Paroxysm

Kadang-kadang bukan semua perkara kita dapat kawal. Ada yang hanya boleh dilihat tak boleh disentuh. Ada yang boleh disentuh tak boleh dirasa. Ada yang boleh difikirkan saja tapi tak boleh dilaksana. Ada yang kita mampu tapi kita tak mahu. Ada yang kita mahu tapi tak dapat. Ada yang memenuhi kehendak hati tapi tak sempurna.

Dan macam-macam lagi. Dan kebanyakannya datang dengan tiba-tiba. Kau tak dapat nak jangka. Tak dapat nak agak. Tak boleh nak sedia macam nak makan nasi yang diawali dengan bismillahirrahmanirrahim pun.

Pang! Terus kena dan kau pun jatuh terduduk.

Kalau main congkak;
belum sempat nak habiskan susunan buah guli.

3 comments:

hans said...

betul2
kadang2 benda kita dah rancang tak jadi macam kita nak

Kasut But Ceri Merah said...

owh,takutnye :(

Amar Alis said...

erm, nak rancang sesuatu jangan terlalu kencang. koho-koho.