There's too much love that I gotta spread them away

Cinta bukan perkara mudah. Jika kau kurang cinta maka kau bermasalah. Jika kau punya cinta melebih-lebih tiada tempat mencurah kasih juga suatu masalah.

Terlalu banyak cinta. Jadi mahu disebar-sebarkan. Seperti hari-hari berdoa agar dunia lebih mengerti cinta. Bukalah kamus. Belekkan ia. Ertikan apa yang kau lakukan sekarang ini, adakah punya pengaruh cinta?

Hati aku sakit. Disiat terlalu lama akan sakit juga rupanya. Cinta bagai telah membunuh nafas jiwa yang aku pelihara.

Hilangkah hati bila masanya mati?
Bila sekeliling bebal dan terlalu tidak mengerti?

Tuhan, sungguh kami hamba yang lemah. Ampunkan dosa-dosa kami. Dosa kedua ibubapa kami. Dosa keluarga kami. Dosa guru-guru kami. Dosa sanak-saudara kami. Dosa rakan-rakan kami. Sesungguhnya kami ini pelupa dan tagihkan belaianMu.

Amin.

Sebab mengapa kita perlukan sebab

Secara automatik, apabila seseorang yang disukai dalam diam dupdapdupdap, diusha setiap hari tatkala beliau pulang dari kuliah, manusia yang buat kau mengigau mimpi tak kira siang malam, tidur sedar sehingga mengunyah nasi pun macam lut tak lut giginya walhal minggu lepas dah pergi plaster sama tempat yang berlubang dekat klinik doktor gigi kawan ibu saudara makcik jiran depan rumah yang juga ada anak lelaki hensem lagi kacak bergaya - bertentang mata dengan kau walau sesat pun rasa macam nak pitam empat ratus tujuh kali kemudian kau nak bila kau jaga celik mata semula dia masih duk tenung dua biji bebola mata kau yang duk tahan daripada terkedip-kedip tak tentu pasal sebab nanti rugi la pula saat-saat momen indah seperti itu terbazir sebegitu sahaja.

Sebab orangputih kan kata, 'every seconds count'.

Tak jadi aku menulis novel cinta, sebab nanti melalut macam entah apa-apa. Sebenarnya nak terkucil ni, sebab tu menaip tak tentu arah.

(Cepat-cepat tekan 'publish post' sebelum berlari-lari comel ke arah bilik air yang bersih berkilau sebab petang tadi dah cuci dengan dynamon sebab malas pergi cari cecair pencuci bilik air yang kemungkinan besar tak ada pun walau cari ke segenap sudut bilik sebab dah lama duk asyik pakai dynamon)

Sekian.

Peristiwa Subuh

Terasa wajah macam kurang serinya bila ter-burn subuh normal jadi subuh paranormal seperti bertukar menjadi gajah, dinosour bersayap dan tak bersayap serta trex yang bergigi comel kepala besar tangan kecil.

Jadi hari ini, aku rancangkan sebuah kelainan untuk dicoret sejarah.

Perut aku dah usap awal-awal minta bertenang dengan belaian se-mug bancuhan susu tepung anlene. Tapi aku degil biarkan se-mug susu tersebut sejuk di bawah putaran kipas yang ligat. Lewat lebih satu jam dari waktu perut mula mahu bermanja-manja.

Azan subuh tadi buat aku teruja. Aku berwudhuk dan mendirikan solat. Aku diamkan diri lama di atas sejadah. Aku bukakan tingkap bilik dan aku teguk bauan pagi yang bisa merakamkan sejuta filem bisu dalam benak aku.

Ketenangan. Aku mahu tidur puas.

Bobok dulu ya?
Selamat.

Cahaya tidak selalunya terang membutakan

Ada juga cahaya yang suram-suram sahaja;
ada yang malap-malap tak tersengaja.

Dan cahaya kegelapan,
tidak menerangi apa-apa pun; apatah lagi memberi harapan.

Cara-cara menurunkan berat badan

Serius aku tahu tapi malas nak taip. Nak buat lagi la malas. Oke. Tu je. Faktor mengundang kepada kegagalan menurunkan berat badan.

Heh. Hak ptuihhh-

I don't need a reason to miss you

From time to time, I told myself that I gotta take life seriously here and there. I need not to have doubt about things I have desire and love on. If I got nothing to save, my life will be doomed. It's the responsibility that has taken a lot of account in me. Just like death has taken place on people; I wouldn't succeed if I did not put my soul and trust in things. To believe and put your whole trust, I guess; is a very powerful thing.

Visiting you at the graveyard really gives me something special. It's a feeling no one can ever have but me. Because this is a story of you and me, not theirs. Cleaning all the bushes away. Sprinkling the water on the soil. Kneeling on my knees, I wish I knew better how to regain all those feelings I have for you and talk nicely in the prayers; but the words just did not come out pretty good. Moving both of my hand and placing them in the air just nice were the only thing that made sense to me. Everything else just stuck inside the throat.

I saw the sister's tears running down her cheeks. I wish I could do that. I wish I could whisper to you just like what I used to do during a few years back; when the soil was still wet. Grabbing the big cactus there and wishing it was your hand I am holding. With puffy eyes, red and sore, I was such and idiot back then; immature me.

I guess I am too long for a grip now that I miss you 24/7.
al-fatihah

Bukan kaku

Cuma gusar untuk mempamerkan perasaan sebenar. Khuatir jika-jika bila dikumpul semuanya, akan dijadikan pameran gelak-tawa bagi mereka-mereka yang tidak pernah cuba untuk mengerti hidup.

Hidup ini terlalu luas konteksnya. Dan selaku hanya secebis dari koyak-koyak dunia yang tinggal, aku hanyalah objek picis untuk ditonton belek sebagai sebuah contoh, ditayang selaku teladan dan sebagainya.

Bukan aku tidak bisa bernafas lagi. Cuma lelah semalam tidak lagi hanya semalam. Ia berterusan mengekori bak bayang-bayang yang mengejar tuannya.

Aku sesak dalam debu-debu tinggalan. Yang tinggal hanya buruk-buruk saja. Semakin ditepis semakin menyesak, menusuk terus melumatkan jiwa yang meluluh.

Hampir mati.

Thoughts of the day peeps (:

There are days when you wake up, you smile, you decide that today will be a good day so you try your best to put happy thoughts in your head, and it works, half way, because somewhere along that day you stumble upon people who make you sad, people who bring you down either consciously or unconsciously, and your wish for a beautiful day shatters. When this happens – sleep. Sleep is an aircraft that transports you from one aerodrome to the other. Sleep is an aircraft that flies you from today to tomorrow. Sleep – believing and praying that there will be tomorrow. And the next morning, when you wake up, please smile again, please keep on putting happy thoughts in your head. No matter how many people ruin your day and mess you up – sleep, and wake up again. One day, when you manage to go through a whole day smiling, and you bump into someone who helps you to hold up that smile, so long that all of a sudden you don’t want to sleep, you don’t want to get on the great plane, you don’t want that given day to end – don’t let him go. Don’t let her go. Sleep is an aircraft. A substantial, powerful aircraft. If someone could actually stop that aircraft, delay its flight, and make you smile from morning till night, that person my friend, is your modern-day knight.

-wani ardy

i am full of desire

does that also mean that i am desirable?


kaki menyorok malu segan-segan silu: keh3

deria

aku lihat kelahiran dan kematian. aku lihat kesakitan dan ketenangan. aku lihat kecelakaan dan keajaiban. aku lihat kekhusyukan dan kepuraan.

aku lelah untuk mempamer semua; tapi aku belum bosan untuk menempuh segala.

hari ini aku syukur kerna masih celik, masih mampu menyimpan nafas, masih boleh mendengar; masih dapat menimbang-tara mana yang baik dan mana yang buruk. dan hari esok mungkin tidak menjanjikan seperti hari ini. maka nikmatilah seadanya.

dan bila ada di antara kemampuan yang menyekat, mulalah tidak selesa.

mood: selesema
perasaan: tak best
hati: tak berapa nak tenang
otak: beku
perut: masuk angin
mata: lalok/stim
hidung: tersumbat
lidah: kelat
mulut: rasa nak kunyah
tangan: gatal-gatal menaip
kaki: rehat goyang-goyang



if i could miss you, now could you be missing me as same?
bye.

pengumuman penting untuk menjadi seorang jutawan

aku nak cakap sekarang ni aku ada blogshop. aku pun tak berapa sure kenapa aku ada blogshop. tiba-tiba je ada banyak kain cotton nak jual kat orang ramai,

sila layari sini untuk keterangan lanjut.

sekian, harap maklum kepada kawan-kawan, saudara-mara, awek cun tunggu bas, abang hensem naik motosikal, pak lebai bawa kereta, mak cik timah jual kuih, adik-adik yang nak hadapi spm dan sebagainya.

yang benar,
Anna cun (:

kaki geli-geli: bapak cun nama aku kat kedai blog.

what i wish for today

i wish for a miracle to up-joy my feelings. but then i hesitated to go for the wish. after a while of thinking, i put a new thought in my mind. i wish for all my wishes would come true. as for that, i should not be pulling my own legs anymore on certain aspects. but then, i also realized that there are things meant to be destined to bother me. unless i keep on pushing myself to move forward and on and on; i must be so stupid to waste all this precious seconds not to be thinking about you.

imy-

bila anak saudara saya sudah membesar hebat;



that is aisya and her younger brother faris.
ini baru kisah aisya, bukan si faris lagi.

can't wait for them to be home this coming october;
insyaAllah.

aku semakin kelu untuk berkata-kata

selalunya tika-tika begini hanya akan singgah di waktu kesibukan aku pada tahap puncak. tapi kali ini kondisi aku adalah bersenang-lenang hingga mampu bermain gusti lengan dengan kucing comot tepi jalan.

ini bukan kosong, perasaan itu berisi tetapi memusykilkan etika sedia ada. dan aku bingung dengan diri yang hampir banyak waktu mindanya bergerak menghasilkan ayat-ayat protes, ayat-ayat cinta, ayat-ayat rindu, ayat-ayat fakap yang entah dari ceruk mana datangnya.

selalunya aku akan terus taipkan atau coretkan di mana saja setiap apa yang terbit itu tapi kini tidak lagi. segalanya berbaur kemungkinan. apa yang nyata, ada sesal di hujungnya.

aku menyebut tentang segalanya memungkinkan bukan sebentar tadi? ya. mungkin aku sudah berevolusi menjadi seorang yang sedikit lain dengan seorang aku yang sebelumnya pada gred manusia yang ini dan itu.

masalah tak akan pernah hilang selagi tidak selesai setiap persatu. tiada masalah bermakna kau sudah mati untuk mengakhirkannya. penghujung tidak bermaksud penamat sesebuah cerita.

seperti filem-filem hitam putih lama, penghujungnya ialah watak hero berjaya memenangi hati heroin contohnya. ataupun kebaikan mengatasi kejahatan. penamat adalah bila perkataan 'TAMMAT' menjadi paparan di skrin.

soal hidup dan mati. soal dosa dan pahala. soal syurga dan neraka. soal ibadah dan celaka. semuanya harus difikirkan. dalam-dalam atau ringan-ringan adalah pilihan masing-masing menggunakan kapasiti akal yang sedia diberi.

rupanya aku terlebih berfikir saja dari melaksanakan. jika di awalnya aku tidak punya idea untuk menulis, apa yang terbentang ini adalah pelaksanaan semulajadi oleh neuron-neuron yang tercetus.

dan aku akan terus saja kelu dengan kemungkinan yang memungkinkan jika kefikiran menjadi beban untuk aku melaksana.

ya Rab, terima kasih untuk nafas hari ini, hari sebelumnya dan hari selepasnya.

new market


isnin minggu lepas aku pergi ke bandung, indonesia. ini bukti aku di sana. tangkap gambar tiang tempat parkir kereta di pasar baru yang bertingkat-tingkat tingginya bimbang tak jumpa cari tempat parkir kereta lepas penat shopping.

sekejap saja di sana; berempat dengan tiga lagi gadis. pemandu kami cowok yang ganteng habis orangnya tetapi sangat tak sedar diri hensem.

sekian.