Randoms

Hidup yang bolak-balik/tunggang-langgang/turun-naik/rebah tersembam begini mengajar aku tentang banyak perkara. Manusia contohnya memerlukan masalah untuk mendewasakan diri. Banyak masalah. Lagi banyak yang menimpa dan dia jatuh pula ditimpa-timpa lagi bagus. Baru menjadi manusia. Tapi tak juga. Kalau dah yang kebal bebal memang tak kemana. Pesen malas nak guna akal ni buat gua angry juga kadang-kadang. Sampai tahap mendengus hnsff%$# pun ada. Tapi tak apa, gua penyabar.

Selalunya lah (Commonly), selagi tak jatuh bertimpa-timpa dia akan hanyut macam bot kertas yang dibuat bila waktu hujan. Mengikut saja flow yang ada hingga ke jalan buntu. Mungkin juga destinasi pun tak sempat nak tuju. Kuyup di pertengahan simpang. Pesen tak ada planning dan strategi baik punya. Bagi banyak alasan pula nak beli gps padahal tak reti nak usaha cari dan hafal jalan.

Buatlah kapal selam awal-awal. Takpun berenang sendiri. Pakai baju renang siap-siap lengkap dengan goggle dengan kemahiran berenang tahap juara dunia. Ilmu harus dicari gali sampai dalam-dalam. Bukan pandai gali minyak saja. Atau jadi orang minyak. Atau buat minyak jadi-jadi.

Kalau lambat mandi pagi lepastu badan berminyak sampai ke tengah hari tu tak apa. Sekali sekala atau berkala-kala pun tak apa.

Sebab hidup ni jangan risau sangat. Rileks pun kena juga. Babai. Esok nak kena present microc pada encik yang tak berapa nak rileks. Harap-harap dia rileks lah. Takut weh!

Serius aku sebenarnya tak dapat nak rileks bila fikir microc. Maunya dia cakap 'jumpa saya sem depan' boleh mati tak bangun-bangun.

9 comments:

Eyda Sheyda said...

Masalah dan pengalaman mengajar kita erti idup sebenar..

sisleyxmex said...

microc tu macam nama band rock!

Luna said...

jumpa saya sem depan!

-kat event lain pula ya! :D

good luck exam!

.millalara. said...

kedewasaan memerlukan latihan :)

Anonymous said...

hei, sansan.

tough times are there, huh?

have a good time later on. :)


-plainjane-

hehe.

busuk said...

love the first stanza ;)

Is said...

kapal selam...

Amal said...

jom lepak lagi.

p is an g said...

eyda
yeah, but some still tak ambil pusing dgn pengajaran yg trpampang depan mata.

sisley (pgl gini bole? bunyi manje)
microc kalau sjnis band aku akan timbang tara dulu. aku benci gila microcontroller weh!

luna
cait. haha. insyaAllah (; pastikan bawa biskut, saya akan lapar bila jumpa awak.

milla
dan utk dewasa kena belajar bnyk2. if not u won't move a bit. menten di takuk lama. dan jd manusia yg lame.

yanashomot
yeah, good things won't last unless u grip on it real hard. n nak grip harder tu akan masuk fasa bad things kejap2.

ilyabusuk
love me tak? huhu (;

is
contohnya kasut but. pun boleh jadi kapal selam.

KAKamal
u belanja!