Sebab mengapa kita perlukan sebab

Secara automatik, apabila seseorang yang disukai dalam diam dupdapdupdap, diusha setiap hari tatkala beliau pulang dari kuliah, manusia yang buat kau mengigau mimpi tak kira siang malam, tidur sedar sehingga mengunyah nasi pun macam lut tak lut giginya walhal minggu lepas dah pergi plaster sama tempat yang berlubang dekat klinik doktor gigi kawan ibu saudara makcik jiran depan rumah yang juga ada anak lelaki hensem lagi kacak bergaya - bertentang mata dengan kau walau sesat pun rasa macam nak pitam empat ratus tujuh kali kemudian kau nak bila kau jaga celik mata semula dia masih duk tenung dua biji bebola mata kau yang duk tahan daripada terkedip-kedip tak tentu pasal sebab nanti rugi la pula saat-saat momen indah seperti itu terbazir sebegitu sahaja.

Sebab orangputih kan kata, 'every seconds count'.

Tak jadi aku menulis novel cinta, sebab nanti melalut macam entah apa-apa. Sebenarnya nak terkucil ni, sebab tu menaip tak tentu arah.

(Cepat-cepat tekan 'publish post' sebelum berlari-lari comel ke arah bilik air yang bersih berkilau sebab petang tadi dah cuci dengan dynamon sebab malas pergi cari cecair pencuci bilik air yang kemungkinan besar tak ada pun walau cari ke segenap sudut bilik sebab dah lama duk asyik pakai dynamon)

Sekian.

5 comments:

Unknown said...

hampir kehilangan oksigen aku pada perenggan pertama.

Amal said...

first paragraph kau buat aku sikit lagi putus lidah.

jo said...

semput aku baca ko punya entri ni..huhh..huhhh...

mamai said...

sebab kita niekan tak perfect hahahaha

Pisey said...

braderries.
haha.yang ngek gi baca nonstop tu apa pasal.

amalina.
ni lagi sorang.sampai terbelit lidah celah gigi ke apa yang nak putus tuh.

kakjOlie.
ni satu nafas keseluruhan lak.

pakcikmamai.
long time no see.huhu.

sebab musabab ;)