hujan. aku suka hujan sebab hujan boleh sejukkan hati aku. dan hati aku jarang2 saja panas pun. hanya bila waktu2nya aku ketemu manusia2 bodoh yang tak reti guna akal walau dengan sekelumit baik saja aku akan mencarut banyak2 dalam hati sampai bikin aku panas dan akan menangis lalu tertidur. aku memang fragile.
aku harap Tuhan bukakan pintu hati mereka supaya tahu pakai akal walau sedikit cuma dari menyusahkan manusia lain.
bila bangun aku akan buat pilihan. samada nak sama jadi orang bodoh atau nak jadi orang cerdik. dan oh, aku sudah habis tonton 'my name is khan'. jika ada orang terdekat dengan kamu yang ada cerita itu, enjoy it then. aku tak mahu cerita panjang kenapa aku menangis tengok sampai habis dan banyak kerepek kefikiran terbit waktu itu.
berbalik semula kepada tajuk utama. sekarang ini hujanlah. dan aku rasa tenang. kebanyakan orang bila hujan2 suka tidur. tapi untuk aku yang selalu gundah bila panas2 dan bila tak selesa dan tidak suka aku akan mengantuk dan tertidur sebab tak suka fikir perkara2 yang membeban ini; akan cuba cherish every moment of the raindrop.
buat masa sekarang aku bersyukur kerana adanya teman2 yang mampu buat aku gelak pecah perut hari2. adanya keluarga yang supportive walaupun satu sudah pergi, lima sangat jauh tempatnya dan lain2 jarang2 dapat jumpa. dan keadaan aku selaku manusia yang masih mampu dalam pembacaan kalimah2 suci untukNya. i won't be here as what i am now if not for them and Him.
and they also won't be the same without me around.
sebab aku tahu yang aku ni juga punya impak besar dalam kamus hidup mereka2 yang bersama dengan aku. yang sedang dan masih percaya tentang hari esok.
kadang2 bila terlalu percaya juga tidak bagus. sebab we tend to put all eggs in one basket. bila terhentak saja bakul itu, mulalah goyah segala pegangan. sebabnya di akhir itu kamu akan berasa hampa itu mengatasi segalanya. dan kamu rasa kamu saja yang tahu dan faham itu.
heh, which is sometimes so true.
just like what i am feeling right now. cold and lonely. sebab bosan fikir kenapa soalan final exam tak boleh bincang ramai2 dalam dewan nanti. sedangkan study group itu digalakkan? ah, fikir final minggu depan je terus nak tidur sebab susah hati.
cheers everyone;)