Paroxysm

Kadang-kadang bukan semua perkara kita dapat kawal. Ada yang hanya boleh dilihat tak boleh disentuh. Ada yang boleh disentuh tak boleh dirasa. Ada yang boleh difikirkan saja tapi tak boleh dilaksana. Ada yang kita mampu tapi kita tak mahu. Ada yang kita mahu tapi tak dapat. Ada yang memenuhi kehendak hati tapi tak sempurna.

Dan macam-macam lagi. Dan kebanyakannya datang dengan tiba-tiba. Kau tak dapat nak jangka. Tak dapat nak agak. Tak boleh nak sedia macam nak makan nasi yang diawali dengan bismillahirrahmanirrahim pun.

Pang! Terus kena dan kau pun jatuh terduduk.

Kalau main congkak;
belum sempat nak habiskan susunan buah guli.

Tired

Hari-hari kau mengeluh penat. Lelah nak hadap macam-macam yang dunia tawarkan. Pameran yang ada kau pandang dengan sebelah mata saja. Sebab kau rasa macam sudah tak mampu nak hiraukan banyak lagi. Jadi, kau buat keputusan untuk perbanyakkan tidur.

Tidur, tidur dan tidur sampai lebam. Tapi yang menjadi kemusykilannya bila lecturer mula mengajar saja terus nak tidur balik.

Puasa sangat kurus. Tapi tuan punya badan tak kurus-kurus.

Lepas tu kau jumpa macam-macam ragam manusia. Kadang-kadang yang paling dekat pun boleh jadi macam tak kenal. It should be a common sense. Semua patut sendiri faham etika masing-masing. Tapi kalau secara praktikal kau dah terbiasa dengan habit sebegitu, maka begitulah perkara yang akan kau bawa sampai mati. People; please learn. Be wise. Cuba fahamkan situasi dalam kasut orang lain juga.

Apa yang kita semua perlukan sebenarnya sifat hormat.

Saya sebuah karangan

Saya mula rasa bosan. Bosan dengan perkara-perkara yang lame. Jadi hari-hari saya cuba buat kelainan. Setiap undangan untuk menterujakan minda/perasaan saya, akan terus saya laksanakan walau dengan hati yang khuatir. Sedikit saja. Bukan khuatir yang bisa mendetakkan jantung, cuma sekelumit rasa yang mari itu.

Awak. Saya macam orang lain juga punya perasaan cemburu dan pesen tak boleh terima sesuatu benda yang saya tak suka. Lain orang lain cara dibesarkan saya tahu. Tapi bukankah adab itu perkara yang boleh difikirkan dan dipelajari juga. Kalaulah semua boleh belajar menghormati sesamanya. Belajar untuk tidak hanya mahu untung seorang diri. Tapi bagus juga mungkin; mati kan tak ada orang lain teman.

Faktanya satu saja: saya alegik ulat dari kecil lagi. Dewasa ini saja mula menjinak diri supaya tidak bereaksi lebih dan mempamerkan gelagat tidak sepatutnya. Saya kan sopan.

Saya cuma manusia biasa. Masih sangat jauh dari paras sempurna. Saya orang baik-baik. Kadang-kadang kena pijak. Jarang-jarang sekali ada juga lakukan perkara yang menyakitkan hati manusia sekeliling. Sedaya upaya saya cuba untuk dekat dengan Tuhan. Tapi itulah, suka sangat melayan duniawi. Saya juga hanyut tapi selalunya ada bot penyelamat suruh saya bacakan kalimah-kalimah suci dan mencium sejadah sepuasnya.

Hari-hari pun rasa macam palat. Fakap and so on. Nak buat macam mana lagi. Saya cuma tahu ikut flow, pastikan cukup makan, jaga kebersihan dan tingkahlaku yang mana boleh, tidur secukup dan melangkah mana perlu. Tapi benar saya selalu saja lebih tidur. Maaf. Saya cuma mahu hidup selagi Tuhan mengizinkan saya untuk ada di sini.

Jika mati itu dekat/datang, maka saya harap ramai yang akan datang untuk pengurusan jenazah saya. Ramai yang akan mensedekahkan bekalan untuk akhirat saya. Keluarga saya jangan terlalu meratapi pemergian saya dengan kekecewaan harapnya. Rakan-rakan pula maafkan segala tuturkata yang saya terlanjur buat sebelum ini. Saya tahu, setiapnya dihisab Dia.

Moga kubur saya aman dan tenang. Sejuk-sejuk saja.

Selamat berbuka!

You need to know this

Kelmarin I tak mandi pagi. Pergi kelas 815am dan 1030am berbekalkan wangian neroli jasmine saja. Jam 1142pm baru enjoy mandi yang pertama untuk 18ogos2010. Tapi hari ni sumpah I mandi sebelum ke lecture math tu walaupun bilas semua tak sampai 5minit.

Demam oke!

I'm calling 911

Aku tak rasa hidup macam satu kepuasan sangat lately. It's more to feeding others need. I used to feel great giving them the spaces they need and all. But myself is not really enjoying the habit anymore at the moment.

The comfort zone is not here; had said bye-bye to me last freaking sundays and I hate that. Sundays, not mondays. You know; garfield hate mondays. But just because we share the same belly size does not mean everything has to be equal, aite? I hate sundays. Because sundays were suppose to be the day for you to enjoy and have fun; not wasting every tiny bits of your energy to think about the wasted time not doing anything fun. Duhh. Memberatkan kepala dan bahu saja weh! You know, head and shoulder. Well, this one is no commercial. Head and shoulder company did not and would not pay me for mentioning the name in here after all. But if they want to, I don't mind. Oh, before things worsen; I would like to state here that I did not hate garfield for this. I love him and never got enough of his silly-billy attitudes. And lasagna.

I hate nodding to my inner self that life's like this now. I hate to feel insecure and all these fakap feelings I would like to throw in the bins really got to vanish away with a zaap using my so-called-super-mind before my head explodes.

I need to be fed too you know. Like yesterday when my body system kind of rejecting everything I throw into my mouth. And getting nauseous the whole day today.

Am struggling hard. But likely I'm gonna lose myself soon.
Gaaa. See, attention seeker I am?

Pfft.

Hai awak

Saja nak cakap hai.

Tapi taknak cakap bai.
So, macam mana?

Ringkas, padat dan mampat

Macam haram perasaan ni.

Peh, nak bunyi brutal je.
Oke, jangan banyak bunyi.

Senyap sunyi tak ada bunyi. Burung pun tak berani nak kepakkan sayap. Angin yang nak lalu lari bertiup ke tempat lain. Muzik yang selalu didendangkan pun tak kedengaran langsung. Ipod automatik terus habis bateri macam magik. Katil yang kalau nak panjat akan ada bunyi keriuk-keriuk pun diam semacam. Kaki yang suka tendang-tendang dinding yang penuh dengan hamparan kata jiwa sopan tak bergerak. Nafas pun tak ada degup detak dupdapdupdap berombak kat dada ke apa.

Macam kalau mati. Bunyi talkin saja sayup-sayup kedengaran.

Aku ni pemalas rupanya. Baru mengadap latihan math III setengah jam dah mari berzillion perasaan merapu dah. Mungkin aku perlu tidur.

Bai!

Writing the randoms

Menulis bagaikan satu terapi untuk hidup.

Seperti tidak cukup gula untuk mengepam sel-sel darah merah jika dakwat dibiarkan kering tanpa makna. Hidupnya bukan macam baca skrip drama. Ia lebih kepada pementasan teater. Rancang dan lakukan. Atau spontankan saja efek yang wujud. Sudah tak boleh diundur macam perahu. Dia hanya boleh berdalih pada ketika yang memerlukan. Dibenarkan bertopeng hipokrasi bila mahu; terutamanya bila sudah tak mampu menghadap realiti sebetulnya.

Dan yang ini tak punya alat kawalan jauh untuk diberhentikan ataupun untuk putarkan semula babak-babak filem yang mahu diulang-tayang/ubah-betulkan.

A past is a past. Jadi sebolehnya setiap momen yang berlalu, dia catatkan dalam helaian yang ada supaya nanti satu masa itu tiba, dapat dibelek rujuk untuk tips-tips baik-pulih; bila hati merusuh di luar kawalan/tak tentu hala.

Juga selaku bukti kewujudan yang dia pernah hidup--di situ.

Hello goodbye

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Harapnya puasa itu penuh ketenangan. Mulut 24/7 berselawat. Mata tidak menggatal. Quran dibelek baca sekerap boleh. Tarawikhnya disusun sebaik mungkin. Dan iman diperteguhkan olehNya.

Bangun pagi hari-hari buat nota siap-siap dalam diri; nak hidup bermakna atau jadi orang bodoh. Moga Tuhan pelihara saya dan awak semua daripada azab dijilat api neraka kelak. Moga dipermudahkan urusan kita yang tak mahu serik mencuba ini. Amin.

Kamu mahu apa-apa pintalah dari Dia. Dia itu Maha Mendengar, Maha Pengampun, Maha Mengasihani. Dan segala sifat yang baik-baik tersirat di balik nama-namaNya. Segala pujian milikNya. Daripada Dia kita datang dan kepada Dia jugalah kita akan kembali.

Wallahualam.

Kaki tendang dinding: first day perut agak sedikit mengada nak lemah-lemah. Apa ingat kalau mengada dapat kepsi free? Tak weh.

Rebel

Hari ini kau cakap kau rasa macam nak lari dari semua orang. Tak ada orang faham kau kata. Masing-masing tenggelam dalam hal sendiri. Kau lemas tapi tak ada orang datang hulurkan pelampung keselamatan untuk kau gapai. Terjengket-jengket kau panjat kerusi cuba dapatkan belon yang terlepas dari tangan bebas ke udara, tapi tak ada juga orang nak bantu pakai tangga bomba.

Hari ini kau rasa nak jerit kuat-kuat tapi tak mampu. Mata kau sudah bergenang air. Dahi berkerut-kerut menahan. Kau telah toreh keluarkan hati yang dulunya menjadi pendinding dari kau laksanakan banyak dosa. Sebabnya hati yang dulunya kau agung-agungkan itu kini sudah dicemari dakwat hitam legam. Kau musykil apabila yang keluarnya dakwat merah pekat mengalir membasahi tanah gersang.

Hari ini kau mati.

Death is certain

I would love to write yesterday, but words are gone. My mind was blocked. Clueless of what to do. Even now, after a long 9-hour sleep I still have the problem to focus on things.

I have a big heart. This heart I filled with many things around. My family, my friends and even strangers I met on the road.

And yesterday, one of my besties father got a call from Him. This girl I love, she said she needed to be strong but not knowing how. Her mother, her sister; everyone cried. So she cried along with them.

Before I go to sleep, we texted each other. She said something like this;
My life has changed. At this moment, I should be on my flight to perform umrah with my parents. But I know, ayah didn't miss his flight. He is on his flight to heaven.

Al-fatihah.

The Father; I L Y

One fine day.
Me: Ayah, kenapa suka Mercedes? Kenapa tanak BMW ke?
Ayah: BMW ni lebih sesuai untuk orang-orang muda gitu.

While watching The Fast and Furious.
Ayah: Dulu-dulu ayah buat la gini ni. Baru la bila selekoh tu smooth. Tapi tayar la haus cepat.

When panic striken.
Me: Ayaaaaahhh. (rushing towards master bedroom). Lipaaan besaaarrrr . . ! !
Ayah: Laa. Ambil spray ke. Telangkup dengan apa-apa ke. Ketuk ke sampai mati.
Me: Takuutt.
Ayah: Kecik jela lipan nye.
(Lipan mati kene lenyek lumat dan dijauhkan dari pandangan)

It's 10.45pm local, 1st July 2010.
Me: Ayah dah wish birthday kakjuli?
Ayah: Em? Belum.
Me: Birthday kakjuli hari ni la ayah. Hehe.
Ayah tenung jam.
Ayah: Sekarang ni dekat-dekat pukul 3 pm la kat sana kan?
Me: Ha'ah.
Ayah bangun dari kerusi cepat-cepat beredar dari depan tv.
Bunyi keypad handphone ayah: Tit tit tit tit tit tit. . .

Once.
Ayah: Dulu pernah ramai-ramai bakar kereta sorang ni. Dia cari pasal. Lepas tu dah ready nak cucuh api kat rumah dia pulak. Tapi tahu-tahu dia ada ayah sakit dalam rumah tu. So, tak jadi bakar.
(harap-harap ni memori ciptaan aku je, sebab ingat-ingat lupa)

Now.
Setiap minggu, ayah jadi tuk guru ajar kawan-kawan baca Al-Quran dengan tajwid yang betul. Anak murid dan tuk guru lebih kurang sebaya. Jadi bila diorang salam nak cium tangan, ayah segan; nak tarik tangan tapi mostly tak sempat sebab diorang lagi cepat. Kadang-kadang terserempak jumpa mana-mana pun diorang salam cium tangan juga.

Bila tuk imam masjid besar ada hal lain tak dapat nak laksanakan tugas di masjid, ayahlah orang yang dipercayai sebagai pengganti untuk mengimamkan saf. Malam-malam ada ahli-ahli rukun tetangga yang berkawal sukarela cuba menjamin keselamatan kawasan perumahan kita. Ayah lah pengerusinya.

8th June 1949; he was born to see the world. Growing up, he loves to play with tools. He is the living McGyver. We never bought new washing machines. He took the ones from the bins and transform them into a good shape. He can be a plumber. He can be an electrician.

Ayah dulu-dulu garang. Tapi aku sorang dalam siblings tak pernah kena rotan. Pernah ramai-ramai sibling duk main badminton kat laman depan rumah bising-bising. I guess ayah pening kot petang tu dia tidur. Tiba-tiba ayah keluar patahkan raket sorang-sorang. Haha. Lepastu dia patri balik raket-raket tu. Esoknya semua orang kembali main bersuka ria.

Kopiah tak pernah hilang dari atas kepala. Melainkan,
Ayah: Ayah nak pecut laju-laju ni geram dengan motor tu.
(cabut kopiah letak tepi)

And he boasted from time to time with his friends.
Ayah: Ambo umur lebih 60 doh tapi ubey takdok pung. Demo ni penuh putih supo tuo bena doh. Hoh, demo pung. Tengok nih.
(sambil cabut kopiah dan tarik-tarik rambut yang hitam)

I love you dad. For everything you do; now, yesterday and tomorrow. I'm sorry for all my numbness years back. I guess the memories come to live again now; being your youngest like the good old times. Cuma bezanya dulu-dulu semua ingat anak bongsu ayah ni lelaki. And I'm glad I spent most of my holiday at home--to treasure the moment staring into that deep old wrinkle eyes of yours.

Miss you already. So, ayah, adek nak kereta boleh?
Heh. Macam la ayah pandai baca blog-blog ni. Blog aku pisang dia tarak tahu. Itu roti pisang dia ada makan la.