things happen in life and you just have to roll with it

kalau2 kau rasa hari ini perit semacam, ya ya, memang ia perit. itu kenyataan yang kau dah tak boleh pusingkan lagi. sedang kau berjalan tenang di suatu tempat yang lapang, tak semena2 kau tersepak batu dan tersembam. everything was so abrupt sampaikan kau tidak kesampaian untuk mencapai tempat bergantung yang ada. which at times memang tak ada pun.

semacam sekarang. kau dah tak boleh bermanja2 bermalas2 macam dulu2. di mana kau ada kawan2 yang selalu saja ada untuk kau. ada orang tersayang mungkin selaku tempat mengadu kisah suka duka seharian yang setia untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara yang ada. tak, memang dah tak ada. semua sekarang sibuk dengan hal masing2.

mahu bebankan ibubapa lagi? heh. sungguh childish dan tak mature pula orang kata. orang katalah. kalau nak persetankan saja, maka apa salahnya. tapi kau juga ada segan. ada ketahuan yang kau sudah tak boleh nak bergantung pada orang lain lagi. hanya harus sepenuhnya seratus sepuluh ratus2 ribu2 peratusan pada diri yang terpenting.

mungkin di ketikanya kau sedang bergembira pula. sedang enjoy and live life to the fullest dan mengecap kejayaan pelbagai, ramai pula rakan yang datang menempel enjoy bersama. mungkin waktu itu kau akan rasa yang mereka ni semacam ambil kesempatan pula. mungkinlah sebab waktu2 kau bersedih parah keseorangan semua antara mereka2 ini tak pernah kerling sedikit pun.

oh. mungkin ada sedikit pandang tapi tidak sebanyak seperti yang kau benar harapkan daripada orang2 yang kau mahu terus ada untuk kau - selalu. terutamanya at tough times yang menggugat menggigit jiwa yang mengerang sakit sebelum ini.

walhal kau tak tahu yang sebenarnya waktu2 kau perlukan mereka itu, mereka pun memerlukan kau. kerna perantara yang sewajar itu tidak ada. lalu masing2 meng-assume-kan yang tak ada orang lagi untuk mereka. tak ada tempat untuk membuang pedih2 terbuku. bukalah mata jiwa kau baik2 sayang, semua orang perlukan tong sampah.

now, will you be my dustbin?
(kenyit2 mata yang berkilau bagai sinaran bintang malam)

7 comments:

Unknown said...

haha.
nice perumpaan lu.

sgt deep.

gua suka.

ape2 jer said...

:) dustbin pun aku x de..sama2 kite jd dustbin mau? hehe

hans said...

hehehehe
betul2

Anonymous said...

boleh aja.

acap rahman said...

hai pisang
hahaha

Luna said...

jangan buang sampah merata-rata. jaga kebersihan. haha!

saya sebuah tong sampah. macam karangan kat sekolah rendah zaman muda-muda dulukala :D

tiny star said...

semua orang perlukan tong sampah tapi tak ramai yang nak jadi tong sampah untuk kita. sungguh malang kan? haha