buat kekasih-kekasih yang mengerti dan yang sudi-sudi saja; aku rindu

kalau boleh
saya mahu buat awak toleh
toleh pada saya
pandang anak mata saya

mahu awak ertikan perasaan saya pada awak
dalam2

kalau boleh
saya nak genggam tangan awak lama2
tak mahu lepas
pimpin sana pimpin sini
persetankan orang lain

kalau boleh
saya nak tunjukkan pada dunia
betapa kasihnya awak pada saya
terkesankan begitu lama
dan kasihnya saya pada awak
awak yang saya puja2

kalau boleh
mahu saya khabarkan segala kisah kita
debaran detak jantung ini
resah hati saya bila berjauhan
dan segala hal yang terlibat

kalau boleh saya nak awak tahu
saya iri hati dengan sekeliling
tapi saya simpan pendam saja

kalau boleh
saya mahu jumpa awak lagi
mungkin

di sana nanti; insyaAllah.

kaki terseliuh hampir tersembam: menjana daya penaakulan untuk mengetahui soalan test kedua mathIV pagi ahad ini. tak rock langsung ada test di hari minggu. haih-

8 comments:

kalau boleh mahu saya khabarkan.. said...

cool beb.

ape2 jer said...

*senyum

zahirlunatik said...

kemaen jiwang lagi tau..hihi

Juliet said...

thumbs up :)

jo said...

kenapa aku sedih...??

Unknown said...

tangkap lentoq.

penaberkala said...

fuh, cair beb

julie.yaacob said...

sedih..