Perwira

Pengurangan pengambilan kafein terpaksa juga dilaksanakan. Katanya Abang, mungkin kalau boleh hidu darah sendiri, baunya kopi.

Kali terakhir aku jadi seorang perwira ialah pada 1 Juni 2011. Dah hampir setahun baru berpeluang mencari masa untuk menderma darah lagi. Agaknya di hospital nanti ada pegawai bebel-bebel mesra lagi tak suruh buat penjelmaan menjadi perwira lebih kerap?

Bukan aku taknak. Kriptonit ada di mana-mana. Payah aku nak bertukar perwira dengan sepantas kilat.

Zaman tak reti lap hingus sendiri dulu, aku ada minat baca komik Alam Perwira. Koleksi kepunyaan Abang. Ji Fat tu hensemnya weh.

4 comments:

BatuBulan said...

kau buat aku teringat filpen kopi percik lah

oranglidi said...

ji fat, ji kao. pehh.. best wo cite tu.

sharamli said...

kite tak pernah jadik perwira..

Pisey said...

batubulan
Kopi percik filpen apa ya?

oranglidi
Sodap!

maksu makan anggur
Jadi la, jadi la!