Rebel

Hari ini kau cakap kau rasa macam nak lari dari semua orang. Tak ada orang faham kau kata. Masing-masing tenggelam dalam hal sendiri. Kau lemas tapi tak ada orang datang hulurkan pelampung keselamatan untuk kau gapai. Terjengket-jengket kau panjat kerusi cuba dapatkan belon yang terlepas dari tangan bebas ke udara, tapi tak ada juga orang nak bantu pakai tangga bomba.

Hari ini kau rasa nak jerit kuat-kuat tapi tak mampu. Mata kau sudah bergenang air. Dahi berkerut-kerut menahan. Kau telah toreh keluarkan hati yang dulunya menjadi pendinding dari kau laksanakan banyak dosa. Sebabnya hati yang dulunya kau agung-agungkan itu kini sudah dicemari dakwat hitam legam. Kau musykil apabila yang keluarnya dakwat merah pekat mengalir membasahi tanah gersang.

Hari ini kau mati.

5 comments:

hans said...

kenapa nih pisey?
ada apa masalah ker?


P/S : Review Novel/Buku : Naskhah Natrah Karya Fatini Yaacob Wajib Dibeli Dan Dibaca!

Miss ... said...

dakwat hitam legam..hmmm..tiada ape yg tinggal utk aku agungkan lagi hehe

Robot Baik said...

sungguhpun dah dicemari dakwat hitam masih ada dakwat merah ang tinggal.

kesimpulannya, kamu masuh ada jati diri.

plain jane said...

pisey the best.

hati aku ade lubang. mcm mne?

Anonymous said...

mati. sebab tak dapat tgk maskara.


amal