Tiba-tiba jadi banyak nak taip

Mendung. Aku suka sangat la kalau keadaan cuaca macam nampak mendung nak hujan. Aku suka hujan. Tapi tak hujan pun. Frust. Tapi kalau bila malam sebelumnya semua seluar jeans kau dah campak masuk dalam mesin basuh untuk proses berenang berhimpit beramai-ramai dengan teknologi fazilogik. Waktu siang tu mula la otak bergeliga fikir nak pakai seluar apa kalau ada orang ajak keluar lepak mana-mana. Bila lagi nak pakai bajukurung comel-comel ayu pergi lepak maple ke mana-mana. Ye dak?

Tapi tu kisah semalam. Sampai gua terpaksa sarung seluar leviii yang angkat dari uptown jalan rekoreko yang target nak pakai awal tahun depan. Tak pasal-pasal bawa aura uptown bila gua berjalan ke sana ke mari kat frinjan14 semalam.

Status hari ini: Masih penuh penyesalan tak belek-belek baju yang dijual murah-murah semalam awal-awal. Ni dak. Hujan berpenuh himpit bawah khemah baru nak usha malu-malu tersipu. Tup2 diorang dah kemas-kemas sebab hujan lebat sangat. Dan oh. Tak sempat layan asboon puas-puas. Terlewat sikit. Nasib azreelazhar kasi gua punya detak jantung laju semacam. Time tu hujan dah renyai-renyai.

Hari ni buat kerja gila segan pergi openhouse kat bandarseriputra pakai shirt and jeans. Kes bidanterjun sebab lepak rumah geng yang duduk rumah sewa semalam sebab hostel kan ada curfew jam1130. Biasala. Budak-budak sekolah ni kena kasi disiplin. Kalau berkeras nak masuk juga ada yang mengamuk cakap pijak kepala tak reti nak hormat dengan muka ketat. Kalau masuk lambat kena caj limapuluhriyal. Tapi kalau kau pegang jawatan lain la nak melepak sampai ke 3pagi pun takpa pakgad senyum angkat kening je.

Malam ni aku nak jumpa budak-budak yang sudah up. Dah setahun aku tunggu nak jumpa diorang. Nanti aku cerita balik. Assalamualaikum semua. Cau.

3 comments:

shandye. said...

pergi frinjan jugak...
tak nampak pun...

wait...
mcm mana nk kenal...
muka pn tak pernah nampak.

hahaha..

Luna said...

:D

pisey said...

shandye
haha. aku yang comel2 tu!

q
ehem2. (: