Sapaan malaikat

Sejak kebelakangan ini, walaupun tidur sebelum jam 12am, aku akan bangun jam 530am. Biasanya tubuh aku cuma akan berehat 4 jam atau kurang dan aku akan terjaga sendiri.

Sebelum ini kalau tidur 9pm, akan terjaga 1am.
Kalau tidur 10pm, akan terjaga 2am.

Sama ada aku bangun mandi buat kerja atau laksanakan apa-apa aktiviti itu pilihan. Tapi kebiasaannya memang aku akan terjaga. Celik. Cukup tidur.

Nampak gaya kesihatan dah susut, tubuh dah tenat.
Sekarang dah macam perlukan 5 jam dan ke atas untuk berehat waktu malam. Terjaga pun masih rasa penat dan nak sambung tidur.

Sebenarnya setiap kali aku terjaga sendiri, aku anggap malaikat yang datang menyapa kejutkan aku.

Have I been ignoring your calling these days, God?

Or maybe I am just tired.

No comments: