What to not do when you go bowling

3 Mac lepas aku keluar dating dengan seorang adik lelaki yang kacak, tetapi sedikit berpura-pura tak sedar dia kacak. Sibuk berkejar ke gym dan membebel fikir perutnya buncit.

Kami berjiran.

We used to hangout together during the old days lawan lumba basikal yang setentunyalah aku menang selaku juara bertahan sambil tepuk tangan sambil mengayuh. Kenal dia dari zaman mengaji Quran rumah arwah makcik. Aku bukan pergi mengaji pun. Pergi cari kawan nak buat bising, beli jambu batu sedap dengan serbuk masam-masam tu dan ais krim buatan sendiri pelbagai perisa. Aku suka milo.

Berbalik pada hal tadi. Dek sedikit gugup tak tahu nak bicara apa sorang-sorang kerana dah hampir 10tahun tak bicara sua, aku ajak sorang kenalan sekolah untuk meneman bermain sama. Jadi adik kacak keluar date dengan dua kakak gojes.

Aku sebenarnya lupa apa cerita sebenar aku nak bagitahu di permulaan atas tadi. Oh, dah ingat.

Waktu sedang seronok bergelak tawa sipu-sipu, datang a group of three main di sebelah. Sorang perempuan, dua laki-laki. Gaya macam bukan baru nak up. Tapi still-trying-to-be-up. Maafkan bahasa yang agak memeningkan kali ini.

The thing is, kerana ramai sangat bertumpu main boling di tempat terkemuka Kota Bharu ni, bola dengan berat yang diingini tak banyak. Jadi aku dan kawan bergilir cuma menggunakan satu bola sahaja. Adik kacak takpa boleh guna yang lebih berat kerana gagah.

Aku ni, zaman dahulu kala serius cakap pesen pendam saja kalau tak puas hati. Pesen buat tak tahu. Pesen menangis kalau tiba-tiba makanan yang di-order tak sedap sebab tak reti nak kompelin. Tapi aku yang sekarang ni agak sedikit terlebih yakin diri yang kalau kau tengok jumpa, boleh rasa gelabah sikit *smug*.

I could be expresssion-less if I want to be one.

Dan ya. Mood seronok dalam mengejar masa agak terjejas kerana situasi yang tak patut berlaku, berlaku pada waktu itu.

The point here is that, why on earth geng still-trying-to-be-up sebelah ni nak guna juga bola boling yang sama, pada waktu giliran kami? Dengan tak minta pinjam ke hape. Dengan bila sorang dah ready nak baling bola boleh pula lane sebelah tiba-tiba baling sama.

Kawan-kawan, the thing you should know bila main lane sebelah ngan strangers ni, buat giliran lah secara tak langsung. Kalau orang sebelah dah ready nak baling, jangan tiba-tiba join baling terus. Bagi hormat sikit je. Senyum ke, angguk-angguk ke. Kalau member sendiri yang duk sebelah tu lantak lah nak bergaduh manja baling ke kaki ke apa.

Boleh tahan sinis aku bagi senyum berdiri tercegat kat situ tengok gelagat diorang. Tapi bila aku duk pandang lama takda pula nak angkat muka senyum balik.

Tak baik betul kasi aku senyum sorang-sorang.

No comments: