Entri serius seorang penganggur

Seharian aku tak sihat. Aktiviti berlanjutan mengamalkan tidur cuma selepas Subuh makan diri agaknya. Tiga hari berturut sebegitu. Syukurlah, berjaya sudah mencetak keluar laporan akhir latihan industri yang sepatutnya nak beri madam hari ini, Jumaat tapi tak mampu nak bergerak banyak kerana tak sihat. Aku celik pun muslimin dah setel solat Jumaat. Bangun terus rasa terhuyung-hayang macam orang mabuk tingkat tinggi.

Perasaan seronok tak terkata bila dah setel buat segala urusan dengan unit kewangan, akademik, mentor, penyelaras, pusat sumber dan sebagainya. Aku dah habis ikatan dengan universiti yang agak banyak bebankan aku dalam tempoh 4 tahun ni. Majlis konvo Oktober nanti aku malas nak komen lagi.

Perancangan seterusnya, tak boleh nak berserah membuta tuli. Aku perlu lakukan banyak perkara untuk maju menikmati hari esok dan esoknya, dalam masa yang sama cuba mengekalkan perasaan puas untuk masa sekarang dan mampu untuk mengerling momen-momen yang sudahpun meninggalkan.

Juni ini adalah bulan terakhir pihak Majlis Amanah Rakyat memberi bantuan kewangan pada aku. Selaku yang bongsu mengada, aku masih lagi dengan comelnya meminta wang dari ayahanda tercinta walaupun pipi tersipu segan merah merona warna telinga.

Apa yang ada dalam otak sekarang, cumalah untuk menjadi seorang bibik kepada kakngah yang akan melahirkan bayi lelaki 12 Juni yang dekat ini. Mungkin kerja itu akan makan masa 2bulan lebih kurang.

Dalam pada masa yang sama, aku akan belajar menjahit menggunakan mesin jahit. Seumur hidup aku, aku tak pernah mengendalikan mesin jahit. Cuma tahu menyentuh mesin dan menjahit dengan cekap tanpa menggunakan mesin.

Kalau tiba-tiba aku jadi seorang pen-jahit yang berjaya, jangan segan nak tempah produk dengan aku. Produk halal-halal belaka, jangan risau.

Bulan-bulan seterusnya, aku masih belum nampak apa-apa kelibat aktiviti yang lain sangat selain menjaga bayi, menjaga makan-minum kakak berpantang dan menjahit menggunakan mesin. Aku tak nampak rupa nak menjadi seorang jurutera pun lagi kat kanta kacamata yang dah kelabu tak gilap ni.

Sebut pasal cermin mata, aku belum lagi buat pemeriksaan mata yang baru untuk menempah sepacang cermin mata baru. Dan ya, aku masih bercita-cita untuk membeli sebiji ipong 4s. Gila mahal cita-cita. Tak termasuk nak pakai pendakap gigi untuk menjadi seorang gigi besi lagi.

Boleh tak aku minta seringgit sorang dari kau semua? Aku ada bisnes untuk dilaksanakan ni. Mungkin dimulakan dengan ringkas sempoi dahulu. Tapi bisnes ni bisnes serius.

Serius aku serius.

Oke aku bobok dahulu. Dah 412am dah pun. Ubat ni kasi aku high sungguh. Tak pepasal demam nak bersambung ke hari esok ni gini.

Sekian dari saya, seorang penganggur yang osem.

-190512

2 comments:

Hann Haidar said...

rindu.

Pisey said...

dabelh
(;