Sungguh fakap.
Part two: Now I don't hate you, and you, and you for who you are. But I really hate you for what have become of you. Tolong jelma balik. Aku dah penat sangat. Letih aku fikir berapa orang aku perlu jampi suruh jadi bentuk asal sebelum tamat tahun ni. Aku paling tak suka bila nilai percaya yang aku bagi senang-senang kau nak dagangkan dengan nilai tak setaraf.
Part three: Aku benci backstabbers. Aku benci orang cakap aku backstabbers. Aku benci aku. Sebab aku benci bila aku rasa orang benci aku. Aku benci bila perkara yang aku cuba pertahankan sebaik mungkin dicemari dengan perkara bodoh. Aku benci bila kena deal dengan perkara remeh yang diperkantabesarkan. Aku benci bila orang tu cakap jangan/takboleh tapi dia sendiri buat juga dan masih tuding jari pada orang lain. Aku benci bila manusia ni lebih banyak bercakap daripada mendengar sedangkan Tuhan bagi dua telinga dan cuma satu mulut.
Aku tersangat benci bila sangat ramai yang masih tak sedar dalam diri kita ni ada self-auto-defend mechanisme yang akan bertindak tanpa menggunakan akal panjang bila berdepan dengan sesuatu yang pada kiraan dia; akan menjatuhkan sedikit air muka ataupun membuatkan diri dia sakit hati tapi sungguh tak reti nak nilai hati budi orang lain yang jauh lebih suci daripada dia.
Ni aku cakap sungguh-sungguh ni. Jangan cuba nak gelak. Atau elak.
Part four: Kalaupun hari ni bad-hair-day kau ke apa ke, takkan tak reti nak hormat perasaan orang lain hanya kerana kau suka sangat jual ikan? Fishmonger betul.
Part five: Aku dah letih dalam percubaan nak selamatkan dunia. Kalau nampak aku terkapai-kapai sangat tu, tolong kasi aku tong oksigen ke apa-apa lah. Sungguh aku dah letih. Harap zon fakap ini akan berlalu dengan senang lenang. Aku serius.
Part six: Aku pun bukan semua betul. Tapi kau pun tak boleh anggap semua yang terbit dari aku ni salah yang objektif. Atau semua dari kau itu betul yang objektif. Fikir baik-baik, tenang-tenang.
Part six: Aku pun bukan semua betul. Tapi kau pun tak boleh anggap semua yang terbit dari aku ni salah yang objektif. Atau semua dari kau itu betul yang objektif. Fikir baik-baik, tenang-tenang.
Part seven: Manusia memang kalut kan. Semua jadi tak tentu hala. Aku pun jadi tak boleh duduk diam. Macam kena cucuh api kat punggung.
Last part: Ini tulisan terkumpul beberapa peristiwa lalu. Saja kasi anger hilang sepenuhnya dulu. Bukan perkara macam perang dunia pun. Ini cuma hati aku main combat secara hiperbola. Everything rasanya sudah at ease.
Harapnya esok menjanjikan pelangi untuk kita semua. Ewah!