Ringkas, padat dan mampat

Macam haram perasaan ni.

Peh, nak bunyi brutal je.
Oke, jangan banyak bunyi.

Senyap sunyi tak ada bunyi. Burung pun tak berani nak kepakkan sayap. Angin yang nak lalu lari bertiup ke tempat lain. Muzik yang selalu didendangkan pun tak kedengaran langsung. Ipod automatik terus habis bateri macam magik. Katil yang kalau nak panjat akan ada bunyi keriuk-keriuk pun diam semacam. Kaki yang suka tendang-tendang dinding yang penuh dengan hamparan kata jiwa sopan tak bergerak. Nafas pun tak ada degup detak dupdapdupdap berombak kat dada ke apa.

Macam kalau mati. Bunyi talkin saja sayup-sayup kedengaran.

Aku ni pemalas rupanya. Baru mengadap latihan math III setengah jam dah mari berzillion perasaan merapu dah. Mungkin aku perlu tidur.

Bai!

6 comments:

fnd said...

Kentut yg slalu berdegung pun seakan abis gas

Robot Baik said...

tido jer lah.
itu yang terbaik.

fiQ Froz said...

ipod maam tetau je lah tuh nak bg hint duh tido??
hehe...

hans said...

haha
lepas bangun tu okay la tu

P/S : Header Baru H.P.B Blog. Thanks Blogger Dark Half!

i'msosupernotcool said...

math!

Syed Fauzi said...

kalau dengar lagu raya mesti makin malas huahuahua