To remind

Kita lupa barangkali, yang kita ni lemah. Kita buat-buat kuat tempuh segala malapetaka pamer tunjuk muka paling bengis dalam dunia supaya semua takut dan gentar dengan kita. Kita sebenarnya dalam sini letih gila. Mungkin juga sangat letih dan memang sudah gila sebab masih sanggup berpura-pura tampil hebat depan semua orang. Kita kadang-kadang ada juga terdetik nak jerit panggil manusia-manusia yang sudi untuk papah kita tuju ke situ. Tapi kita tahu sekuat manapun cuba jerit, suara akan hanya terlekat di celah kerongkong.

Macam cuba korek sisa makanan yang terlekat celah gigi dengan lidah. Yang senang, senang lah nak capai. Tapi bila masuk pada lubang yang paling susah, agak-agak dapat tak?

Statistik menyatakan yang kau akan bergegas untuk mencapai berus gigi, floss, kumur air banyak-banyak, guna pencungkil dan sebagainya.

Sebab memang kena usaha sendiri. Tak ada orang lain dah yang boleh tolong. Tapi serius nak jerit mintak tolong kuat-kuat sampai terkeluar anak tekak.

Penat wei. Penat sorang-sorang gini. Penat yang betul-betul punya.

4 comments:

ya-na said...

sansan. saya kuat dan saya gay. :)

Pisey said...

bebeh saya gay. jadi saya apa ya? oke, saya juga gay.

dan saya oke!










































saya rasa la.

ya-na said...

hahaha. sansan. blog kamu sgt misteri skrg. knp?

Pisey said...

hehe. saya sedang cuba jadi pendiam. entah jadi ke tak. keh keh keh.

takdelah. tak sempat masa nak edit balik lepas buang2 haritu. habis final lah kot baru boleh bernafas balik. nak buat kalut2 nanti takde aplikasi jiwa masuk dengan blog (;

blog awak pun mcm misteri juge!