Gagal pertama kali

Pagi ni saya bangun sedikit awal dari biasa. Ada satu perkara yang saya perlu laksanakan hari ini. Jadi setelah selesai menyudahkan kerja-kerja rutin di rumah, saya memulakan perjalanan menuju ke hospital. Tapak parkir sangatlah susah untuk didapatkan. Terpaksa saya meletakkan kenderaan di tempat yang jauh dengan destinasi sebenar saya. Ia bukanlah masalah pada saya yang suka berjalan sebenarnya. Cumanya cuaca agak panas. Terik mentari hampir saja membunuh keseluruhan sel kulit muka dan tangan saya. Nasiblah mata yang silau diberi perlindungan yang baik oleh cermin mata hitam besar yang hampir meliputi separuh wajah saya. Setapak demi setapak saya berjalan menaruh impian yang besar menuju ke bangunan hospital. Udara yang masih berbaur pagi saya hirup sikit-sikit. Sudah bercampur dengan debu yang tercemar dari asap kenderaan yang melalui situ. Walaupun begitu, dengan keselesaan sandal kuning berjenama Clerky yang dibelikan kakak saya dari tanah asing ini, saya masih mampu mengekalkan keseimbangan gaya catwalk saya berjalan di tanah, simen, ranting pokok dan sebagainya. Postur badan pun saya jaga dengan baik, jangan risau.

030712

Oke aku dah malas nak cerita panjang. Kesimpulannya aku tak lepas nak derma darah hari tu. Pulse tinggi, bp pun agak tinggi. Berehat, check. Berehat, check. Berehat, check. Pulse lebih seratus bacaannya. Mungkin aku patut bawa mesin untuk check bp yang kat rumah ni ke sana. Sebelum pergi dan setelah pulang ke rumah sama je bp aku, paras normal yang merah jambu sihatnya.

Adakah penyebabnya kerana ada abang MA buat cubaan nak berkenalan masa aku tengah sibuk-sibuk dengan makcik nurse?

Atau adakah kerana berjalan jauh dari tapak KFC Stadium Sultan Muhammad IV ke Hospital Raja Perempuan Zainab II membuatkan jantung saya tak mahu berhenti mengepam darah dengan laju?

Or is it possible that I really have a heart problem now?

Lap dup, lap dup. I really need to workout more. Seriously.

I don't want to die young.

4 comments:

Anonymous said...

sandal kuning Clerky itu kedengarannya seperti selesa banget.

dah ambik breakfast belum sebelum pergi tuh?

harap jantung kamu sihat2 aje.

Pisey said...

Hai anon (macam kenal ni) (:

Oh ye, sangat selesa sandal kuning tu, heheh. Cumanya ia agak 'tercemar' sekarang ni. Maklumlah, warna cerah. Sudah makanpagi bihun sedikit dan halfboiled egg pagi tu. Mungkin I shouldn't drive there all by myself. Bila memandu jantung agak tak terkawal, contohnya bila cubaan speeding dilakukan. :p

klohv said...

Kenapa bila taip jadi anon pulak ni.hehe.

Pisey said...

Hew hew hew ^^