aku semakin kelu untuk berkata-kata

selalunya tika-tika begini hanya akan singgah di waktu kesibukan aku pada tahap puncak. tapi kali ini kondisi aku adalah bersenang-lenang hingga mampu bermain gusti lengan dengan kucing comot tepi jalan.

ini bukan kosong, perasaan itu berisi tetapi memusykilkan etika sedia ada. dan aku bingung dengan diri yang hampir banyak waktu mindanya bergerak menghasilkan ayat-ayat protes, ayat-ayat cinta, ayat-ayat rindu, ayat-ayat fakap yang entah dari ceruk mana datangnya.

selalunya aku akan terus taipkan atau coretkan di mana saja setiap apa yang terbit itu tapi kini tidak lagi. segalanya berbaur kemungkinan. apa yang nyata, ada sesal di hujungnya.

aku menyebut tentang segalanya memungkinkan bukan sebentar tadi? ya. mungkin aku sudah berevolusi menjadi seorang yang sedikit lain dengan seorang aku yang sebelumnya pada gred manusia yang ini dan itu.

masalah tak akan pernah hilang selagi tidak selesai setiap persatu. tiada masalah bermakna kau sudah mati untuk mengakhirkannya. penghujung tidak bermaksud penamat sesebuah cerita.

seperti filem-filem hitam putih lama, penghujungnya ialah watak hero berjaya memenangi hati heroin contohnya. ataupun kebaikan mengatasi kejahatan. penamat adalah bila perkataan 'TAMMAT' menjadi paparan di skrin.

soal hidup dan mati. soal dosa dan pahala. soal syurga dan neraka. soal ibadah dan celaka. semuanya harus difikirkan. dalam-dalam atau ringan-ringan adalah pilihan masing-masing menggunakan kapasiti akal yang sedia diberi.

rupanya aku terlebih berfikir saja dari melaksanakan. jika di awalnya aku tidak punya idea untuk menulis, apa yang terbentang ini adalah pelaksanaan semulajadi oleh neuron-neuron yang tercetus.

dan aku akan terus saja kelu dengan kemungkinan yang memungkinkan jika kefikiran menjadi beban untuk aku melaksana.

ya Rab, terima kasih untuk nafas hari ini, hari sebelumnya dan hari selepasnya.

2 comments:

syazana said...

kau tau tidak kau pun dah sebahagian aku.
sini, kau tak ada tak apa.
jgn sampai aku pun kau sisihtepikan ye kembarnama? :)

p is an g said...

oke sayang (;