There's too much love that I gotta spread them away

Cinta bukan perkara mudah. Jika kau kurang cinta maka kau bermasalah. Jika kau punya cinta melebih-lebih tiada tempat mencurah kasih juga suatu masalah.

Terlalu banyak cinta. Jadi mahu disebar-sebarkan. Seperti hari-hari berdoa agar dunia lebih mengerti cinta. Bukalah kamus. Belekkan ia. Ertikan apa yang kau lakukan sekarang ini, adakah punya pengaruh cinta?

Hati aku sakit. Disiat terlalu lama akan sakit juga rupanya. Cinta bagai telah membunuh nafas jiwa yang aku pelihara.

Hilangkah hati bila masanya mati?
Bila sekeliling bebal dan terlalu tidak mengerti?

Tuhan, sungguh kami hamba yang lemah. Ampunkan dosa-dosa kami. Dosa kedua ibubapa kami. Dosa keluarga kami. Dosa guru-guru kami. Dosa sanak-saudara kami. Dosa rakan-rakan kami. Sesungguhnya kami ini pelupa dan tagihkan belaianMu.

Amin.

3 comments:

Amal said...

tapi insyaAllah, dengan cinta jugak akan perlahan lahan ubat luka tu.

Ries Lee said...

dengan cinta lah maka terhasillah mee segera cintan.

pisey said...

amalina.
;) this is more to what i feel about the world today. i hate hatred feeling overwhelming me. but that's the case bila tengok ramai yang pesen suka dengan perang and all. huh.

berries.
mamee indonesia lah baru authentic!