Singapore

Pada 14/10 dan 15/10 insyaAllah aku akan kelihatan berlegar-legar di fine city. Kononnya lawatan industri. Tapi ada juga lah aktiviti bersosial yang disusun atur. Bukan nak menggalakan gejala sosial, tapi nak suruh membeli-belah dengan seronok.

Berkisah pasal fine city. Ada dua maksud. Satunya kota yang baik untuk didiami. Satu lagi kota yang mengenakan denda terhadap salahlaku disiplin.

Harap-harap cukuplah duit yang aku bawa. Setakat nak makan nasi+tempe goreng tu mampu sangat lah. Dulu makcik tu caj aku $1 je sambil gelak-gelak.

Doakan kami dua bas selamat.

3 comments:

Amal said...

hadiah untuk aku dik.

Miss ... said...

syoknyerrrr...

p is an g said...

kak amal
haha. yeye. ade. jgn risau. belanja i teh tarik satu k?

miss
tak berapa syok sbb tak sempat habiskan dollar yang ada. haha.