Saya sebuah karangan

Saya mula rasa bosan. Bosan dengan perkara-perkara yang lame. Jadi hari-hari saya cuba buat kelainan. Setiap undangan untuk menterujakan minda/perasaan saya, akan terus saya laksanakan walau dengan hati yang khuatir. Sedikit saja. Bukan khuatir yang bisa mendetakkan jantung, cuma sekelumit rasa yang mari itu.

Awak. Saya macam orang lain juga punya perasaan cemburu dan pesen tak boleh terima sesuatu benda yang saya tak suka. Lain orang lain cara dibesarkan saya tahu. Tapi bukankah adab itu perkara yang boleh difikirkan dan dipelajari juga. Kalaulah semua boleh belajar menghormati sesamanya. Belajar untuk tidak hanya mahu untung seorang diri. Tapi bagus juga mungkin; mati kan tak ada orang lain teman.

Faktanya satu saja: saya alegik ulat dari kecil lagi. Dewasa ini saja mula menjinak diri supaya tidak bereaksi lebih dan mempamerkan gelagat tidak sepatutnya. Saya kan sopan.

Saya cuma manusia biasa. Masih sangat jauh dari paras sempurna. Saya orang baik-baik. Kadang-kadang kena pijak. Jarang-jarang sekali ada juga lakukan perkara yang menyakitkan hati manusia sekeliling. Sedaya upaya saya cuba untuk dekat dengan Tuhan. Tapi itulah, suka sangat melayan duniawi. Saya juga hanyut tapi selalunya ada bot penyelamat suruh saya bacakan kalimah-kalimah suci dan mencium sejadah sepuasnya.

Hari-hari pun rasa macam palat. Fakap and so on. Nak buat macam mana lagi. Saya cuma tahu ikut flow, pastikan cukup makan, jaga kebersihan dan tingkahlaku yang mana boleh, tidur secukup dan melangkah mana perlu. Tapi benar saya selalu saja lebih tidur. Maaf. Saya cuma mahu hidup selagi Tuhan mengizinkan saya untuk ada di sini.

Jika mati itu dekat/datang, maka saya harap ramai yang akan datang untuk pengurusan jenazah saya. Ramai yang akan mensedekahkan bekalan untuk akhirat saya. Keluarga saya jangan terlalu meratapi pemergian saya dengan kekecewaan harapnya. Rakan-rakan pula maafkan segala tuturkata yang saya terlanjur buat sebelum ini. Saya tahu, setiapnya dihisab Dia.

Moga kubur saya aman dan tenang. Sejuk-sejuk saja.

Selamat berbuka!

8 comments:

hdyh said...

alegik ulat---takot ulat?

afiqsiddhartha said...

kalaulah mati boleh mengajar maksud menghargai, dan kemudian boleh hidup balik sekali lagi, mesti semua orang nak mati.

ape2 jer said...

aduh part akhir tu huhu

Anonymous said...

ini entri dari jiwa yg terdalam ni...

jo said...

ko bercinta ke sekarang? jangan la berputus asa...

Nurul Binti Ibunya said...

kamon pisey!

hans said...

sangat sentimental nih entry ko pisey
kenapa?
pasal ulat ker pasal cinta?

P/S : DIGI Sayang Aku Agaknya! Hahaha!

Kasut But Ceri Merah said...

hey, saya simpan link awak yer. tq :) bye :)