Maaflah

Kalau kau rasa aku update entri macam update status facebook, maaf. Tapi percayalah aku update status facebook jarang-jarang saja. Total status facebook aku dari Januari 2011 baru saja capai 82 status. Kau update berapa?

Kat facebook aku tak boleh nak bertukang karut macam kat blog.

Kat blog seyakinnya aku boleh cakap selain empat beradik kandung yang sekali-sekala akan menyinggah di sini untuk menggeli-hati-kan diri melihat paparan tulisan adik bongsu mereka yang agak tak betul kepala ni (selain kelakuan baik hati dan baik hati), beberapa rakan kakak dan abang yang juga suka lepak senyap-senyap, beberapa blogger yang pernah bersua-muka dengan aku di event tahun-tahun lalu, beberapa kawan se-kampus dan kawan se-sekolah, beberapa blogger yang turut berkenal di laman muka buku, lain-lain antara kamu adalah orang asing. Jadi apa nak malu, hah?

Oke tak. Seharusnya memang kena malu. Selagi hidup, kau bawa imej oke, imej. Jadi, haruslah berlaku baik dan menjaga imej. Imej ni boleh jadi pembawaan maruah dan agama. Jadi jangan sampai ke tahap tak tahu malu. Malu itu sebahagian dari iman. Yakin diri dan tak tahu malu adalah dua perkara yang berbeza anak-anak. Pakai otak.

Zaman dahulu kala, aku akan buat entri semaksima pun, satu sehari saja. Itu pun bila ada perkara yang nak diluah membuak-buak penuh duk kacau memori ataupun terjadi apa-apa keraian/acara dalam hidup aku. Tapi yang semenjak bermenjak ni duk aktif semacam ialah kerana aku kebosanan. Bila bosan dan otak tak mengantuk, macam ni lah jadinya. Bila bosan dan tak mengantuk aku akan jadi produktif (menaip entri) semacam. Ekosistem yang boleh kata sempurna. Kalau aku bosan tetapi mengantuk, akhirnya akan tertekan klik untuk entri baru tanpa ada apa untuk ditulis walaupun berjam-jam mengadap skrin.

Dan juga sebenarnya memang banyak pun keraian/acara yang mengelilingi hidup aku belakangan ini. Ini pun bukan semua aku keluarkan lagi.

Tapi aku makin malas pegang pen menulis di kertas. Kes naya ni. Naya. Menulis dengan pen/pensel lebih menyeronokkan dari menulis menggunakan papan kekunci.

Beberapa minggu lalu, aktiviti rajin seperti mula menjahit telah dilancarkan. Akan tetapi ia cuma hangat-hangat tahi ayam (wah, tahu berperibahasa) kerana setelah beberapa hari, aku lebih gemar tidur rupanya bila di katil. Kah kah. Tak tak. Sebenarnya kerana mata aku semakin hari semakin rabun.

Bila menonton filem di astro, lebih rela dengan tiada sari kata daripada ada kerana payah aku nak menetapkan had penglihatan aku bila ada perkataan kabur, gemuk yang tak dapat dibaca menerjah masuk. Ya, aku perlukan duit untuk menyiapkan kanta cermin mata baru. Gila apa kau nak menjahit jam 1pagi kerana tak boleh tidur dengan penglihatan bawah paras normal, sedangkan keesokan harinya harus bangun pagi untuk menjadi pekerja yang cemerlang.

Oh ya. Kau tahu apa cemerkap? Untuk pengetahuan umum, cemerkap bukanlah bermaksud seperti bunyi gabungan perkataan cemerlang dan cekap. Jauh panggang dari api (rasanya betul penggunaan peribahasa kedua ni).

Jadi, maaflah. Panjang pula entri ni.

Sekian. Selamat hari-hari untuk anda.

5 comments:

MoonStone said...

tapi aku suka baca cara kau menulis walaupun aku dengan kau saling tak mengenali, haha...

hafizudin said...

design blog ini sumpah stail.
kemas.
macam tabika kemas.

Pisey said...

moonstone
Haha. Terima kasih (;

hafizudin
Ea? Tak pernah la pula masuk tabika kemas. Heheh.

sharamli said...

kalau macam tu, amek pen dan kertas,, utuskan surat kepada kite..he3. Sms tak best sgt..

Pisey said...

Maksuuuuuu geeeeeeeeeeeeeedik!!!