aku tahu aku bukan manusia luarbiasa

cumanya di masa2 begini aku hanyut dalam dunia sendiri. mungkin mulut sudah ringan mencarut. mungkin juga perilaku sudah tidak seperti dulu2. mungkin mata sudah mula juling membuta tak perasan sekeliling. mungkin telinga sudah mula bebal. dan sudah tak sedar tangan kini terhayun kosong tak berisi genggaman sesiapa. atau mengisi genggaman sesiapa.

aku bukan seorang manusia dinamik. bukan seorang manusia luarbiasa yang mampu menceriakan hidup kamu2 semua dengan sentuhan magik saja. bukan seorang manusia yang bisa menghilangkan rasa terbeban kamu yang cukup lelah menghadap perihal dunia yang tidak kunjung habis. bukan juga seorang manusia yang bisa menenangkan jiwa2 yang mahu menjerit ke petala ke tujuh itu.

aku hanya manusia seperti kamu. yang mulanya dulu dari merangkak. aku cuba bangun bertatih. kendiannya berjalan cuba maju selangkah2 ke hadapan. upayanya berlari bila perlu untuk mengejar. di tika2nya walau aku bilang aku sudah kuat dan tampak gagah sekalipun di hadapan kamu2, aku juga masih seorang manusia seperti kamu. yang seperti tertera di perenggan kedua tadi.

dan aku berhenti menghela nafas. walau kelegaan bukan selalu; aku tahu bintang2 itu akan terus2 saja menyinar.

aku percaya itu-

6 comments:

lumut said...

pisey..ni diatr entry terbaik bagi aku..gud job...

sastera kau mmg A+++++ lahh..hee..

sehat?

pisey said...

sehat.dan sangat full otak dengan stuff2 belajar belajar belajar.agh,aku takmahu jadi nerd.hahahaha.

ko sehat?
maaf lama gila tak menjenguk.tend to jengah tapi tak komen je selalu pun.
=)

kau kena berbangga aku reply komen ni!haha.bermasautin atas katil roomate dan rembat laptop beliau.

Miss ... said...

layan siot

shandye. said...

harus baca sekurang-kurangnya dua kali baru faham.

haha.

sekurang-kurangnya masih ada lagi orang yang tahu bersyukur nikmatnya hidup di dunia ini...

mamai said...

kita cuma manusia biasa-biasa tidak pernah luar biasa

hans said...

pisey dah setaraf A.Samad Said dah
hehee