Peristiwa Subuh

Terasa wajah macam kurang serinya bila ter-burn subuh normal jadi subuh paranormal seperti bertukar menjadi gajah, dinosour bersayap dan tak bersayap serta trex yang bergigi comel kepala besar tangan kecil.

Jadi hari ini, aku rancangkan sebuah kelainan untuk dicoret sejarah.

Perut aku dah usap awal-awal minta bertenang dengan belaian se-mug bancuhan susu tepung anlene. Tapi aku degil biarkan se-mug susu tersebut sejuk di bawah putaran kipas yang ligat. Lewat lebih satu jam dari waktu perut mula mahu bermanja-manja.

Azan subuh tadi buat aku teruja. Aku berwudhuk dan mendirikan solat. Aku diamkan diri lama di atas sejadah. Aku bukakan tingkap bilik dan aku teguk bauan pagi yang bisa merakamkan sejuta filem bisu dalam benak aku.

Ketenangan. Aku mahu tidur puas.

Bobok dulu ya?
Selamat.

7 comments:

Miss ... said...

http://www.youtube.com/watch?v=9rAeoLKtGxg utk ko hehee

amaL said...

nak bobok!!

f.a.r.a.h said...

uik. tak sejuk ke air susu tuh? anyway, i da lama tak dgr word bobok tuh. haha. cute!

jo said...

aku pun banyak tidur sejak akhir2 ni..entah apa pasallah...

Ries Lee said...

lame dah aku tak minum anlene..
dulu memang aku ketagih susu tu..
mahal beb susu tu..
tak mampu aku beli selalu...
sepaket dah rm20++..

aku lari topik ker pisang?

pisey said...

miss.
haha.aku ingatkan apekebende la.
makaseh buk!

amalina.
jomlah.peluk2 pun boleh.

farah.
mmg dah sejuk pun airnya.aha.bobok memang comel sbb i yg guna.
keh keh keh

kakjOlie.
ko oke ke kak?gua bnyk tidur kalo bnyk masalah malas fikir.ataupun perut kenyang.tu je.haha.

braderries.
tak lari.jgn lari!

sbnarnya susu yg aku minum dlm entri tu rupanya anlene 51++ haji yaacob tuannya.tak perasan la plak wlupon dah minum 4-5 mug.ni baru beli yang 19-50.heheh.kang xpepasal yg molek jd tua aku salah minum.haha.

aku beli anlene jugak sbb sedap gak rasa dia.di samping mengutuhkan kalsium tulang yg ada.yeah!

Ries Lee said...

konpem ko minum anlene gold kan.
aku mula minum anlene sejak mengalami kepatahan tulang disusuli kapatahan hati ketika itu.
lame2 jadi ketagih.