Sibuk menyelenggara hidup

Aku sudah letih nak kejar makna hidup. Mungkin sampai bila pun takkan dapat maksud yang sebetulnya. Hidup itu subjektif.

Jiwa aku rusuh.

Dalam setiap nafas yang aku tarik hembus aku terfikir tentang kejadian-kejadian lalu. Juga kejadian-kejadian seterusnya. Dan tentulah kejadian-kejadian yang sedang berlaku. Ah, malas nak sambung.

Aku lelah berfikir. Jadi aku tidur. Sebelum tidur, aku berharap untuk mendapat mimpi-mimpi yang indah. Mimpi-mimpi yang bisa buatkan aku lapang dan kosong. Tapi tak ada.

Sakit banyak singgah. Hormon pula tak stabil lagi. Makan loya. Tak makan loya. Lapar tapi tak boleh makan. Tak lapar tapi nak makan banyak (yang ni je normal)

Sedang halus.

Penat.

2 comments:

LUMUT said...

sedang halus tuh maksudnya sedang mengecil ker?

eh

p is an g said...

fiqa
haha. tak. jiwa aku je.