kareem guys. May we all be showered with blessings.

"

'Bila kau tidur, kau bermimpi tak? Kau percaya tak yang mimpi kadang-kadang bukan cuma mainan tidur? Selalunya mimpi yang betul-betul terjadi alam realiti orang kata dejavu kan. Macam kau rasa "Eh scene ni dah pernah berlaku la" kind of thing. Yang aku maksudkan jenis mimpi kat sini, tak pernah sebelum ni aku rasa kesan yang sebegitu mendalam. Heh, ayat.

Tahun lepas, ada satu mimpi yang mengganggu aku. Dalam kereta bersama lagi empat manusia. Dua ahli keluarga di bahagian depan. Dan aku di bahagian belakang, duduk tengah dihimpit dua kawan. Sorang lelaki, sorang perempuan. Dan bila belek balik, kisah hidup aku memang berkisar tentang watak-watak dalam kereta tersebut tahun tersebut.

Dua tahun lepas, ada satu mimpi yang buat aku ingat sampai ke hari ni. Tiga watak yang memainkan peranan di dalamnya. Aku, dan dua kawan berlainan jantina. Kedua mereka teman yang rapat. Mulanya aku sesat. Dan kawan dari zaman persekolahan ini datang. Temankan aku. Tenangkan aku. Kami duduk di bangku satu tempat. Kepsi agaknya. Tiba-tiba kawan yang lagi seorang datang. Tarik tangan aku. Genggam kemas tangan aku. Kemas sangat sampai fokus aku cuma ke tangan. Tak sedar yang aku dah tinggalkan kawan aku yang awal tadi. Tahu-tahu aku dan kawan yang genggam tangan aku kemas sedang menuju ke satu destinasi. Kami di lapangan terbang.

Mimpi tu tamat macam tu je. Dan kawan pertama tu dah kahwin tahun lepas. Seingat aku bila bangun dari tidur, mimpi tu masih terkesan dan aku duk pandang tangan aku.'

Aku tulis entri ni tahun 2011. Sekarang dah pertengahan 2015.

Percaya saja-lah pada jodoh Tuhan.

Saja je aku publish entri ni. Banyak rupanya draf yang aku simpan. Baru sedar. Sedar yang aku ni banyak pendam juga. Macam tak ada kaitan. Kah kah.

K bai.

Bercakap tentang Tuhan

Jujurnya walaupun sudah berniat, sudah meminta ampun, sudah mahu menjadi lebih baik dan cuba berusaha ke arah lebih baik, tetap juga tersungkur pada masa-masa tertentu. Sakit. Pedih. Kalau tak alami sendiri aku tak rasa sesiapa pun boleh cuba selami perasaan bila iman turun naik macam roller coaster ni. Kalau ini ujian Tuhan, teruk sungguh perasaan itu. Tak tahu nak salahkan syaitan yang berjaya goda aku untuk terus lalai dan berdosa atau salahkan diri sendiri yang lemah dan masih lemas.

Lebih berdosa bukan dalam keadaan sedia tahu dan berilmu, tapi masih bermain tarik tali dengan Tuhan? Going back and forth while dealing with God. What kind of slave are we? What kind of a person am I?

Jadi baik kepada orang tak semestinya baik sepenuhnya di mata Tuhan. Jadi baik di mata Tuhan juga tak semestinya baik sepenuhnya di mata orang. Hukum subjektiviti yang kamu sendiri perlu selam dan faham sebenarnya. And what you choose to be. What you choose to do. What you choose to understand. What you choose to live.

Dosa, pahala.

I just don't want to die swimming in my sins.

Mati-kan aku dalam pelukan Mu, Tuhan.

You crushed my heart, friends

Kadang-kadang aku fikir macam satu kesalahan sebenarnya untuk berkenalan dengan orang baru. Sebabnya kalau kau toleh ke belakang, dah cukup dah apa yang kau perlu. Fokus, dan sama-sama saling ada saja.

Perasan tak kadang-kadang rasa macam rindu dekat kawan yang itu, kawan yang ini. Bila kau tengok dia, dia pun dah ada kawan baru yang lain. Kau pun dah ada kawan baru yang lain.

Kita semua sebenarnya melalui perubahan yang sangat banyak sedar tak sedar. Jadi kalau kita hilang kawan yang itu, kawan yang ini biasanya kita didatangkan dengan kawan yang lain pula. Mungkin pada tempoh tertentu kawan-kawan yang ini tadi tak ada kesan pun tapi kini kau rapat dan baik dengan mereka pula.

Biasanya kawan-kawan yang rasa terkilan sebab dah tak berapa rapat walaupun dalam hati kau diorang tetap sama ni kawan-kawan dari zaman persekolahan. Yang akan kekal bersama sekarang biasanya dari kalangan kenalan di universiti, institusi pengajian tinggi.

Bulan lepas aku cakap pada sorang kawan aku. These days in order to stay friends, sesuatu pihak perlu kuat dan tabah untuk sering bertanya khabar secara kasual manakala pihak lagi satu perlu melakukan perkara yang sama ataupun jika sudah cukup untuk pihak pertama tadi, sekurang-kurangnya perlu beri respon kepada pertanyaan tadi. Jika kamu cuma diam, jika kamu terlalu sibuk dan endah tak endah, shame on you.

Kadang-kadang ada gunanya untuk punya akaun jarian sosial seperti Instagram dan Twitter misalnya. Sekurang-kurangnya ada strangers with pretty hearts would spent some of their time asking about how you have been, how you have been doing, offering help and kind words, wishing you luck, wishing you good day and many more beautiful wishes.

When your used to be friends friend alienated you, ignore you, too busy for you and so on. It hurts you know. Or perhaps you no longer gives them the convenience you used to provide. Your fault lah kan. Heh.

Lebih sakit bila kau terlebih peduli akan hal-hal yang mungkin kini remeh untuk yang lain. Macam hal ini.

Tapi bukan semua yang pergi. Bukan semua yang endah tak endah. Bukan semua yang tidak sedar akan keberadaan kau yang memerlukan. Asal ada yang peduli je.

Untuk seorang dua, tiga atau empat yang wujud, terima kasih untuk ada.

We are lonely animals

Kadang-kadang kita menulis sebab kita nak tahu sama ada wujud atau tidak manusia lain yang punya perasaan sama, pemikiran sama atau lebih kurang cuma yang mampu telan hadap segala tulisan kita. Sebab kita semua sebenarnya sunyi.

We are all lonely animals.

I have been blogging for 10 years

Like seriously if you go across my blogger profile of this Pisey account, you can see that I started this since January 2005. Gila, 10 tahun. It all started since mom passed away you know. Those who read me from where I started again in 2009 after some pausing would know the stories if you read all the entries from start.

My life has been evolving. My writing has evolved too. I know. Kejap sedap, kejap tak sedap. Yeah I can brag like it is nothing. I am that very yakin of myself. I can just give you the look and you would loathe me and don't want to give me a second turn. You would not want to see me in the eye if you pissed me off. Ah, brag again.

And if you have been following for the past few months, I would like to state here that I am not that awesome. I just exaggerate myself. See the blog header. Haha. I have been jobless since I graduated for my degree for a year before I continue my study and finished my MSc. Sometimes I took it as a blessing that He gave me so much and gave me lots of time to spend and manage with friends and families. Some other time, I get so stressed

I never landed on any real job in the eyes of the societies yet. Not according to the norm that goes along with my education and qualification. I was once a waitress for 10 days at a restaurant in Bangi because they fell short of workers that week so I offered to help. Ate for free and even able to bring back more food to the hostel at night. Dropped 3 kilogram in a week due to that. I was once a Tutti Frutti Uptown Avenue worker for more than 3 months and it was a great experience you know. To do all the cleaning, taking care of the other kids, do the closing, count the money, late snack with my friend at 1230am at a fast food restaurant, got to buy Dominos pizza next door at 50% all the time and so many more. Still dropped more kilogram though I eat like a tiger :)

This is way off topic as regard to the title. But anyhow, this is me. I blabber and talk gibberish at times, especially when I got tired. Almost all the time I think I am weird but that is okay right? I believe it is okay. It is hard to try to fit in when you don't fit. But really, as long as we stay kind and be good to people, it should be fine. It has to be. If this alone is not enough, I might as well just get drown and be helpless and self doubt myself and just die.

But, since I got a load of things to do and a lot more to accomplish, I don't want to die yet. Life is a continuous struggle. I want to live until I can say to myself,

"This is it. This is the life that I want. I can die now."

I am not pretty you know. But I would like to see myself as someone with pretty heart. The kind of people you don't want to let go. The kind of people you don't leave behind. So everybody, please stay. If you are a kind person lah. Those with busuk hati please go. I had my own busuk hati moment with carutan I don't need yours to add.

Brag. Yeah I brag to myself all the time. Happy 10 years of blogging Pisey.

To the readers, silent or loud or none,
thanks thanks.

Pasar Boco 14 dan Kawan Fest di Zebra Square KL

Tajuk tak berapa menarik sebab aku malas nak fikir.

Pengalaman pertama sebenarnya untuk aku buka booth sendiri untuk berniaga di Zebra Square KL tempoh hari. Meja pada awalnya agak kecil kerana aku cuma membayar untuk satu meja bersaiz 3x3 kaki sahaja. Malam sebelum mula berniaga, aku dengan bantuan dan pertolongan dua gadis cantik iaitu cik S dan cik Y nama sebenar telah ke tapak berniaga untuk melihat-lihat. I was worried. Barang kalau banyak tak apa. Tapi barang aku ni bukan kuantiti saja yang banyak, jenis juga banyak.

Aku ada buku-buku baru, buku-buku lama. Aku ada buku kanak-kanak. Aku ada kasut Doctor Martens tiga pasang. Aku ada kasut Clarks berpasang-pasang. Aku ada beg Cath Kidston. Aku ada handbag Fossil yang berlambak, baru dan lama. Aku ada tshirt warna-warni yang memang tak sempat nak pamer pun. Aku ada baju bajan yang nak sangkut bersama jaket-jaket. Aku ada seluar warna-warni dan jeans. Countless items.

Alhamdulillah bila Kak Wani Ardy kata ha meja sebelah tu awak punya juga. Saya bagi free! Rasa nak melompat kegembiraan. I did squeak a little sebenarnya hip hip hooray masa tu. Haha. Jadi proses buka kotak, beg dan sebagainya dilakukan secara berperingkat dengan cik Y. Kami cuma berdua sehingga ke jam 3pm sebelum dia beredar dengan cik S untuk memenuhi jemputan kenduri di Kuala Selangor. Cik S belikan aku lunch makanan pantas yang aku sorok dalam plastik sambil makan.

Terima kaseh kepada abang Farez KAUKAB yang berniaga di sebelah kerana tengok-tengokkan barang bila saya tinggalkan booth waktu Asar dan Maghrib sebelum encik N sampai membawa 6 keping Subway cookies. Kemudian cik S dan cik Y datang kembali dari tempat kenduri lebih kurang jam 9pm. Lepastu encik A pula datang setelah selesai memasang pelamin majlis kahwin. Boleh usha akaun Instagram mereka iaitu @airekamoment Dah berjaya masuk Wanita Hari Ini, majalah-majalah pengantin dan sebagainya. Sesiapa yang nak kahwin, quote my name Pisang to him. Haha. Manalah tahu dapat kawtim sikit-sikit.

Lepastu kami lepak lah. Apa lagi. Aku terbungkam tidur di sofa rumah cik S jam 2 pagi dan bangun tepat 6am sebelum kembali pejam hingga 7am.

Hari pertama seronok kerana aku dapat buat sales yang agak banyak. Hari kedua cuma kekalutan, kepenatan dengan kawan-kawan dan kekangan masa serta kemampuan diri. Mungkin kalau aku buka booth lagi, aku perlu pilih lokasi yang aku mampu bergerak sendiri. Tak ada lah menyusahkan kawan-kawan terutamanya cik Y dan cik S. Thanks so much girls.

Thanks juga untuk encik N dan encik A kerana datang menjengah. Terima kaseh untuk cik A kerana datang melepak lama hari kedua. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Ayat nak skema tapi ini semua dari hati saya.

Terima kasih.