Cerita kali ini

Setiap kata dalam sini tak dibiarkan jelas dan terang untuk kau transliterasikan dalam bahasa termudah. Banyak yang aku pusing kaitkan dengan perkara-perkara yang kadangnya langsung tak ada kaitpaut. Bukanlah bermaksud kata-kata dan penggunaan ayat yang susah. Bahasa aku rasanya cuma taraf penilaian menengah rendah atau lebih bawah dari itu. Cumanya bukan semua perkara itu mudah sayang.

Ada banyak perkara yang terjadi. Dunia, negara, keluarga, rakan-rakan juga aku sendiri. Banyak sampai aku kelu untuk mencatat segala. Ada kerisauan yang menjengah tapi aku pura-pura masih dingin (baca: cool). Paling risau setentunya pelajaran. Untuk fokus dah jadi semacam suatu perkara yang sangat membebankan otak. Serius. Untuk membelek baca sehelai nota kuliah aku lebih rela menghabiskan satu juz ayat suci contohnya.

Macam dah masuk satu tahap ni yang mana kau dah tak boleh nak cakap apa dah. Serius malas nak belajar. Serius. Padahal dah tahun akhir. Tapi serius weh.

Ya, aku serius ni (wajah berkerut-kerut).

Dunia pada aku terlalu kasar untuk difahamkan dengan mudah. Jadi aku tak mahu kau berfahaman yang segalanya mudah dalam hidup.

Hidup ini susah. Tahu? Lagi-lagi bila kau jumpa perkara-perkara yang membabitkan perasaan. Perasaan kau, perasaan manusia sekeliling. Perasaan kau, perasaan manusia sekeliling. Perasaan kau, perasaan manusia sekeliling. Ulang sampai sepuluh kali pun dah macam berat kan? What if perkara tu dua puluh empat jam melekat dalam kotak fikiran dan kau tak ada tempat untuk buang atau catat gumpal guling-guling bawah gaung kasi hilang dan mati. Atau kasi lenyek lori treler sampai lumat.

Seperti biasa untuk yang sudah sedia tahu dan maklum, aku rindu mak. Berkali-kali punya rindu. Berkali-kali punya rasa terbeban untuk kali yang entah ke berapa ratus ribu kali punya rasa susah. Tapi kali ni aku sampai lupa yang mak dah tak ada. Kalau mak ada mesti mak frust sebab result aku kali ini akan menjunam punya dengan paras malas begini. Tapi konklusinya tetap aku fikir kalau mak ada tak adalah aku jadi stuck begini.

Tak. Ini bukan salah takdir. Takdir itu yang ditentukan. Apa yang salahnya?

Untuk fasa seterusnya, aku akan lebihkan diam sampai pupus segala masalah. Aku akan benam muka ke bantal dan terbobok lesu mencari mimpi-mimpi tentang syurga masa depan. Moga larut segala berat yang aku tanggung ini dalam rintik hujan yang tak putus-putus.

Kalau aku smoker memang dah bertemankan berpuluh kotak dah. Tapi dadah aku cuma kopi. Ya, kopi lagi pekat lagi sedap. Boleh terbobok manja-manja gitew. Tapi hebatnya budak-budak rumah aku lagi tiga orang semua tak minum kopi. Entah apa jenis dadah diorang ambil boleh tahan tak minum kopi. Serius hairan yang betul hairan ni. Hairanah.

Sekian, sari berita terkumpul.

2 comments:

oranglidi said...

huh. berbobok bobok juga isi terkumpul dalam entri ni.

aku pun penah gak, memikirkan bnyk benda2. itu la ini la.

tapi skang aku follow da flow.

Pisey said...

oranglidi
penat kan? huhuh. aku perlukan beberapa persinggahan dulu sebelum boleh ikut flow semula ni.

dulu-dulu pun memang selalu ikut flow dah.