Nyatanya

Aku cuba pertikaikan setiap persoalan yang cuba menerjah ruang minda. Kotak-kotak tanda tanya kembali terapung memenuhi ruang. Ruang aku. Ruang tempat aku membuang segala rasa dengan jiwa yang rabak.

Aku uji diri dengan beberapa perihal tentang kawan. Tentang teman-teman. Terbukti aku salah dalam perkiraan yang masa itu mengubati. Banyak daripadanya cuma membunuh.

Aku palitkan sedikit rasa pada agenda tertentu. Nyatanya aku sedang hilang dalam celahan ramai yang tidak berapa mengerti.

Aku perlukan tempat berpegang yang kukuh. Tapaknya langsung tak boleh bergoyang. Sikitpun tak boleh.

Aku yang ini sedang lusuh semangatnya untuk bangun. Sedang malas secara umumnya.

Aku bacakan ayat suci itu satu persatu. Undur memperbaiki hukum yang salah.

Aku bilangkan satu dua tiga berulang kali tapi ibu tidak juga muncul tenangkan aku.

Aku sedang susah. Gundah dan segala negativiti bercampur gaul.

Noktah.

8 comments:

Miss ... said...

gelisah..

miya said...

akak. jom pegi berenang?
tenangkan jiwa :D

Amal said...

mari. bahu aku kuat lagi. :)

Bijen M. said...

Kau ada Tuhan.

Is said...

keluh kesah.

bias® said...

aku amy.

p is an g said...

miss
letih.

miya
berenang2 di muara. haha. rindu swimming! tak de kesempatan ah duk sini.

amal
i know. ko mmg tuff syg (;

bijen M
aku tak serik berbicara dgn Dia.

is
lenguh-lenguh otot.

incekbias
amy cari?

mohammad said...

salam ziarah