To pause

Selepas lebih dua minggu meroyan nak berhenti kerja,
aku pilih untuk berhenti berfikir.

Ikut saja arus.

Pada masa yang sama, aku ambil teropong cuba intai peluang lain.
Peluang-peluang kerja, peluang-peluang bisnes sendiri; peluang-peluang baru untuk meneruskan hidup.

Kalau ditanya, aku tak rasa umur aku panjang pun.

Macam terlalu banyak dosa, terlalu banyak kesalahan dan khilaf. Aku selalu fikir kalau aku mati dalam tempoh sama Mak pergi menghadap Ilahi 11 tahun lepas, alangkah bagusnya.

Kononnya aku yang berumur 15 tahun itu masih bersih dan suci pemikirannya.

Rajin melaksanakan apa yang patut dan tak pernah melakukan apa yang tak patut. Tapi siapa kita untuk menimbang dosa pahala bukan? Heh.

Ada kawan yang hampir hilang datang kembali. Ada kawan yang telah hilang mula memunculkan diri. Ada kawan yang rapat semakin pergi. Syukurlah ada kawan-kawan yang masih setia bergembira bersama.

Aku dilabel mendahulukan kawan-kawan melebihi darah daging.
Sebenarnya aku cuma melebihkan mereka yang meminta dan memujuk rayu untuk kewujudan aku.

Atau mungkin sebenarnya aku cuma melebihkan apa yang menenangkan aku.
Salahkah bila cuba meladeni hati sendiri?

No comments: