Dia ada tika2 aku gemuruh untuk menghadap programmable logic controller

dek terkesankan perasaan rindu yang mendalam pada orang itu, aku kini hari2 me-recite Yasin dan cuba melaksanakan penyucian jiwa sebaik mungkin sekadar termampu untuk hari ini, esok dan sebelumnya. padahal rindu itu akan lebih membuak-buak rasanya bila aku takut nak menghadap sekeliling aku. apa2 sajalah. bila kau orang semua susah2 hati siapa orang yang kau orang akan paling awal terdetik kat minda? untuk aku dan aku yakin kakmimi, kakjulie, abang dan kakwu pun sama; arwah mak.

dan aku tahu Tuhan itu sangatlah penyayang dan telah menjaga aku sebaiknya bilamana walaupun aku laksanakan solat hajat last minute jam 2.47am selepas berhempas pulas ketakutan untuk menghadap practical test PLC itu hari, dia buatkan lecturer itu terdetik beri aku soalan yang aku mampu jawab elok jam 10.30am hari itu.

subjek ni 3jam kredit dan aku macam otak susah gila nak terima kenapa bahasa alien begitu aku kena cucuk masukkan dalam otak aku. neuron2 benar malas2 saja nak bergerak menghantar signal ke sana ke mari.

dan soalan malam itu jam 9pm written test subjek yang sama. tapi dalam detik2 miracle sepanjang hari khamis itu aku tahu yang Tuhan itu ada bila dia beri aku cukup masa untuk snooze 7min yang hilangkan lelah aku tak cukup tidur sebelum duduki written test tersebut; kesnya tamat lab test itu area 12pm. 230pm aku ada kelas cnc+cadcam sampai 7pm. dengan soalan2 yang aku yakin mampu jawab sekali lagi, alhamdulillah.

aku tak kisah sangat dah dengan result lab and written test tu (kembang lubang hidup sebab menipu lah kalau tak kisah kan. ah, kau diam). perkara sudah berlalu dan orang kata yang lepas2 tu sudahlah. apa aku nak nyatakan ialah aku rasa sangat beruntung sebab aku tahu Dia itu ada.

sekian.

3 comments:

jo said...

pegilah hang out lepas ni. bagi tekanan tu kurang sikit dik.

bias® said...

padan muka!

hans said...

hehehe